Teguran Suami Buat Bekas Doktor Bedah Mayat

Pagi tadi sembang-sembang dengan anak bisnes, ada teguran dari suaminya. Nak tau apakah dia? Teruskan membaca…

Memang jadi ibu yang berada di rumah sering dianggap hanya dok rumah jaga anak dan mengharap duit suami kan. Tapi saya tengok rata-rata ibu sekarang walau dok rumah tapi masing-masing ada kerja contohnya buat jualan online. Apa sahaja kerja yang penting dapat juga duit tambahan, bukan sebab suami tak mampu tapi ada kala untuk kepuasan peribadi.
Surirumah sekarang ramai yang memegang title WAHM iaitu working at home mom. Tak dinafikan kalau kita tak berada di tempat ibu tu mungkin rasa ala bolehla dia nak buat kerja dari rumah, nak buat bisnes dari rumah sebab dia tak kerja, aku ni kerja mana sempat masa. Hakikatnya cuba anda jadi surirumah pasti rasa tak cukup tanah nak mengatur jadual seharian hehehe. Saya dulu bekerja juga dan saya rasa banyak masa rehat masa bekerja berbanding bila ada kat rumah sepanjang masa. Yelah 24 jam kita dengan anak, sekejap nak makan sekejap nak membuang sekejap mintak air sekejap mintak mandi. Sedar-sedar dah petang. Tapi ada masa lagi ke nak buat bisnes?
Ada kalau kita boleh adakan masa. Ikutkan tak cukup masa memanglah ibarat rasa macam marathon setiap hari. Nak kejar itu nak buat ini. Tapi kalau anda rasa mahu, kemahuan itulah yang boleh melonjakkan diri anda. Yang boleh buat penat jadi rasa seronok. Bila kita seronok buat sesuatu kita takkan rasa penat. Biarlah apa sahaja pendapat orang tapi kalau anda memilih nak jadi wahm maka anda kena kuat fizikal dan mental. Rasanya kena lebih kuat mental sebab kita 24 jam menguruskan keluarga dan kerja sampingan kita terutama peniaga online.
Tapi bersyukurlah yang segala yang kita buat tu tak memerlukan kita guna tenaga 4 kerat. Tak memerlukan kita menjelajah rumah orang. Tak perlukan kita tinggalkan anak-anak seharian. Tak perlu ganggu kerja harian kita kat rumah pun. Buat kerja secara bijak.
Ini kisahnya saya nak share tentang anak bisnes saya tadi. Anda boleh lihat sendiri.

Suaminya tegur sebab tengok anak-anak makin montel. Mana taknya setiap hari masak kan. Suami pun turut sama happy bila semuanya terurus. Anak-anak dapat diuruskan dengan tangan sendiri. Maklumlah kalau dulu saya tau kerjaya sebagai doktor bedah mayat memerlukan komitmen yang tinggi.  Dengar kesibukan dia pun kita dah boleh bayangkan bagaimana dia atur masa. Tapi walau dah bergaji besar sebagai doktor, beliau tanpa segan untuk mengundurkan diri. Untuk lebih masa bersama keluarga. Itulah pengorbanan seorang ibu, sanggup melupakan gaji hakiki. Tapi semestinya pengorbanan dia berbaloi, hasil usaha perniagaan online beliau mengatasi gajinya dahulu. Jadi tiada apa yang hilang bukan?

Setiap hari aktiviti masak, enjoy layan suami dan anak-anak. Tahniah pada beliau yang tak gentar memilih. Kerana rezeki itu sudah pasti di tangan Allah. Jika kita percaya, kita berusaha sedaya upaya dan Dia pasti beri dalam apa jua cara sekalipun. Tengok orang lain happy dapat kesempatan begini, saya turut rasa happy. Sebab boleh menyentuh kehidupan orang lain..

Leave a Reply