Kisah Aspirasi Tudung Mengikut Zaman

Harini sambil-sambil baca paper terpandang iklan tudung untuk muslimah. Yelah kalau tudung mestilah untuk muslimah kan takkan untuk para muslim eheh. Cantik-cantik betul tudung zaman sekarang pendek kata walaupun beribu kot penjual tudung pelbagai jenama tapi tudung tetap laku.

Tak peliklah sebab wanita dengan tudung tak dapat dipisahkan. Kalau dah suka satu-satu design tu, akan gigih pulak nak mengumpul kaler pulak. Tambah lagi yang bekerja, mesti nak pelbagai kaler boleh matching dengan baju-baju dari isnin sampai jumaat tu. Ibaratkan ada yang setiap bulan wajib beli tudung. Yang surirumah ni tak kurang jugak. Nak jugak beli tudung bawak pergi kenduri, jalan-jalan rumah saudara mara, ke sana sini pun mesti nak cantik jugak. Sesekali nak bergaya takkan gaya macam dok rumah plak kan.
Saya masih ingat tudung pertama pilihan zaman sekolah dulu adalah tudung bawal. Masa ni bawal boleh dikata mahal juga lah tambah lagi kalau yang asli. Ada yang asli ada yang palsu tau. Bawal akbar tu adalah jenis mahal dan kalau bawal biasa agak murah harganya. Kalau membeli kena pandai pilih, kalau tak anda bayar mahal pada bawal yang tak berapa berkualiti. Juga bawal ni boleh dibezakan harga dengan manik-manik sekitarnya. Eh bukan manik, ala macam swarowzki keliling tudung tu. Kalau berkualiti dan batu tu bercahaya dan mahal maka mahallah harga bawal tu. Kalau batu yang murah pun ada, memang boleh nampak beza tak berapa berkilat dan agak kusam la sikit. Wah review bawal pulak mentang mengingat zaman dahulu kala. Bawal ni pun senang je nak pakai, mudah dibentuk. Cuma haruslah kena iron. Ingat dulu pelbagai kaler jugak bawal ni. Tengok poket masing-masinglah nak pilih yang bagaimana. Tapi masa tu student jadi ala kadar jelah. Ingat yang bawal selalu jadi pilihan adalah warna putih. Suci gitu:)

jensi tudung bawal

Selepas puas berbawal bagai, yang mana bawal tradisional, keluar pulak  bawal kontemporari. Yang saya bagitau ni bukan ikut turutan siapa keluar dulu, ikut suka hati je tanpa turutan ni janji ada diingatan. Sebab teringat tudung aidijuma yang diasaskan oleh personaliti Juma. Kiranya bawal rekaan dia ni pelbagai jugaklah, dan mungkin jadi trend juga di kalangan penggemarnya sebab harga yang berpatutan. Tapi saya tak pakai bawal aidijuma sebab malas nak menggosok. Hehehe

jenis tudung adijuma

Lagi satu adalah tudung Fareeda. Yang ni pun fenomena yang amat kot hingga pelanggan sanggup beratur dan berkampung siap tidur lagi nak tunggu kedai bukak. Marketing strategi hebat kiranya Fareeda ni. Walau ada pelbagai kontroversi tapi tak mengapalah at least bisnes dia berjaya, yang nak support boleh taknak support pun tak perlu mengutuk. Saya memang tak pernah beli tudung fareeda sebab tak rasa berminat tapi tetap rasa bangga dengan pengusaha sebegini. Tudungnya dikenali sebagai eksklusif dengan materialnya dan harga juga bolehla juga dikata eksklusif. Ramai penggemar fareeda kat Malaysia ni:)

harga tudung fareeda

Sejenis tudung lagi adalah jenis shawl. Ha yang ni memang kegemaran saya juga satu masa dulu. Banyak jenama yang jual shawl ni antaranya yang saya biasa juga beli adalah dari al Humaira Contemporary dan juga dari Sugarscarf. Banyak juga pilihan menarik, yang ni boleh tunjuk gambar sendiri sebab memang suka pakai juga.
tudung shawl

shawl pilihan

jenis shawl kegemaran

Yang tu adalah zaman shawl. Lepas tu terjumpalah pula dengan bokitta. Ini adalah kecintaan zaman sekarang untuk diriku sebab sangat mudah dipakai. Pinless dan sarung sahaja. Memang tak pandang lain dah sekarang ni. Memang suka dan selesa dengan yang ni. Apatah lagi kalau travel sangat mudah dibawa sebab tak perlu lagi nak bawa pin bagai kalau tertinggal, alamat peningla nak fikir camana nak pakai. Lagi satu sebab bokitta ni sendiri tak perlu digosok. Sangat sesuai dan secocok denganku. Kalau nak tau cara pakai bokitta dan jenis-jenis bokitta bolehlah tengok link di bawah.

cara pakai bokitta

bokitta chic

cara pakai bokitta

Itulah sahaja perjalanan tudung dalam kehidupanku. Memang adalah perubahan dan inovasi tu terutama tang rajin menjadi kepada super rajin sebab mencari yang tidak perlu diiron. Buat masa sekarang hadiah paling bermakna adalah jika ada yang mahu hadiahkan bokitta buat diriku. Misi mengumpul bokitta masih belum berakhir. Korang pula bagaimana? Ada tudung pilihan yang menjadi idaman dan kesukaan?

Leave a Reply