Kenangan Silam Di Pantai Irama

Cepat benar masa berlalu. Ingat dulu pantai inilah datang bermain masa kecil, sudah sekolah pun datang makan keropok lekor air kelapa kat sini, sekarang bawa anak-anak di sini.

Sebenarnya jarang sangat saya ke pantai. Kalau balik bercuti ke kampung pun jarang melawat pantai, yang rajin melawat adalah ke pasar siti khadijah 😅
Tapi harini rasa hati terpanggil nak pergi. Kenapa agaknya? Rasa kalau tak pergi hari ni macam sesuatu yang tak kena. Lalu kami ke pantai dengan tujuan nak bersiar-siar tengok pemandangan dari dalam kereta sahaja.
Bila dah sampai pantai, wahhh rasa jakun sekejap. Banyak sangat perubahan rupanya.

Pantai ni sudah banyak alami perubahan. Ada kawasan yang ditambak juga dibeberapa kawasan. Sampai sana kami rasa nak keluar dari kereta pula. Nak bagi anak-anak main pasir kononnya.

Ni baru testing. Mula-mula main pasir. Lepas tu makin upgrade ye. Biasalah upgrade tu wajib. Dah main pasir kejar anak ketam angin pula. Banyak lubang ketam kecik tu bukan sahaja anak-anak tapi maknya pun penyeri acara.

Ini rupanya lubang hasil kreativiti ketam. Memang banyak sangat lubang, geram pun ada. Sempat juga anak-anakku mengejar ketam. Dapat tangkap pulak tu. Hebat pada yang tak pernah mengejar ketam.

Tah cawan dari mana dapat tu, isi ketam kecil dalam tu. Memang meriah permainan harini. Daripada dok main ipad rasa jauh lebih bernas main benda ni.

Itu adalah ketam. Tapi kecik je tak nampak dalam gambar ni. Kalau bukak tangan lebar-lebar kang berdezup dia lari.

Intro untuk main air. Mintak nak mandi tapi sebab tak bawak towel maka mula-mula tak bagi dorang mandi. Tapi lama-lama jadi kesian. Takpelah nak, silakan mandi.

Seronok mandi laut ni sebenarnya, sebab tu tak sampai hati tak bagi dorang mandi sebab mereka ni tak pernah merasa! Kesian kejamnya aku.

Oleh sebab hujan renyai, kami terpaksa naik ke darat lebih awal. Upah dengan aiskrim dulu sementara menunggu pakaian agak kering. Dan juga menunggu kereta diraja datang ambil ehhehehehe. Terpaksa import kereta dari rumah mak untuk jemput kami kalau tak habislah kebasahan. 
Seronok sebenarnya pengalaman hari ni. Yang sebenarnya jika artikel ni dibaca, ia berlaku semalam. Maklumlah entry ini dijadualkan keluar hari ni. Wah jadual! Hanya diriku yang mampu buat jadual sebegini. heehehhee jangan marah.
Bersyukur sebab rasa sekarang masa lebih teratur. Boleh atur sendiri ikut keselesaan. Saat orang sudah masuk kerja kita masih di kampung. Saat boleh memilih memulakan perjalanan bila jalan lengang. Itu adalah pilihan, setahun yang lalu.

Leave a Reply