Semalam saya singgah makan di restoran tomyam & seafood Vicchuda di Damansara Utama. Tomyam kat situ memang sesedap rasa, boleh bagi 5 bintang! Rasanya itulah tomyam paling sedap mengikut selera daku sendiri. Kalau orang lain taktaulah tapi banyak review kata sedap.
Sebenarnya saya memang telah beberapa kali ke sini semenjak zaman bujang lagi sebab diperkenalkan oleh kawan yang memang selalu ke sini. Katanya tomyam sini memang sedap terangkat. Memang betullah apa katanya sebab bila dah datang sini anda akan datang berkali-kali dan lagi dan lagi.
Kalau kami ke area damansara untuk ke Ikea atau Ikano atau The Curve ataupun ke One Utama memang tak sah kalau tak singgah sini. Singgah dulu makan kenyang-kenyang lepas tu baru ke destinasi asal. Memang best walaupun mencari parking agak sukar sikit area sini tapi insyaAllah pasti ada tempat parking untuk anda. Kedainya hanya tepi jalan je kalau melali jalanraya besar boleh nampak.
Semalam kami order simple sahaja iaitu Tomyam campur, kangkung masak belacan, siakap 3 rasa dan telur dadar. Tapi masakannya begitu menyelerakan tak rugilah kalau korang try sini, memang best! Ha bagi review free ni hehehehe.
tomyam campur untuk 2 orang makan |
Kangkung goreng belacannya juga adalah terbaik! Sedap sangat, saya pernah order sayur lain contoh kailan ikan masin. Tapi kangkung belacan memang terbaik dari semua. Ikan siakap 3 rasa juga memang terbaik juga, sesedap rasa. Ikan digoreng tak garing sangat dan tidak juga tak masak. Yang sedang-sedang saja. Memang menarik. Kenyang bertambah nasi mak jemah tau!
Bila dah kenyang, nak berjalan-jalan pun rasa lebih semangat. Ada tenaga lebih katakan. Tujuan asal keluar hari ni adalah semata nak cari tudung bokitta. Ha kalau yang nak tau cerita pasal bokitta pula nanti akan saya ceritakan dalam entry yang seterusnya. Jangan lupa isikan alamat email anda di sebelah kanan blog ini untuk tidak ketinggalan mendapat cerita terkini dari saya.
Ok bagi yang mahu ke sana untuk menikmati makan tengahari nanti, bolehlah ke alamat ini:
Alamat vicchuda:
VICCHUDA TOMYAM & SEAFOOD (Halal)
24 Jalan SS21/35,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
03-7722-3481
Opens from lunch hour until late night.