Penjual Ikan Yang Jujur

Harini nak cerita kisah si penjual ikan yang jujur. Kisah benar ni. Begini kisahnya..baca jangan tak baca.

Sebenarnya penjual ikan ni selalu menjual dekat pasar malam area rumah saya. Biasanya gerai dia memang penuh selalu. Sampai tak cukup tangan tengok.
Apa yang saya perati dari dulu kan gerai dia ni tak kedekut. Kedekut dari segi apa? Biasalah kita pegang ikan sotong semua tu tangan mesti kotor kan. Standardlah kalau sediakan air perahan limau kat situ kan untuk basuh tangan. Tapi kedai pakcik ni extra lagi tak lokek dengan tisu. Tisu mahal pulak tu letak. Lupa nak snap gambar tisu. Pendek kata tak berkira. Saya bandingkan dengan lagi satu gerai, tisu langsung takde.
ikan pasar malam

Ok itu satu lah. Lagi satu pakcik ni tak berkira langsung bab harga. Katakan total RM15.60. Yang sen dia selalu tak kira. Bayangkan itu baru sorang, kalau ramai orang betapa banyak dah pakcik ni buat amal sedekah. Tapi itulah sebab jenis tak berkira gerai dia selalu jadi tumpuan. Berbanding dengan ada gerai ikan yang lain kat pasar malam tu juga, saya pernah beli 10 sen pun berkira. Takpelah itu hak dia tapi yang saya nak bagitau ni adalah pakcik ni penuh dengan sifat pemurah.

jual ikan pasar malam
Lagi satu kan, pakcik ni jenis prihatin. Saya selalu beli barang dapur biasalah dengan sayur, bawang semua kan. Bila dah sampai gerai dia banyakla kiri kanan nak pegang dengan plastik kiri kanan. Pakcik ni selalu akan bagi satu plastik besar suruh letak segala macam barang saya tu supaya senang nak pegang. Biasalah dia selalu akan panggil Aisyah, ni ambik plastik letak barang kau. haahha lawak pakcik ni semua dibantainya Aishah. Kalau lelaki dia akan panggil Aiman heheheh. Kreatif pakcik ni.
Tapi cara dia tu membuatkan kita senang nak membeli. Tak berkira dan ringan tulang tolong kita walau kalau tak tolong pun sebenarnya takpe tapi sebab dia ni baik dan jujur saya rasa. Lagi satu suka bagi plastik lebih takut air ikan tu menitik jika hanya satu plastik sahaja. Prihatin sungguh. Moga lebih murah rezeki pakcik.

penjual ikan pasar malam

Eh ada pun gambar tisu tu. Ha tengok guna tisu premier lagi. Siap kalau orang tak guna, Aishah tu amik tisu tu lap tangan kau. Jarang benar jumpa peniaga jujur dan baik hati sebegini.

Jika semua peniaga ada sifat begini alangkah bagusnya kan. Moga dilimpahkan rezeki yang mencurah pada pakcik. Dan insyaAllah saya pasti akan jadi pelanggan ikan-ikan pakcik yang setia. 

Leave a Reply