Day 3 Free Trip LA: Buat bisnes untuk anak-anak

Hari ini kami seharian diberi peluang menghabiskan masa emas di disneyland. Dari jam 9 pagi sampai malam baru balik hotel. Penat tapi seronok.

Seronok sebab berjaya happy kan anak-anak. Bila bawa mereka bersama rasa satu kegembiraan yang tak boleh nak ucap, bagaimana sebenarnya kami berusaha gigih untuk membahagiakan mereka. Ada ramai juga ibu dalam group kami yang join trip free ini. Saya sempat berkongsi pengalaman dengan mereka.
Ada yang sebab breastfeeding jumpa dengan shaklee. Ada yang ingin bekerja dan satu-satu harapan dengan menyertai shaklee. Pendek kata memang ramai dari kalangan ibu yang bercita-cita tinggi.
Kami sampai ke Disneyland yang terletak di Anaheim, California yang lebih kurang setengah jam perjalanan dari Los Angeles. Sampai di sana perkara utama adalah untuk menuju ke fantasy land di mana situ ramai puteri-puteri dongeng disney. Antaranya yang menjadi idaman anak sulung saya adalah nak jumpa dengan Elsa dan Anna karakter dari filem animasi Frozen. Dari Malaysia lagi asyik bertanya berapa hari lagi nak pergi. Nak sangat jumpa dengan Elsa.
Maka kami tak tunggu lama, dekat disneyland sangat besar kawasannya dan banyak “land” tertentu tapi kami memilih untuk terus ke “fantasy land”. Untuk jumpa dengan Anna dan Elsa ni perlu gigih beratur selama 2 jam lebih, bawah panas tau. Memang keadaan hari tersebut panas jadi terpaksa sabar jelah. Fikirkan impian kakak nak jumpa jadi mama dan abah kena bergilir-gilir beratur.  Oklah setengah jam seorang beratur ehehhe. Maka lepas 2 jam lebih dapatlah jumpa karakter Frozen ini.

Dengan mama abah pun tumpang bergambar sekali 🙂
Yang ni pula gambar rakan satu trip kami, juga buat shaklee sebab nak jaga anak sendiri kat rumah. 

Bayangkan apa perasaan seorang ibu yang tidak bekerja (tapi hanya bekerja dari rumah) dapat membawa satu family bercuti? Tak boleh digambar perasaannya walau kita melepaskan kerja hakiki tapi ganjarannya dapat bersama-sama dengan anak sentiasa tidak ternilai.
Lepas tu baru kami pusing-pusing area Disneyland dan ada pelbagai mainan kat sini, terlalu banyak kalau nak main kena pilih sebab rasa macam tak mungkin dapat habiskan semua.

Selepas jalan-jalan kami menyaksikan pula “parade” iaitu di mana semua karakter disney akan muncul di sepanjang jalan. Ada masa tertentu yang mereka akan buat parade dan kena tengok map untuk memastikan anda tidak ketinggalan menyaksikannya.

Selepas itu kami meronda-ronda dan terjumpa kedai custome princess, banyak sangat pelbagai pilihan baju princess kat sini. Siap boleh request untuk pakej mekap dan dandan. Tapi sebab dah lewat petang, kami tak sempat ambil pakej tersebut, hanya beli baju dan pakai sendiri je.

Selepas tu kami decide untuk berehat sementara menunggu fireworks (pertunjukan bunga api) yang dijadulkan pada 930 malam. Dan akhirnya….

Tengok live memang sangat mengagumkan. Cantik sangat-sangat! Memang tak rugi tunggu walaupun keletihan yang amat. Rasa nak tercabut kaki pun ada. Tapi takpelah bukan selalu dapat peluang sebegini kan. Tambah lagi dapat tunaikan impian anak-anak (walhal impian masa kecil mama juga ni 🙂
Tiada yang lebih bahagia bila dapat gembirakan anak-anak. Dan tak sangka dengan disebabkan bisnes dari rumah ini, saya berjaya bawa seluruh keluarga datang bercuti dengan layanan 6 star. Peluang yang tak mungkin dapat atau munhkin lambat nak direalisasi kalau bukan dengan peluang bisnes ini. Alhamdulillah..

Leave a Reply