Set Bersalin Perlu Ke Tidak?


Set bersalin perlu ke tak sebenarnya? Bila ibu disahkan mengandung, bukan sahaja fikirkan SET IBU HAMIL malah akan fikir juga set bersalin nanti untuk berpantang. Persoalannya perlu ke tak set bersalin ni?

set berpantang shaklee

Saya masih ingat lagi masa mengandung anak pertama, tiada pengalaman apa-apa lagi. Tapi masa tu memang ada kesedaran untuk mengambil set bersalin sebab rasa memang penting. Sebab kita dah bersalin mesti badan lemah kan, jadi nak pulihkan balik perlukan sesuatu. Ingat lagi masa tu saya mencari set bersalin yang agak popular masa tu iaitu Nona Roguy. 
Saya memang ambil satu set masa tu termasuklah minyak herbanika yang digunakan untuk mengurut. Dan pil herba dia juga saya ambil. Tapi masa tu fikir konon nak ambil set penuh sebab berangan yakin boleh habiskan. Tapi biasalah hangat-hangat tahi ayam.
Selepas sahaja bersalin, rasa ngeri untuk membuang air besar membuatkan saya takut untuk makan pil herba tersebut sebab ia benar-benar boleh buat perut memulas dan memang akan senang membuang. Tapi yang tak tahan sebab rasa memulas yang jadi kita terpaksa ke tandas. Mungkin sebab perut tak tahan kot. Saya tak nafikan mungkin bagusnya produk herba ini jadi masa tu vitamin yang doktor bagi saya pandang sepi, tak makan pun.
Bagi sayalah, set bersalin amat penting tak kiralah jenama apa sekalipun tetapi perlu ambil kira keberkesanan dan tidak perlu membazir. Di kehamilan kedua saya masih lagi ambil set bersalin tapi saya dah bijak sikit masa tu hehehe sebab dari pengalaman yang tidak berdisiplin mengambil ubat, jadi saya hanya beli satu pil herba dan juga minyak herbanika untuk mengurut (masa ni belum kenal set bersalin shaklee lagi). Dan masa ni saya utamakan vitamin yang doktor bagi sahaja bersama pil herba satu jenis sahaja.
Pada saya terpulang pada individu untuk memilih tapi pendapat saya set bersalin sangat perlu ada kerana selepas bersalin adalah sangat kritikal kena menjaga badan luaran dan dalaman kan. Kalau sekarang saya sangat syorkan sesiapa yang nak mencuba cara moden boleh mengambil set bersalin dari shaklee. Ia sangat mudah dan berkesan. Saya nak tunjuk testimoni customer yang menggunakan set bersalin shaklee.

testimoni set bersalin shaklee

set bersalin shaklee
set berpantang shaklee

Untuk penerangan lanjut tentang apa ada dalam set bersalin shaklee boleh rujuk sini:

set berpantang shaklee

Pada yang berminat, anda boleh dapatkan dengan membuat belian secara online di bawah ini hanya klik sahaja untuk sebarang belian. Gerenti yang terbaik untuk anda.

Mahu dapatkan dengan harga ahli?

Bagaimana mahu menjadi ahli shaklee secara sah?

Anda mahu jadi ahli shaklee dan ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply