Tips Dapat Anak Kembar

Alahai bila tengok anak kembar rasa besnya, geram tengok kan. Saya pernah juga berangan nak anak kembar, comel sangat apatah lagi kalau dapat sepasang, sedondon je bila bawa berjalan Takleh bayanglah memang comel:)

Tapi boleh ke kita merancang untuk dapat anak kembar? Ada tips untuk dapat anak kembar? Biasanya orang yang dapat anak kembar ni sebab memang ada  keturunan yang kembar kan. Sebelah ibu saya ada keturunan kembar, tapi setakat ini family kami belum dikurniakan kembar, tetapi sepupu saya ada yang dapat kembar, seorang dapat kembar seiras dan seorang lagi kembar tak seiras. Bila masa i pulak nak dapat ni? 🙂

tips dapat anak kembar

Bagaimana meningkatkan peluang hamil anak kembar?

  • sudah pasti salah satu point terbesar adalah mesti mempunyai keturunan yang ada sejarah kembar.
  • ambil asid folik lebih awal, sebeum anda merancang untuk hamil. Jika sudah hamil baru ambil asid folik  tak aci, kena ambil lebih awal beberapa bulan sebelum. Dalam satu kajian di Australia, menunjukkan lebih kurang 40% peluang lebih tinggi mendapat kembar jika amalkan asid folik sebelum hamil. Tapi ini adalah salah satu peluang sahaja, bukan semestinya wajib dapat kembar ye. Kita hanya berusaha.
  • Makanlah produk tenusu seperti susu, soya, yogurt, keju. Dikatakan peluang hamil kembar adalah 5x lebih tinggi dengan mengamalkan produk tenusu.
  • Jika anda seorang ibu menyusu, teruskan menyusu walau anda sudah disahkan hamil (jika anda tiada masalah kesihatan lain). Ia dikatakan menyumbang pada kebarangkalian untuk mendapat kembar lebih tinggi.
  • Ibu yang telah melahirkan kembar mempuyai potensi 4x lebih peluang untuk mendapat kembar lagi.
  • Semakin berusia, semakin tinggi peluang untuk dapat kembar. Namun perlu diingat di usia yang meningkat maka komplikasi kehamilan juga semakin meningkat.
  • Jangan terlalu kurus. Wanita yang lebih berisi ada peluang lebih tinggi mendapat anak kembar.
  • Ibu yang membuat rawatan kesuburan lebih tinggi peluang mendapat anak kembar kerana ubat-ubatan yang digunakan terutama yang membuat IVF.
  • Tuah! Ye anda mempunyai tuah jika mendapat kembar tanpa sejarah atau apa-apa yang boleh menyumbang kepada mudahnya untuk hamil kembar. Yeah!
cara dapat anak kembar
Alahai comel sangat kan kembar ni? Kalau dberi peluang memang nak sangat, moga ada luck! 🙂
Oh ye untuk asid folik, saya cadangkan anda mengambil yang ni. Memang penting asid folik untuk bakal ibu atau ibu yang hamil sebab kegagalan mengambil asid folik boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi lebih tinggi.

Leave a Reply