Resepi Sahur Simple bersama Prune

Selamat bersahur semua kita di hari ke 8. Cepatnya masa berlalu rasa masih baru je lagi dok pung pang kat dapur sediakan resepi sahur. Saya ni dulu masa bujang kalau sahur sukakan nasi goreng. Tapi lama kelamaan selera berubah makin lama jadi tak makan nasi, hanya suka minum susu, kurma sahaja, kelas kau jah!

Iyelah dulu masa remaja metabolisma terlebih tinggi asyik nak makan je. Sekarang kena pandai buat kawalan sendiri berpada-pada sebelum nasi menjadi bubur. Biasanya bersahur saya hanya temankan suami dan anak makan nasi, tiada nafsu nak makan nasi. Tapi saya wajib ambil resepi sahur ikut gaya saya tersendiri iaitu ini dia nak cerita. Di awal beberapa puasa saya buat resepi sahur kurma bersama ESP, badam dan mealshake


Kali ni ubah la pulak selera, kita tukar sikit. Saya menggunakan Cinch Shake pula. Boleh klik sini untuk KELEBIHAN CINCH SHAKE

Memang sedap ye jika dicampur dengan cinch shake mix ni apatah lagi dengan perasa kegemaran saya iaitu cafe latte. Harum sangat baunya seolah menghirup cafe latte di tempat romantik wah gitu. Memang sedap cubalah sendiri kalau nak tahu. Cinch shake ni ada 3 perisa iaitu coklat, vanila dan cafe latte. Tapi yang selalu jadi kegemaran saya sudah pasti cafe latte. Harum semerbak..

Ok bia sudah ada cinch shake yang menjadi asas kepada resepi kita ni maka anda bolehlah membeli buah-buahan yang diperlukan sebagai rakan kepada cinch shake tadi. Bahan-bahnnya dalah kurma, prune dan kismis. Ada apa dengan buah-buah kering ni? Sudah pastilah ianya mengandungi fiber yang tinggi yang mana fiber sangat digalakkan diambil semasa sahur untuk mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan juga menjaga perut kita dari sembelit. Kemanisan resepi ini terletak pada buah buah itu sendiri, tidak perlu lagi mencampur gula atau jika suka anda boleh tambahkan sesudu madu asli.

Cara buatnya senang sahaja kita blend (kisar) semua sekali, biarkan ia mesra mesraan gitu. Eh jangan lupa lagi satu bahan utama juga adalah fresh milk. Jika tiada fresh milk ini alamat mesin pengisar tak berputar la korang hehehee. Tengok gambar di bawah? Menarik tertarik tak? Resepi simple tapi percayalah boleh kenyang punya. Seolah makan nasi.

resepi sahur ramadhan

Ianya sesuai juga buat kaum ibu yang ingin mengamalkan diet. Inilah masanya untuk berdiet dengan sahur dengan minuman berkhasiat. Jadi masa raya nanti bolehlah melaram dengan baju raya seindah pelangi. Tada lagi spare tire di sana sini kerana cinch shake ni adalah berfungsi sebagai minuman untuk “inch loss” kalau nak tau. Makanya ia bertepatan dengan tema minum secara sihat, dapat mengurangkan inci-inci yang tidak diingini dan juga dapat membuatkan kita sihat dan cergas sepanjang hari.

resepi sahur simple dan ringkas

Tiada kata secantik bahasa. Kalau nak tahu patut cuba sendiri. Satu canister ni boleh tahan sebulan puasa tau. Jadi tak rugi kalau dapatkannya sekarang. Mahu dapatkannya sekarang? Untuk order hanya klik pada gambar di bawah.

Mahu harga lebih murah dan jimat dengan menjadi ahli?

Anda mahu jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

This Post Has 2 Comments

  1. Unknown

    This comment has been removed by the author.

  2. Unknown

    best resepi sis bagi, saya shake esp+cinch+fresh milk je, kurma makan gtu je, hihi malas nak blend.mmg lg best kalau guna fresh milk.time rajin boleh cuba resepi sis ni.

    keep in touch sis…. http://www.norazua10.blogspot.com