Hari Cuti Queen Mama

Hari ni cuti Ahad, seperti biasa saya juga bercuti dari segala hiruk pikuk dapur. Wah macam hiruk sangat dengarnya tapi memanglah sejak bergelar WAHM ni memang hampir setiap hari akan masak untuk keluarga kecuali pada hujung minggu diisytiharkan sebagai cuti untuk Queen Mama aka me lah tu:)

Memang hari minggu khas untuk waktu rehat dari memasak, umpama reward diri la kononnya. Cuti ni direka khas oleh diri sendiri, takde orang suruh pun. Sendiri nak reward diri.
Biasanya hari minggu penuh dengan macam-macam aktiviti. Kami akan berada di luar dengan macam-macam program atau sekadar jalan-jalan sekitar ibu kota atau pun balik kampung. Kebetulan minggu ni baru je balik dari bercuti dari Jakarta, minggu ni tak ke mana-mana lagipun suami pun tak sihat jadi manalah boleh berjalan-jalan.
Semalam sebab tak keluar jadi saya buat rutin biasa kenalah masak kan. Tapi simple jelah kari ayam, sayur sawi goreng dan juga ikan merah goreng. Cukup dari pagi sampai ke petang. Kami jarang juga makan malam. Biasa saya masak sekali waktu pagi boleh bertahan sampailah petang. Kalau agak lapar lagi lepas waktu tu pandai-pandaila buat air cicah roti ke atau buat acara terapi tahan diri dari kelaparan sampai bangun pagi esok.
Harini pagi-pagi lagi dah drive ke Pasar Tani berhampiran rumah. Drive sorang jelah anak-anak tinggal kat rumah. Menu yang dah ada dalam kepala harini adalah nasi lemak. Maklumlah dah lama mengidam nak kumpul lemak kan. Haruslah beli harini.

pasar tani hujung minggu

pasar tani

Pagi-pagi orang dah ramai maklumlah pasar tani kebanyakan orang nak beli sayur, ikan dan barang-barang masak. Tapi kat sini ada juga jual nasi, keropok, dan macam-macam lagi macam pasar malam.
pasar tani

pasar tani

 Harini tak berminat nak beli sayur dan ikan sebab hari Jumaat lepas sudah ke pasar malam beli lauk untuk masak seminggu akan datang.

pasar tani

sayur pasar tani

sayur pasar tani
Untuk tidak melengahkan masa, saya terus menuju ke gerai nasi lemak. Gerai ni bukan sahaja kita boleh tapau tapi juga boleh makan kat situ. Ada disediakan meja untuk makan. Jadi kalau anda rasa mahu bersantai menikmati makanan dengan panorama kesesakan orang dan kehijauan sayur sayuran maka bolehlah datang sini makan. Mana tau boleh feel macam dok Cameron.

nasi lemak pasar tani

nasi lemak pasar tani

Memang banyak lauk pauk kedai makcik ni. Pilih sahaja pilihan hati. Kena beratur ye kat sini ikut turn. Kalau lambat dagang maknanya berbaris panjang lah korang. Kat gerai ni tak perlu risau sebab ianya pantas. Sebab ada ramai pembantu yang terdiri dari anak-anak makcik ni. Ada yang tolong bungkus bahagian depan, ada yang jaga kat belakang tolong gireng ayam, ada tukang kupas timun. Pendek kata mantop! Dah siap beli maka apa lagi, susuri jalan pulang.

pasar tani
Tengok tu tulisannya jimat belanja dapur. Murah sikit agaknya sayur kat sini ye. Maklumlah biasa kalau beli tak pernah tengok harga. Wah statement berlagak tak ingat!

pasar tani

gerai OKU pasar tani
Tiba-tiba ternampak gerai ni. Gerai OKU. Bagusnya dorang ni, jual sayuran tempatan dan juga sayur yang sukar nak cari, sayur kampung. Berusaha keras walaupun hanya mampu duduk sahaja yang makcik tu. Ramai juga orang kat gerai mereka ni. Saya ingat nak beli jugak tapi fikirkan ada lagi 2 ikat sayur kat rumah maka tak jadi beli. Sayur tak sedap pula simpan lama. InsyaAllah minggu depan kalau tiada aral saya singgah ye makcik.
Maka selesailah misi Pasar Tani pagi ni. Permaisuri berasakan sungguh gembira kerana buat masa sekarang i telah menghabiskan sebungkus nasi lemak bersama separuh bihun goreng. Alhamdulillah.

Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. Unknown

    hehehe..mun suka gi pasar tani..tgk telatah orang kat sana..