Bersyukur, Nikmatmu Terlalu Banyak

Harini tetiba rasa nak baca dan renung bab bersyukur. Kalau nak hitung banyak sangat, sedih pun ada kerana terasa diri ni masih belum di tahap bersyukur yang sebenarnya.

Syukur sebab anak:

Yang ni paling menyentuh hati naluri ibuku. Kalau dulu memang terpaksa alami situasi yang kita tak berapa sukar atau tenteram. Saya faham perasaan bila menghantar anak-anak ke taska. Kalau taska yang bagus tak mengapa tapi kalau nasib tak baik alamatnya naya anak-anak kita.
Tak perlu kenang kembali kenangan hantar anak ke nursery, masih segar hingga kini. Masa tu keadaan memaksa, terpaksa juga bekerja demi mencari pendapatan tambahan walau boleh minta dari suami. Tapi rasanya saya bukan jenis wanita yang boleh duduk senang hanya dengan pemberian suami. Saya mahukan lebih dari itu. 
Juga dah malas nak rasa bimbang setiap hari terutama jika anak tak sihat, contoh anak demam ke hati pun rasa tak keruan jika tak dapat cuti masa anak sakit. 
Tapi sekarang rasa syukur yang amat Allah bagi peluang untuk lupakan semua tu. Dengan menjadi seorang ibu yang bekerja di rumah, hati tak risau kerana anak-anak 24 jam dengan kita. Paling terasa bila anak sakit kita paling dekat dengannya dan boleh usahakan sesuatu dengan segera. Itulah nikmat sebenarnya yang rasa berterima kasih syukur pada Allah bagi peluang ni. Kalau Dia tak izinkan peluang ni maka tak mungkin dapat merasa sekarang.

Syukur sebab masa diatur sendiri:

Jadual harian jadi fleksibel, walaupun bekerja dari rumah tapi tetap juga sibuk dengan urusan bisnes online. Namun tak perlu ikut jadual yang fixed kerana budak-budak ragamnya tak tentu. Pada saya setiap hari saya sudah jadualkan contohnya mesti update blog 2 kali sehari maka luangkanlah masa untuk siapkan tidak kira masa mana ikut kesesuaian. Cuma jadual yang biasa dah ada seperti pagi-pagi dah masak, yang tu cuba siapkan masakan sebelum anak ke sekolah.
Yang lain-lain seperti mengemas dan buat kerja bisnes selepas tu saya pastikan akan siapkan walau mungkin semalam siapkan waktu pagi, harini mungkin tengahari tapi jangan sesekali beralasan busy sehingga langsung tak sempat masa untuk buat. Rasanya tak lojik sama sekali dalam 24 jam kita tak boleh luang masa sejam ke contohnya kan. Masa tu ada kena bijak mengatur.

pagi-pagi boleh bawa anak ke playground

Syukur kerana hanya perlu fikirkan keluarga:

Kalau dulu jika anak sakit pun kadang-kadang teragak-agak nak ambil cuti. Tambah lagi kalau baru je ambil cuti tapi bila nak masuk kerja anak pula demam. Dah la sudah cuti seminggu. Masa ni memang betul teruji. Memang sangat kasihankan anak-anak tapi adakala jika majikan tidak memahami timbul pula masalah lain. Tapi saya di tempat terakgir bekerja dahulu alhamdulillah bos memahami. Bayangkan jika dapat bos tidak seperti yang kita harapkan? Takkan boleh pilih:)

Syukur dapat bercuti selalu:

Bila waktu sekarang ni masa untuk bercuti lebih banyak. Boleh ke mana sahaja dengan planning sekeluarga. Alhamdulillah dengan bisnes ini dan bonus yang diberikan sangat berbaloi dengan hasil usaha yang kita curahkan. Yelah seharian memang sentiasa sibuk dengan urusan bisnes tapi ada masa mahu juga release stress. Untuk release saya suka bercuti walau kadang-kadang tak plan pun ada. Kalau tetiba rasa nak bercuti, bagitau suami then jalan! 
Memang banyak sangat perkara yang saya syukuri sejak buat bisnes dan menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah. Anak-anak sangat jarang sakit sekarang, demam pun sangat jarang sampai saya pun dah lupa tahun bila diorang last sakit. Itu perkara yang juga amat patut disyukuri. Lain orang lain pula pengalamannya mungkin tapi saya bersyukur di peluang sebegini.

Tapi untuk dapatkannya bukanlah sehari dua. Masa mula-mula nak perkenalkan bisnes pada dunia luar, sangat mencabar minda dan fizikal. Masa tu saya ni blog pun tak kenal. Tapi ada hati nak buat bisnes online. Tapi siapa kita untuk mengatur atau menidakkan ketentuan Allah?

Dari tak pandai boleh je belajar. Boleh sebab memang manusia ni kena belajar. Apa yang pertama sekali diajar pada Rasulullah. Bacalah! Iye memang benar kena membaca. Cari ilmu. Ilmu memang kena cari jangan harap jatuh bergolek pada kita. Juga sama kita kena mencari guru jangan ego dengan mengharap guru datang menghadap kita. Simple sahaja.

Dari belajar macam-macam lama-lama boleh improve diri. Dari tak pandai berblog, sekarang rasanya jadi blogger tegar dah. Kalau ke mana-mana pasti ingat ada sahaja bahan untuk dishare dalam blog. Semua tu bukan paksaan tapi datang dalam diri sendiri. Rasa suka sangat buat kerja ni. Buat perkara yang kita suka memang takkan buat kita jemu. Malah setiap hari masih rasa berkobar-kobar. Kalau dulu bekerja di pejabat tidaklah rasa teruja sebegini terutama hari Isnin adalah hari yang paling tak digemari.

Kita sebenarnya berhak memilih. Sebab hidup di dunia ni hanya sementara, pilihlah mengikut apa yang kita suka dan berlandaskan jalan yang betul. Jangan pula perkara tak betul boleh jadi kesukaan kita. Tap bila dah buat benda yang kita suka, insyaAllah segala-gala kebaikan lain juga akan mengikut kita. Tidak perlu mengikut orang tapi tanya diri apa yang kita suka?

Waktu sekarang sudah masuk waktu Dhuha. Ayuh buat kewajipan dulu. Tapi bila entry ini dibaca jam sekarang sudah melewati jam 3 petang kerana ianya sudah saya jadualkan terlebih dahulu. Mudah sahaja hidup sebagai WAHM ini segalanya kena disiplin walau anda bekerja sendiri.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply