Penangan makanan tradisi colek: Choleq Kajang

Gara-gara program Jalan-jalan Cari makan membuatkan ramai yang teruja untuk mencuba sejenis makanan dari pantai timur iaitu colek. Colek ni kalau bagi yang tidak tahu, ia adalah campuran ayam atau seafood diadun bersama-sama sayuran seperti salad, taugeh dan lain-lain bersama keropok keping dan ditambah dengan sos yang tersendiri.

Kalau nak tanya resepi memang tak taulah resepi sos dia sebab sos dia berlainan untuk setiap colek. Biasa kalau di Kelantan, colek ni glamer semasa bulan puasa. Waktu sesuai biasanya adalah selepas terawih. Ooh mengimbau kenangan silam.

Kisahnya jalan-jalan cari makan bersiaran sabtu lalu dengan menyiarkan kedai Choleq di kajang. Ibarat magnet, terus petang tu pecut ke kajang. Jauh jugak dari rumah tapi sebab colek punya pasal. Tengok dekat blog dan dalam program tu kata buka jam 430 petang kan. Maka pecut konon nak jadi orang pertama. Kami sampai jam 5 petang. Excited punya pasal. Tapi eh, tutup pulak. Tuan kedai baru nak susun meja. Oh terawal pulak. Kata tuan kedai, jam 530 petang baru buka.

choleq kajang

Oklah kami pun tunggu kat petronas berhampiran dengan harapan jam 530 lepas ni akan terpacak depan kedai. Jam 530 pergi balik kedai dah full. Penuh orang siap beratur depan kedai tak cukup tempat duduk. Wah dasat penangan promosi dari JJCM ni. Maka oleh kerana kami tidak mahu ambil risiko, maka kami ambil keputusan untuk pulang sahaja. Nasib baik tak tunggu sebab bila saya baca review dari sebuah blog, orang ni kebetulan datang hari sama dengan kami, katanya 2 jam menunggu colek tak dpat turn. Fuhhh nasib baik kami pulang dulu.

Tapi geram punya pasal sebab nak makan, maka Selasa kami pergi lagi dengan gigihnya. Sampai sana, kedai tutup lagi. Rupanya tutup sebab catuan air huhuu melepas. Kenapalah nasib badan.

Tapi oleh kerana kami tidak mengenal putus asa maka besoknya kami ke sana lagi. Memang agak crazy kan (wah omputih kau) hehehee

Dan kali ini ada rezeki kami. Tapi mak aiii kena beratur ye. Jika anda tidak mempunyai kesabaran maka jangan sesekali mencuba kerana kali ini saya beratur satu jam. Tapi tidak mengapalah sejam tu sekejap je berbanding dengan keenakan colek yang diidam. Smapia anak-anak pun dah tidur dalam kedai (kami pergi malam selepas maghrib).

colek kajang
colek ayam cherang

Ini dia namanya colek ayam cherang. Hasil gabungan ayam, perut, paru dan lain-lain tidak kukenal dan sayur-sayuran lain. Memang enak. Kuahnya juga enak, setaraf la dengan apa yang boleh didapati jika anda pergi ke Kelantan.

colek ayam pasir putih
colek ayam pasir putih
colek ayam
sila beratur di sini

Kat sini semuanya self service. Untuk order anda kena beratur dan ambil colek pergi ke meja sendiri hehee. Dan air juga self service. Order di kaunter dan sila ambil sendiri.

Oklah untuk malam ni saya berpuas hati walau terpaksa beratur. Tapi saya mencuba lagi percubaan kesian kalinya dengan pergi lagi semalam. Jam 7 malam sudah terpacak di sana dan mula beratur sebab kali ni queue sangat panjang. Ingat nak tapau je sebenarnya. Tapi ianya sungguh mencabar kerana jam 830 malam baru sampai giliran saya. Bayangkan hampir 2 jam beratur untuk colek.

Pada saya colek tu memang bagus cuma mungkin kena tingkatkan servis. Contohnya yang bungkus colek perlu lebih pantas kerana ianya sangat gemalai membungkus dan seorang diri. Jika ada pembantu contohnya seorang tukang potong bahan-bahan, seorang lagi bungkus mungkin boleh cepatkan masa dan orang tidaklah perlu beratur terlalu lama. Agak lama kalau 2 jam beratur bagi mendapatkan colek yang sangat simple tu. Dan juga mainpower kena tambah, sebab ada seorang yang bantu ambil order, dia yang amik order, dia juga yang berkejar jaga kaunter. Mungkin hari tu ada masalah lain kot maka tiada ramai pekerja wallahua’lam.

Oleh sebab itu pada yang mahu rasakan keenakan colek memang saya rasa ok di sini cuma jika anda tidak bersedia secara fizikal dan mental, kena  fikir dulu sebelum makan. Mungkin kena bagi perut kenyang dahulu baru pesan colek kerana jika anda menghadapi masalah kelaparan yang sukar dibendung, usah ambil risiko.

Saya mungkin akan datang lagi ke sini tapi bukan dalam masa terdekat. Mungkin setelah service mereka semakin baik. Bukan condemn tau, sebab colek dia memang sedap, cuma kalau tidak sanggup menunggu, better anda fikirkan kembali. Tapi kalau sanggup tiada masalah kerana semalam pun seorang ibu di depan saya sambil dukung baby boleh je beratur, nak je rasa suruh dia potong queue sebab kesiankan baby yang beratur sama hampir 2 jam.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
Email: [email protected]
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply to Metrobestmom Cancel reply

This Post Has One Comment