Suami Pesan: Dah Solat Dhuha?

Bila kenangkan rasa syukur sangat. Bukan nak meriakkan diri tapi rasa kalau tak diberi kesempatan mungkin kesilapan masa lampau semakin berlalu tanpa sedar. Dulu memang pernah dengar solat dhuha tapi tak rasa kepentingan untuk jadikan rutin.


Kenapa eh jadi begitu? Sebab mungkin belum lagi diberi hidayah kot. Eh tapi hidayah tu ada je cuma kita yang tak sedar dan tak cari jalan. Iyelah biasa solat 5 waktu je yang kita utamakan tapi yang lain-lain bukan taknak buat tapi tiada masa (relevenkah alasan ini?)

Macam dulu salah satu sebab adalah kurang kesedaran. Dan masa tu juga bekerja jadi rasa tiada masa untuk jadikan rutin. Tapi pergi keluar makan boleh pula jadi rutin (oh my God).



cara solat dhuha



Tapi sekarang sudah nampak apa itu fadilat dhuha dan rasa rugi kalau tak luangkan masa. Belajar buat lama-lama rasa seronok. Hingga satu hari bila terlewat untuk Dhuha atau leka, suami akan menegur. Dah solat dhuha belum? Terus rasa zassssss carta rasa sayang naik mendadak 200%. Terima kasih sayang kerana selalu mengingatkan.

Doa dhuha:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Awal-awal untuk mengingat doa solat dhuha tu rasa susah. Dan dulu tak buat lagi sebab asyik bertangguh nantilah tunggu hafal doa dhuha. Begitulah kita, asyik menangguh je. Nak tunggu hafal maka bila nak mula? Jadi saya ambil inisiatif masa tu untuk search dan cari dalam youtube doa dhuha. Jadi masa tu jumpa doa dhuha dari nyanyian kumpulan unic. Bayangkan betapa banyak pahala mereka dapat ye. Rasa saya ulang beratus kali agaknya. Hingga lama-lama boleh hafal. Korang boleh rujuk link di bawah ni untuk doa solat dhuha.


http://youtu.be/QP49tSX3gKA




Cara Buat Solat Dhuha

Solat Dhuha boleh dibuat sebanyak 2 rakaat hingga 12 rakaat. Dan ia boleh dilakukan jika dua rakaat pada rakaat pertama baca surah As Syams selepas al Fatihah dan rakaat kedua boleh baca Al Dhuha. Tapi kalau tak hafal ayat ni boleh baca apa-apa surah sekalipun yang penting niat kita buat solat dhuha kerana Allah taala.

Pada rakaat kedua semasa sujud terakhir bolehla baca doa dhuha seperti di atas.




Jom kita baca pula apa sebenarnya fadilat solat dhuha ni?


  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Ya Allah terlalu banyak fadilatnya kan. Rasa dulu kenapalah tak mulakan awal-awal. Bila dah tau fadilatnya rasa taknak sesekali tinggal lagi betul tak?


Kalau korang nak rasa lebih senang buat solat dhuha ni cuba bersama-sama suami. Kalau hari bekerja, suami buat kat tempat kerja, kita buat kat rumah (kalau wahm macam saya atau ibu surirumah). Bila buat sama-sama tu akan rasa best sebab masing-masing mengingatkan. Kalau untuk keberkatan rezeki baik sama-sama amal supaya seiring sejalan katanya. 


Sebenarnya boleh je pada mereka bekerja untuk buat solat dhuha. Boleh minta dengan boss “bagi saya 5 minit untuk solat”. Nanti masa rehat tengahri korang gantilah balik 5 minit lewatkan waktu rehat. Nak seribu daya, mungkin boleh cuba jika kerja kita bukan di tempat kerja yang kritikal seperti sedang on duty kat wad kecemasan, nyawa orang dan tanggungjawab kita menggalas kerja itu mungkin menjadi lebih utama. Pandai-pandailah korang fikir (hehehe sorry suruh fikir pulak).

Tapi memang manis jika dah amal. Kerana rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja, mungkin kesihatan, ketenangan jiwa, kelebihan masa, anak-anak yang soleh solehah, dan kelapangan dan kesihatan. Cubalah.

Leave a Reply