Sebenarnya anniversary kami telah pun berlalu dan tahun ni tak disangka sambut di San Francisco, terkesima mak jemah!
Tapi tak kisah lah kat mana-mana sekalipun, janji anniversary tu mengingatkan kita tentang detik permulaan bergelar suami isteri. Sudah 8 tahun rupanya, banyak pahit manis dan apa pun inilah jodoh terbaik untuk kita. Anak-anak pun dah 2 orang, sudah makin membesar.
Dekat San Francisco haritu kami tak sempat bertukar-tukar hadiah lagi, hanya ucapan sahaja maklumlah trip bersama anak-anak dan juga aktiviti yang padat memaksa kami tangguhkan dulu. Yang pasti saya hampir lupa tarikhnya, nasib baik suami yang terlebih dahulu ucap selamat ualangtahun. Terharu sebab sudah 8 tahun masih lagi tetap sama macam dulu.
Hari anniversary kami banyak berjalan, aktiviti pun padat. Tapi sempat juga abadikan gambar berdua.
Berlatar belakangkan Golden Gate Bridge San Francisco. Sesungguhnya bahagia bersama sudah cukup.Moga Allah merahmati hubungan ini hingga ke jannah.
Berdua lagi di Fisherman Wharf Pier 39. Terlalu banyak rahmatmu. Kat sinilah hubby kata anggaplah dia belanja king crab ni (walhal shaklee yang bagi) tapi takpe suapan itu dah memadai.
Satu benda yang tidak pernah lupa, setiap kali anniversary biasa suamiku tak bagi hadiah, tapi pasti akan berikan sejambak bunga. Tak pernah miss lagi setakat ni. Tapi masa sambut kat sana takde jambangan bunga, ingat tahun ni takde dah….
Tetiba harini, sejambak bunga menghiasi rumah. Rasa nak nangis pun ada, terima kasih sayang ❤️
Moga ini bukan jambangan yang terakhir darimu. Tahun-tahun akan datang juga ye. Terima kasih atas segalanya. Moga kita kekal dalam sakinah, mawaddah dan rahmah.