Dengar percuma berduyun yang mahu bukan? Apa sahajalah yang percuma rakyat Malaysia mesti suka, Iyelah tidak payah keluarkan modal siapa yang tak mahu kan? Jadi ahli shaklee percuma adakah ujud atau propa semata? Ia boleh jadi betul iaitu anda dapat jadi ahli shaklee percuma tapi kaedahnya?
Baru-baru ini saya telah dimaklumkan oleh beberapa pelanggan yang tertipu dengan taktik jadi ahli shaklee percuma ini. Memang betul ada yang offer beliau untuk jadi ahli shaklee percuma tapi hakikatnya ada udang galah di sebalik mee. Bagaimana modus operandi ini berlaku? Anda kena tahu supaya anda tidak tertipu oleh makhluk yang cuma mahu mengejar keuntungan. Dan anda juga jangan cepat terperangkap bila dengar free/percuma sahaja terus tidak mahu fikir panjang sedangkan kesan yang diterima selepas itu amatlah ngeri.
Saya katakan ngeri sebab memang permainannya licik perdaya mangsa. Mangsa yang sudah teruja dan tidak sabar mahu jadi ahli shaklee secara percuma ini biasanya tidak akan cakap banyak, apa yang diperlukan akan diberi dengan mudah. Si pembelit akan bagitau anda yang keahlian shaklee adalah percuma dan anda hanya perlu berikan butir peribadi sahaja pada mereka. Setelah dapat butirannya mereka akan key ini data anda dalam website shaklee seperti berikut.
Mereka akan key in data anda di sini dan ianya memang PERCUMA kerana tiada bayaran untuk key in data. Tapi anda jangan silap, anda bukan lagi sah menjadi seorang pengedar shaklee jika hanya data anda diisi di sini. Selagi anda tidak membayar YURAN KEAHLIAN SHAKLEE bernilai RM65, plus postage RM10, maka anda tidak sesekali BOLEH MENGGUNAKAN ID ANDA. Maknanya di sini akaun anda masih lagi tidak aktif dan cara untuk aktif anda mestilah membayar jumlah RM75 tersebut barulah ianya akan aktif. Bayaran RM75 ini adalah bayaran yang shaklee malaysia kenakan pada setiap orang yang ingin menjadi ahli shaklee iaitu bayaran ini adalah untuk seumur hidup. Dengan bayaran ini anda akan mendapat satu beg yang dipanggil kit member yang mengandungi semua detail berkenaan produk shaklee dan sebagainya. Selagi kit member ini tidak dibeli dengan nilai keahlian RM75 tadi maka anda bukanlah lagi boleh digelar Shaklee Independant Distributor.
Jadi jangan mudah diperdaya kerana tiada istilah dapat jadi ahli shaklee secara percuma melainkan dengan belian produk. Boleh baca sini untuk CARA JADI AHLI SECARA PERCUMA yang sebenar.
Oklah diharap semua jangan tertipu lagi ye. Nanti susah jika salah langkah kerana ketidakjujuran berada di mana-mana. Awas!