Kisah Pelik Aku Dan Semut

Kadang nak cerita pun malu. Sebabnya banyak juga perkara lawak atau pelik yang berlaku dalam hidupku ini. Bila ingat masa sekarang ni memangla pelik tapi masa tu takde peliknya. Biasalah zaman budak-budak.

Zaman kanak-kanak paling ingat sebab mungkin yang terindah agaknya. Otak bebas tak fikirkan apa-apa masalah. Semuanya fikir nak makan, main, pergi sekolah. Dan juga hal ehwal yang tak berapa penting tapi penting pada seorang kanak-kanak. Apa yang pasti suka sangat main. Standard biasa piawaian seorang kanak-kanak.
Teringat kisah diriku dan semut. Takdelah kata berkawan baik dengan semut. Tapi ada peristiwa yang kuingat sampai ke hari ini. Kisah semut yang menjadi salah satu perkara mengumpul pahala. Pelik bunyinya kan? Dengan semut boleh dapat pahala.

Masa kecik dululah pandanganku pada semut sangatlah tinggi. Memang tak sampai hati tengok semut teraniaya. Terutamanyakan bila masuk toilet.Kadang ada semut-semut sesat tu kalau dah berjalan dalam bilik air tentulah ada yang basah. Tu la sape suruh buat laluan kat situ. Kalau setitik air pada kita tapi umpama kolam banjir pada dia. jadi ramai juga yang terperangkap. Daku sedaya upaya akan bantu semua mereka ni untuk tidak lemas. Wah gitu. Betul, daku akan hulurkan satu jari dan bagi semut ni naik sendiri pada jari dan berpindah ke tempat selamat. Banyak juga kaum kerabat semut berjaya diselamatkan.
Masa tu kan bila tolong tu takde fikir lain tapi ada terfikir nanti kalau aku susah mesti semut-semut ni akan doakan aku. Berharap semut doakan. Hehe memang agak kelakar juga rasanya tapi bila fikir balik eh tak mustahil juga kan. Sebab semut ni kan tentera nabi Sulaiman dulu kan. Memang patut berbaik-baik dengan semut ni.

Saya ada terbaca juga yang jangan sesekali bunuh semut. Kalau ada kat rumah kita cuba halau dia dengan cara baik. Ada doa untuk halau semut ni yang saya ada jumpa semasa google pasal ni. Jom saya nak sharekan mana tahu lepas ni kita boleh amal. Tak perlu lagi dok sembur ridsect bergelen kat dorang. Kesian pulak terutam daku pencinta semut amat sensitif soal ni. 
Kita boleh baca doa ni untuk halau semut:
“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. 
Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. 
Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. 
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat”.. 

Dulu suami memang ada juga sembur semut ni untuk halau kan sebab kadang-kadang bila dah banyak tu jadi rimaslah jugak. Tapi bila dapat tahu benda ni maka suamiku ada mencuba. Eh memang alhamdulillah berkesan. Yang geng-geng semut sudah beralih ke belakang rumah, tinggal beberapa sahaja la mungkin tersesat atau jenis pekak hahahaha. Tapi tak salah la kita cuba, dorang pun makhluk Allah juga kan lagi pun sentiasa berzikir. Lebih hebat dari kita nampaknya zikir, malu dengan semut.

Cubalah kalau nak tau. Mana tau selepas ni berubah lokasi. 

Leave a Reply to ieda dayah Cancel reply

This Post Has One Comment

  1. ieda dayah

    lepas ni boleh la amalkan doa ni.. tq for info..