Day 2 Free Trip LA: Global Conference @ Long Beach

Pagi-pagi lagi selepas sarapan pagi kami bersiap di lobi untuk menuju ke arena tempat berlangsungnya Global Conference kali ini. Jam 830 pagi masing-masing bersedia dalam bas, dekat je pun kalau jalan kaki pun boleh tapi sebab lebih proper menaiki bas maka itu pilihan lebih tepat.

 

Ini adalah center theater di mana berlangsungnya majlis harini. 

Sebelum acara bermula kami sempat snap gambar sekejap di luar. Aktiviti wajib  biasalah. Ini sebahagian delegasi kami pada hari ini.

Star achiever dijemput masuk ye:)

Meriah sangat majlis kali ini sebab ruang ni semua penuh. Dan paling kami terharu sebab delegasi Malaysia ditempatkan di ruang khas. Special betul delegasi Malaysia yang juga disebut-sebut oleh Roger Barnett yang mana kami telah “boom” kan pasaran shaklee dengan graf yang sangat membanggakan. Bangganya anak Malaysia yang menyerlah di kalangan SID seluruh dunia. Dan juga satu-satunya wakil kami iaitu pencetus kebangkitan pasaran Malaysia iaitu mentor kami yang sangat dikagumi Master Norita dan Master Shareeza. Kami kagum dengan mereka kerana merekalah pencetus kegemilangan shaklee Malaysia.

Aturcara yang dimulakan dengan Mr Roger disusuli dengan penerangan dan pelancaran produk baru shaklee yang sangat happening. Terasa kemeriahannya 🙂

Acara bersambung lagi esok, kami rehat sebentar untuk makan tengahari. Balik bilik dapat surprise dari shaklee, wow! Ada hadiah:)

Pendek kata layanan bak ratu ok! Oklah kita rehat dulu, esok jumpa lagi entry selanjutnya kami insyaAllah akan menghabiskan masa seharian di Disneyland.

Leave a Reply