Keseronokan Dan Kebebasan Seorang WAHM

Dulu kalau sebut WAHM tu memang tak ambil pusing. Apa itu WAHM? Tidak pernah terlintas sebenarnya. Kerana mana mungkin rasanya boleh bekerja dari rumah sahaja. Ada ke kaedah begitu? Walhal ketinggalan sungguh, ramai je WAHM yang lahir terutama di zaman penuh ujian ni.
Memang penuh ujian sebab kalau dulu tak pulak kita dengar kes bayi tersedak susu kat nursery. Jarang dengar kan? Atau anak sekolah jatuh dari bas sekolah ke. Atau anak kena culik ke. Memang sekarang banyak sangat kes yang tidak disangka. 
Kalau boleh saya pun tak nak perkara sebegitu lebih-lebih lagi ia berlaku pada anak-anak kita. Selagi boleh kalau kita boleh elakkan berlaku maka kita perlu lakukan sesuatu kerana banyak pilihan dalam hidup ni.
Jadi saya memilih menjadi WAHM dengan peluang yang telah shaklee berikan. Ye, saya terjebak kerana shaklee bukan skim cepat kaya. Ia juga bukan skim piramid. Dan saya join dahulu hanya dengan membayar yuran pendaftaran RM75 tanpa membeli apa-apa stok. Dan ianya seumur hidup!
Tengoklah, hari-hari dengan anak di depan mata saya sangat bersyukur!

❤️SERONOK BUAT SHAKLEE ❤️

Tengahari ni sambil baring-baring saya nak share seronoknya buat shaklee.

1. Salah satu kebahagian dan seronok adalah masa saya tengah menulis ni. Seronok sambil baring-baring ni. Dok dalam rumah sendiri, family semua dah siap lunch, golek-golek belek hp mencari rezeki untuk mereka yg berkehendak.

2. Seronoknya sebab hari-hari boleh masak untuk family. Saya bukanlah kata kategory addict masak tp rasa puas bila bleh masak sendiri untuk family walaupun sekadar ayam masak kicap. Ayam masak kicap kat kedai mungkin letak “kiub knorr” bg penyedap. Tapi kat rumah ni saya letak kasih sayang dlm masakan hehehe mulianya aku. Jadi anak2 tak termakan benda yg bukan2.

3. Aktiviti soping moping biasanya pada waktu hari bekerja. Boleh memilih dengan aman weh masa ni tak sesak dengan orang. Pendek kata mall itu kita yang punya. Parking pun senang nak cari, tak perlu terkejar masa ehhhh dah pukul berapa aku kena masuk opis.

4. Takde ujud perasaan bersalah jika terguna waktu pejabat. Ehhh lunch sampai 2 jam rupanya lagi 1 jam g window shopiing. Rasa bersalah kan curi waktu pejabat, ooh tuhan maafkan hambamu.

5. Bila dok kat rumah ni kuranglah aktiviti sembang kosong. Kalau di pejabat mungkin kawan panggil gebang sambil2 minum air sempatlah buat liputan artis barang sejam dua. Dapat free dosa haritu.

6. Masa ini kita yang punya. Nak sapu rumah jam berapa? Nak masak jam berapa? Nak gi kedai jam berapa? Ada orang kesah? Tak kesah la sebab kan ke aktiviti tu semua buat dalam rumah sendiri. Maka nak masak bubur jam 12 malam takde orang nak amik peduli.

Inilah keistimewaan menjadi seorang WAHM spt yg saya alami sekarang. 

Sekadar berkongsi, walau impian kita berbeza.

http://permatacintaku.blogspot.com

Leave a Reply