Pagi-pagi lagi kami perlu berada di KLIA untuk memulakan perjalanan kami hari ini ke Long Beach, USA. Perjalanan yang memakan masa yang agak panjang dari 17-20 jam ini walau rasa lama tapi sebab adanya anak-anak bersama jadi hati tak rasa risaukan mereka. Lebih happy kali ni berbanding tahun lepas semasa trip umrah Dubai sebab masa tu terpaksa tinggalkan anak sebab hanya dapat 2 tiket free sahaja dan juga kebetulan anak yang kecil belum lagi berumur 4 tahun. (hanya anak yang berumur 4 tahun ke atas layak untuk trip ni jika menepati syarat free trip).
Kami berada di KLIA pada jam 7:30 pagi di mana dijangkakan flight kami adalah pada jam 10:40 pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, terurus dengan baik. Kebetulan juga kawan kami iaitu salah seorang peserta dalam trip ni ada bawa makanan jadi kami tumpang sekaki makan spageti dan roti yummy! Tq Farah, sedap sangat!
Kami diberi tag seperti biasa, dan juga duit allowance juga setiap seorang bernilai 400usd. Bagus betul shaklee ni, duit ni boleh dibuat belanja kat sana nanti tak perlu bawak extra untuk shopping sebab kami berlima jadi total dapat dalam RM6000+ untuk sekeluarga. I love shaklee heheheh. Yang kos lain semua ditanggung sepenuhnya, bagi duit pula lagi. Kalau kata tak best rasanya tak jumpa lagi trip yang betul-betul jaga kebajikan hujung rambut ke hujung kaki ni.
Ketika entry ini ditulis, kami sekeluarga dalam Cathay Pacific penerbangan ke Los Angeles yang akan transit ke Hong Kong sebentar. Jadi sementara menunggu perjalanan hampir 5 jam ke hong kong ini saya gunakan sepenuhnya untuk buat entry. Kita bisnes online je, semua di hujung jari. Susah sangat ke? Takde susah, happy lagi ada.
Ada tempat charge jadi jimat bateri. Ini yang akak paling suka dik! heheheheh
Makan juga oklah ada nasi lagi sementara ni. Kita bagi kenyang dulu baru idea datang mencurah-curah. Nak tidur takde selera, lagi bagus sambil ni kita buat kerja hakiki yang biasalah, update blog perkara utama.
Ini contoh gambar sebelum tidur. Selepas tu, selamat sejahteralah belayar.
Dan alhamdulillah, kami selamat sampai di lapangan terbang Hong Kong dengan disambut dengan hujan renyai. Kita tunggu pula perjalanan yang lagi jauh lepas ni. Nantikan update terkini tau dengan follow blog ini tengok sebelah kanan untuk followers ye.