Sakit Rahang Gara-Gara Shaklee

Walaupun kami semua berjauhan, masing-masing di merata tempat, ramai yang tidak pernah jumpa tapi setiap hari berlaku pelbagai kejadian.

Sebahagian pesakit rahang:

Kejadian terbaru semalam adalah kesemua kami dalam satu group khas untuk leader dalam wahmillionaire mengalami sakit rahang.

Kes parah ni sakit rahang. Bukan sorang dua yang sakit rahang malah suami-suami masing-masing juga mendapat peratus kehairanan yang tinggi. Ini adalah kerana mereka-mereka ini tergelak terguling di rumah masing-masing tanpa diketahui punca. Gilakah?

Oh tidak. Kisahnya kesemua dalam tu adalah leader kan. So leader diwajibkan present pada anak-anak buah. Maka biasalah kemudahan lain kalau nak buat perjumpaan di luar adalah bukan amalan kami, sebab masing-masing ada anak-anak kecil yang tak memungkinkan untuk keluar meeting bagai semata untuk belajar. Maka oleh kerana itu masing-masing mencuba test audio dan memperdengarkan suara masing-masing.
Bila dah bersuara ni faham sahajalah macam-macam ragam. Ada yang merdu umpama pijak semut tak mati, ada suara lunak, ada yang suara ayu dan ada juga yang bersuara lemak. Ada juga suara kepit. Tapi yang kepit ni jangan diamal selalu sebab membahayakan diri. Takut tersepit diri.
Tengah-tengah malam buta sambil baring atas katil, sambil lipat kain kami menunjukkan belang. Yang terakhir test adalah seorang kakak dalam group kami juga. Memang gelaknya 1st class. Mula-mula dengar rasa macam eh aku berada dalam alam lain ke ni? Seram campur kelakar.
Memang happy sesekali berlaku kejadian begini. Kami umpama satu keluarga, saling melengkapi. Dalam bab test suara juga salin tolong menolong. Walau diakhirnya terpaksa stop kerana takut overdose. Gelak banyak boleh matikan hati jadi kami insaf setakat itu sahaja.
Apa yang saya mahu share, inilah bisnes yang paling santai dan paling best saya pernah join. Dan ukhwah ini sangat indah hingga kita bukan merasakan seperti bos dan pekerja tetapi kita adalah satu keluarga besar. One big family .
Sesiapa yang mahukan support group seperti ini jangan salah memilih. Dan jika nak rasa sakit rahang, jom bersama kami. Tak tahan gelak gembira setiap hari:)

Leave a Reply