Bolehkah Menyusu Dengan Puting Pendek?

Puting pendek atau dikenali dengan flat nipple atau inverted nipple boleh berlaku pada seseorang ibu. Apakah dengan keadaan ini si ibu boleh menyusukan anaknya dengan baik? Atau bayi anda tidak boleh mendapat khasiat susu ibu?

Pertama sekali jom kita kenali apakah flat nipple dan inverted nipple ini. Ianya adalah berbeza ye walau dari segi rupa mungkin agak lebih kurang.

Perbezaan antara flat nipple dan inverted nipple. Jom kita tengok gambar.

flat nipple vs inverted nipple

Bagaimana hendak bezakan flat nipple dengan inverted nipple?

Anda boleh buat ujian ini. Cuba picitkan bahagian aerola dengan ibu jari anda dan jika puting anda boleh terkeluar dengan teknik ini maka ia adalah inverted nipple. Inverted nipple atau puting ke dalam ini boleh ditarik balik keluar tapi perlu menggunakan manual berbeza dengan puting biasa. Bergantung pada tahap inverted itu. Bagi flat nipple kemungkinan besar yang walau dibuat teknik ini tetap juga tidak akan terkeluar puting.

cara mengenal puting tenggelam

Bolehkah menyusu badan dengan flat nipple dan inverted nipple?

Ye boleh. Kerana bayi menyusu bukan dengan sebab puting tetapi pelekapan yang betul pada aerola. Aerola itu adalah lingkaran gelap di sekeliling payudara. Bayi tidak menghisap susu dari puting tetapi dari aerola. Boleh lihat bagaimana cara pelekapan yang betul untuk bayi menyusu.
proper latch for breastfeeding

Maka para ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam atau flat nipple usah risau kerana semasa kehamilan ada kemungkinan keadaan akan normal. Anda boleh menyusukan bayi seperti biasa cuma kena pastikan awal-awal perkenalkan puting pada bayi. 

Bagaimana cara menyusu untuk flat nipple dan inverted nipple?

Bagi flat nipple anda boleh susukan seperti biasa dan mesti dimulakan awal, jangan skip susukan bayi hanya kerana anda rasa anda tidak boleh susukan bayi. Bayi anda akan pandai adjust jika dari awal anda latih dengan berikannya susu badan. Bagi yang inverted nipple, sebelum menyusukan, anda boleh cuba tarik dahulu puting secara manual supaya ia terkeluar atau boleh juga pam dahulu sejurus sebelum susukan bayi.

Bagaimana jika saya masih ada masalah untuk menyusukan?

Anda ada pilihan untuk perbaiki keadaan ini walau ia sebenarnya tidak digalakkan dan hanya sementara sahaja.
Anda boleh gunakan breast shell atau nipple shield untuk masalah penyusuan anda.

Apa beza breast shell dan nipple shield?

cara penggunaan breast shell

kegunaan breast shell

Ini adalah breast shell yang dipakai sebelum penyusuan di mana ia dipakai bersama bra. Ia dikatakan dapat beri tekanan pada payudara untuk membuatkan puting yang tenggelam kembali semula ke bentuk asal. Walau bagaimana pun ia tidak digalakkan kerana kadar keberkesanan tidak terbukti tinggi.

Berbeza pula dengan nipple shield. Ia dipakai semasa menyusukan bayi anda.

kegunaan nipple shield

Ia dikatakan boleh membantu kerana keujudan puting palsu (nipple shield tadi) dapat membuatkan bayi anda dapat menghisap dengan lebih baik. Namun ia juga tidak digalakkan kerana ia tidak membantu dari segi penyusuan terutama ibu yang ingin meneruskan penyusuansusu ibu secara eksklusif. Dibimbangi bayi anda akan bergantung pada nipple shield dan tidak sempurna pelekapannya yang sepatutnya pada aerola.

Semoga info ini sedikit sebanyak bermanfaat. Jangan segan hubungi saya jika anda mengalami masalah penyusuan atau anda menghadapi masalah susu yang sedikit. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply