MLM Piramid Yang Dibenci

Fobia mendengar MLM kan? Dalam fikiran pastinya kita terbayang kes mengejar orang untuk jadi ahli, kes buat loan berpuluh ribu lepas tu habuk pun tak dapat. Ngeri kan. 
Saya dulu pun sama sebab terbayang semua MLM adalah sama. Walhal rupanya tidak semua sama sebab itulah kena betul mendalami apa itu MLM.
Seringkali biasa kita faham yang MLM ini selalunya piramid. Yang atas tetap di atas dan di bawah tetap di bawah selamanya kan. Tapi sedarkah kita yang pekerjaan di pejabat kita sekarang juga adalah piramid? Lihat bentuknya.

Lihat, CEO tetap seorang mana mungkin ada 5 orang bukan? Tidakkah bentuknya juga adalah piramid? Berapa ramai yang membenci piramid tapi tak sedar yang sistem di pejabat anda juga adalah piramid.

MLM adalah satu bentuk kaedah strategi pemasaran. Dan anda kena perhatikan perkara-perkara ini sebelum mencuba mana-mana MLM. 

Jangan sertai atau fikir dengan mendalam jika perniagaan MLM yang ingin anda sertai mempunyai ciri-ciri ini:

❤️* menyasarkan pencarian ahli baru dengan modal tertentu tanpa produk untuk dijual. Tiada produk yang nyata. Malah produk yang ada mungkin 1,2 hanya mengaburi mata.

❤️* Bonus dibayar atas kiraan kepala. Maknanya makin ramai yang menyertai maka makin banyak bonus cash yang kita dapat walau kita tidak menjual produk. Setiap keahlian baru yang berjaya ditaja akan dibayar.

❤️* Belum apa-apa, belum mulakan bisnes tetapi anda perlu membayar sejumlah modal berjumlah yang besar hingga terpaksa membuat pinjaman contohnya labur 10k dapat pulangan 50k dalam masa sebulan. 

Banyak lagi lah taktik seolah skim cepat kaya ni tapi ramai yang tertipu dan kelabu mata sebab nak jadi jutawan segera katanya. Tapi nak jadi jutawan boleh, menganiaya orang itu tidak boleh. Bayangkan kita kata mahu bantu mereka yang sangat perlukan wang tambahan tapi kalau dah terpaksa buat pinjaman bank maka apakah bantuan itu? Akhirnya orang tersebut akan menanggung bertahun-tahun hutang tapi untung tah ke mana. Mintak dijauhkan dari perkara sebegini.

Shaklee juga adalah syarikat yang berasaskan sistem MLM tapi MLM yang bagaimana? Ianya adalah sistem yang patuh syariah dan adil pada semua kerana:


❤️* Tiada hidden bonus. Maknanya semua bonus yang kita dapat berdasarkan kiraan yang jelas dan nyata.

❤️* Ahli tidak akan mendapat bonus atau cash dari penajaan ahli kerana bonus dibayar dengan sales produk. Walau berapa ramai anda cari ahli tapi tanpa sales produk, anda tidak akan dibayar apa-apa.

❤️* Bukan berdasarkan piramid kerana ianya adil untuk semua. Maknanya siapa yang di bawah atau join lambat dari yang atas, ada peluang memintas pendapatan orang atasnya. Maknanya di sini siapa buat, maka dia yang akan dapat. Bukan berdasarkan seniority yang mana join dahulu maka dia yang akan kaya selamanya dan di bawah takkan naik sampai bila-bila.

Sebab ianya bukan piramid dan tidak nampak ciri-ciri MLM yang selalu dibayangkan itu, maka sebab itulah saya terjebak dengan shaklee ini. Dari asalnya hanya mencuba produk untuk penyusuan ibu, akhirnya jatuh cinta kerana keberkesanan produk. Bayangkan kalau produk yang taraf pasar malam atau tidak berkesan rasanya ramai yang touch & go sahaja. Maknanya sekali makan terus tidak mahu cuba lagi. Tapi uniknya shaklee adalah atas dasar produknya kerana ia menjalankan beribu-ribu ujian dan melabur berbillion bagi memastikan produknya bermutu tinggi.

Dari situ saya tidak nampak ianya satu sistem yang merugikan kerana apa yang saya selalu kongsi dengan orang ramai adalah keberkesanan produk, bukan atas dasar ingin menjual semata tapi produk tidak bermutu. Ibaratkan kalau kita menjual makanan, pastikan kita makan sedap dan seperti yang kita puas hati sebelum menghidangkan pada orang lain.

Ternyata sebab shaklee inilah kehidupan kami sekeluarga banyak berubah iaitu dari segi aspek kesihatan, jika dahulu suami selalu sakit-sakit dan selalu mengambil panadol. Tapi sekarang alhamdulillah panadol tiada lagi di rumah kami, hanya botol vitamin sahaja. Juga dari segi nilai lain banyak yang berubah iaitu kami boleh banyak memberi lebih dari sebelumnya. Jika sesuatu itu banyak mendatangkan kebaikan, kenapa kita berkata tidak kan?

Kesimpulannya tidak semua MLM itu buruk dan menipu, anda perlu kaji dahulu sebelum berkata kerana jika sudah kenal maka barulah cinta itu datang, itupun jika kita bertemu dengan MLM yang betul, seperti ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.

Jangan segan untuk hubungi saya jika anda mahu mencuba shaklee ye.




Leave a Reply to Akak Coway Cancel reply

This Post Has 4 Comments

  1. babYpose

    perkongsian yang bagus. ramai yang scepticle tentang MLM.