Hakikat Status Seorang WAHM


Ketika entry ini ditulis saya dan keluarga dalam perjalanan ke Seoul, Korea. Memang indahnya pengalaman ni tapi saya akan ceritakan di entry yang lain tentang trip korea ini ye.


pulau nami wahm



Working at home mom (wahm) rasanya bukanlah asing lagi pada para ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Bayangkan kehidupan sekarang yang mana sukar untuk mengharapkan orang lain yang dipercayai untuk menjaga anak bukan? Macam-macam hal berlaku terutama berita anak-anak di nursery yang mempunyai pelbagai cerita sedih. Tersedak susu bagaikan perkara biasa. Alangkah indahnya jika tangan si ibu boleh menjaga sendiri anak-anak. 

Maka sebab itu jugalah ramai kalangan WAHM muncul sekarang. Dan kebanyakan juga menjalankan perniagaan secara online/dalam talian. Kalau dulu istilah surirumah sinonim dengan ibu yang tidak bekerja tetapi kini WAHM lebih sinonim pada ibu yang bekerja dari rumah. Maknanya ibu yang berada di rumah tapi mempunyai pendapatan yang agak lumayan.

Pelbagai jenis perniagaan diusahakan seperti menjual tudung (glamer tudung ni macam-macam jenis), baju dan jubah pelbagai, kraftangan dan lain-lain lagi. Ada juga yang terlibat dengan penjualan vitamin, seperti saya 😉

Hakikat status seorang wahm kini boleh dikata bernilai tinggi. Jangan memandang rendah pada ibu yang bekerja dari rumah ini kerana mereka semua berpendapatan dan juga membantu ekonomi keluarga. Bagaimana tangan seorang ibu boleh menggoncang dunia, inilah dia ibu-ibu yang membantu ekonomi keluarga. 

Bagaimana ibu yang bergelar wahm boleh membahagikan masa mereka? Pada saya mudah sahaja. Saya tidak meletakkan syarat tertentu untuk disasarkan setiap hari. Contohnya memasak mesti jam 7 pagi. Kadang-kadang anak-anak ada waktu mereka mungkin tidak sihat atau mungkin agak meragam maka jadual itu boleh diubah. Tidak perlu terlalu mengikut, just go with the flow. Tapi saya nak bagi tips yang musah bagaimana ibu yang bekerja di rumah boleh menguruskan keluarga.


wahm shaklee



Tips ibu bekerja dari rumah:

❤️* Masa anda adalah fleksibel. Namun begitu boleh juga anda tetapkan di ruang waktu bila anda boleh buat kerja yang ditetapkan. Contohnya dari seawal subuh sehingga jam 10 pagi, anda sudah siap menyapu rumah dan memasak. Maka antara waktu itu bolehla anda uruskan mana yang menjadi prioriti dahulu mengikut kesesuaian anda sendiri.

❤️* Jangan stress jika sesuatu yang dirancang tidak sempurna sepertimana impian anda. Contohnya hari ini mesti basuh 5 bilik air. Tapi jika keadaan anda tidak mengizinkan, maka jika berjaya bersihkan 3 bilik air sudah memadai, bakinya sambung di hari lain. Fikirkan mudah sahaja dan enjoy menikmati hari-hari wahm anda.

❤️* Untuk urusan bisnes anda, hanya anda sahaja tahu bila waktu yang sesuai untuk anda luangkan masa. Contohnya anda boleh buka laptop hanya apabila masa anak tidur. Semasa anak tidak tidur maka segala urusan boleh dilakukan hanya dengan telefon pintar (smart phone) sahaja. Jangan pula anda fikirkan anak menjadi sebab untuk anda tidak boleh berjaya kerana mereka kan anak-anak syurga. Sambil layan anak, tidak semestinya anda tidak boleh buat perkara lain juga.

❤️* Enjoy dengan setiap momen setiap hari. Andalah orang pertama yang akan melihat perubahan anak, perkembangannya dan tingkahlakunya. Maka seharusnya anda rasa bertuah kerana tidak semua ibu mempunyai peluang seperti ini 😍

Hakikatnya hidup seorang wahm dari kacamata saya adalah sangat-sangat indah. Kita bukan sahaja dapat menjaga anak-anak sendiri malahan juga dapat membantu ekonomi keluarga dengan hasil usaha kita dari rumah. Nak jadi WAHM tapi tidak tahu caranya?

Klik saya ingin menjadi WAHM yang bergaji CEO dan cemerlang di rumah.

Semoga kita semua berjaya 😍


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
Email: [email protected]
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply to ayunidati Cancel reply

This Post Has One Comment