Kedai Sarapan Pagi Ghaib!

Sarapan pagi misteri. Itulah yang berlaku pagi semalam. Misterinya kerana tiba-tiba kedainya yang pernah dahulu daku bersarapan pagi kini hilang ghaib.

Kisahnya semalam tiba-tiba teringin nak makan nasi berlauk yang sungguh sedap di satu kedai kelantan bertempat di bangi. Bangi ke sg ramal eh? Tak kisahla tu.
Tempat ni memang selalu juga saya kunjungi waktu bekerja dahulu. Kenangan silam..aku dan dirimu…
Jadi semangat berkobar maka pergilah kami menuju destinasi tercinta.

Sungguh lengang pemandangan memandangkan jam hampir 9 pagi. Maka semangat makin berkobar apabila semakin dekat dengan tempatnya.
Yang misteri pertama adalah kami terlepas simpang! Oh maka kena buat pusingan uturn baliklah nampaknya. Hai macamana boleh tak perasan ni, kemaon aim kedainya. Maka patah baliklah kami menuju ke destinasi.
Bila patah balik tengok kedai yang kami nak pergi ni KOSONG! Tidak ujud tanda-tanda tutup kedai tapi nampak macam tak ujud kedai. 
Kami masih tak putus asa, pergi ke depan lagi dan eh eh eh macam kenal je.
   

wehuuuuuu! Rupanya ghaib kerana bertukar lokasi. Gementar i ingatkan kempunan dah nak makan nasi berlauk.
Sampai sana terus order tapi lain yang dibayangkan tadi rupanya lain yang dimakan. Oleh kerana tahap godaan tengok kerutuk ayam maka ku menukar menu kepada nasi dagang berlaukkan ayam kerutuk.
Amboi makan tak ingat kiri kanan. Sedap menjilat jari katakan. Tidak dilupa bersama menu tambahan iaitu akok.

Tengok tu, kerutuk yang menyelerakan bukan?
Dah kenyang makan maka adalah pakcik datang kira bil. 
“itik ni ambik berapa ketul?”
Haaaaaa? Itik ke yang aku amik tadi?
Takpe sila redha. Ingat tadi kalau itik takdelah gemar sangat sampai menjilat jari. Tipah tertipu uols. Tapi dah masuk perut kira oklah. Lagipun memang boleh je makan itik walau bukan favourite tapi kalau tau awal tadi memangla tak ambil.
Bertuah tau itik ni.
Dah kenyang tak reti nak balik?
Memang reti tapi kita snap gambar kenangan dulu.

Itulah kisah misteri kedai yang ghaib.
Ghaib sekejap je muncul lagi di depan.
Jangan marah ye hehee

Leave a Reply

This Post Has 5 Comments

  1. Unknown

    wahh….ngidam ke mommy?? Tak sabarnye nak balik raya ni!!..:))
    vitamincintaummi.blogspot.com

  2. ieda

    ingatkan kisah macam kedai hilang..pastu duit baki tukar jadi habuk tu…habuk ke ulat eh???lupa plk…