Mula-mula dengar nama kedai ni Chim Chum macam was-was pulak, siam kah? Tengok pula food village ooh oklah. Food village macam pernah dengar tapi di mana ya? Semalam rasa nak makan steamboat tapi area Kota Bharu ni belum pernah lagi dengar. Tapi cuba-cuba search akhirnya jumpa food village ni.
Kat mana food village atau chim chum ni? Ianya terletak di Pengkalan Chepa. Ni alamat penuhnya kalau nak cari.
Alamat:
Food Village,
Lot 1184, Kg Baung,
Jalan P.Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 017-9239448
Food Village,
Lot 1184, Kg Baung,
Jalan P.Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel: 017-9239448
Ha kalau nak cuba bolehlah silakan ke alamat tersebut, dekat je dengan bandar Kota Bharu. Bayaran untuk dewasa RM23 manakala kanak-kanak 4 tahun ke atas dikenakan bayaran RM14. Oklah tu kan? Tapi kenalah sediakan perut untuk makan sepuasnya.
Ni kat pintu masuk, agak luas juga tempatnya terbuka jadi bila makan steamboat tu kurang sikitla asap-asap tebal menyelubungi persekitaran. Tapi standardlah balik rumah baju bau asap:)
Dekat sini ada satu area yang diletakkan segala menu untuk anda pilih. Pada saya pilihannya tidak berapa banyak. Contohnya macam daging hanya ada satu jenis daging sahaja. Sotong ada 2 jenis dan ada juga yang tiada seperti ketam, kerang. Barangan frozen seperti fillet ketam dan fishball juga tidak banyak. Hanya ada beberapa jenis sahaja.
Tapi daya penarik sini mungkin pada laksa siamnya. Kat tempat lain saya belum pernah jumpa lagi. Laksa siam ni kuahnya memang sedia pedas dan anda tak perlu lagi tambah sambal belacan. Lepas tu serikan makan dengan daun-daun ini yang saya tak pasti namanya. Inilah rupa laksa siam.
Yang sebelah kanan tu bahan-bahan untuk dicampurkan ke dalam laksa siam tadi. Oklah rasanya menarik juga. Boleh tahan sedap.
Yang ni bahagian sos, ada sos pedas dan juga sos manis.
Ini pula buah-buahan dan colek.
Berkunjung ke sini kalau ramai memang happpening. Tapi kalau setakat berdua mungkin boring kot 🙂 Alhamdulillah kenyang kami malam tadi, makan sepuas hati. Apa yang lagi penting, dapat bersama-sama orang yang tersayang lebih bermakna dari kesedapan makanan.