Mamelon: Ilmu gigi berguna untuk ibu bapa

Menjadi ibu bapa ni membuatkan kita juga banyak belajar perkara baru. Hari ni saya belajar tentang MAMELON. Pertama kali dengar ni dan rasa teruja nak tau.

Kisahnya semalam saya membawa anak perempuan yang berumur 7 tahun berjumpa dengan dentist. Sebab ingin mencabut gigi bawahnya yang nampak sudah mula goyang. Dan firasat saya baik cabut terus supaya senang untuk gigi kekal tumbuh. Sebab memang sudah ada beberapa gigi kekal yang mula tumbuh di bahagian depan atas dan bawah gigi. 
Sampai sana, oleh kerana kebetulan patient pun tak ramai (sebenarnya hanya kami je masa tu) maka cepat nama dipanggil. Doktor gigi yang merawat sangatlah soft spoken dan pandai layan kanak-kanak. Kalau biasa budak akan jadi takut bila berhadapan dengan keadaan yang penuh peralatan, tapi tengok doktor ni pandai menarik perhatian anakku. Masuk je beliau suruh duduk kat kerusi baring tu, tanya sendiri anak saya kenapa dengan gigi Sarah? Saya merasakan beliau mahu berkomunikasi supaya kanak-kanak selesa dengannya. Dia beritahu semua apa yang dia nak buat contohnya ok sekarang Sarah baring doktor nak check gigi mana yang goyang tadi ye. Caranya sangat lemah lembut, sampai mak budak pun rasa kalau gini aku pun nak cabut gigi selalu hehehe.
Lepas baring dia bagitau ni sekarang doktor akan pakaikan spek ye. Sarah pakai spek ni lepas tu doktor nak tengok gigi. Alahai kenapa bagus sangat doktor ni aku bagi 5 bintang!

mamelon gigi kanak-kanak

mamelon pada gigi kekal

Sempat minta izin dengan doktor nak snap gambar. Apakah perangai mak budak seperti diriku ini? Tapi takpe demi nak bagi ilmu pada korang semua kan:)
Bila check doktor cakap gigi Sarah tak perlu dicabut lagi. Sebab kena tunggu gigi kekal muncul dulu di belakang gigi tu baru cabut gigi susu. Salah rupanya sangkaanku ingat kononnya kalau cabut lebih awal maka gigi yang akan tumbuh lebih sempurna. Tapi rupanya tak boleh begitu sebab nanti kalau cabut gigi susu, tapi gigi kekal belum lagi tumbuh, bimbang akan mengganggu pertumbuhan gigi kekal tu. Mungkin juga susunan gigi jadi tak cantik. Oh ilmu baru ni tak pernah kutahu. 

Soalan untuk doktor:

Sempat juga bertanya pada doktor kenapa gigi anak saya yang baru tumbuh ni macam senget dan kedudukan dia tak seimbang. Jawapannya kerana gigi kekal adalah untuk dewasa dan masa ia tumbuh pada rahang kanak-kanak memanglah susunan jadi macam tidak seimbang. Nanti bila kanak-kanak semakin membesar, rahang juga akan seiring berkembang maka masa tu gigi akan tersusun dengan baik dan ruang antara gigi yang sekarang mungkin renggang akan jadi rapat seperti sediakala.
Wah bagus sungguh harini tak pasal-pasal dapat ilmu baru. Memandangkan alang-alang bertanya, maka naik tocang pula soalanku. Tanya lagi doktor. Kenapa gigi anak saya macam ada tajam-tajam bergigi tu. Tak pandai la nak terangkan bagaimana tapi tengok jelah gambar ni senang nak faham ye tak.

mamelon gigi kekal

mamelon pada gigi kekal

Tengok gambar di atas. Gigi kanak-kanak ini nampak bergerigi kan. Itu dinamakan mamelon. Doktor tadi bagitau jangan risau puan yang ni adalah mamelon. Tercengang sekejap mak jemah. Apa benda kah ini. Doktor tu bagitau puan boleh google nanti memang akan ada term mamelon. Oh i like! Ilmu baru yang sangat bagus.

Apakah ia mamelon?

Mamelon ini adalah keadaan di mana gigi nampak bergigi dengan struktur yang tak rata. Gigi anak anda adalah normal dan tiada apa perlu dirisaukan. Ini adalah keadaan biasa pada gigi kekal yang baru tumbuh. Keadaan gigi akan semakin baik dan akan hilang kesan bergerigi tu apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.
Oh lega mendengarnya. Ingat ada sebab lain atau masa dulu terfikir yang mungkin anak aku ni minum ais tak? Atau gigit sesuatu yang keras. Rupanya ini adalah mamelons. Ia tidak perlu dirawat dan hanya tunggu pertumbuhan seterusnya ianya akan hilang.
Maka hilanglah kegusaran hati seorang ibu tentang gigi anak yang dikhuatiri tak cantik. Dan anakku juga melompat riang kerana terlepas dari terpaksa mencabut giginya. Hari yang indah. Rasa syukur sebab sekarang ada lebih masa untuk prihatin dengan anak-anak. Bila-bila masa sahaja di hari orang bekerja kita boleh bawa anak jumpa doktor gigi tanpa perlu ambil cuti atau kena tunggu hujung minggu. Moga ilmu baru ini juga bermanfaat pada ibu-ibu muda yang lain ye.

Leave a Reply