Misi Beli Emas Setiap Bulan

Wah kalaulah setiap bulan boleh beli emas suka tak? Tambah lagi kaum hawa ni kalau pulak dapat hadiah dari pasangan barangan kemas, senyum seminggu ye tak? Ada juga wanita yang tak suka emas, tapi kebarangkalia yang suka lebih ramai kot. Entahla tak buat kajian tentang tu tapi rasanya dari demam boleh segar balik kalau tau ada orang nak hadiahkan emas.

Saya kategori mana? Saya sebenarnya kategori tak suka emas. Bukan tak suka emas tu tapi tak suka nak pakai. Taktaulah kenapa. Tapi suka juga beli bila tengok design yang cantik-cantik. Kalau beli pun pakai sekejap lepas tu simpan. Walaupum gitu jangan anggap saya tak suka kalau orang hadiahkan emas. Kecik tapak tangan, satu KLCC i tadahkan:)
Nak cerita pasal kedai emas la pulak. Saya selalu akan ke 3 tempat ni yang jadi pilihan untuk beli emas. Satu kedai kat shah alam, satu kat Kelantan dan satu lagi semestinya Habib Jewel. Saya rasa ada beza antara semua ni, tapi tang mana atau tepat sangat firasat tu mungkin tak berapa nak accurate, hanya dari pengalaman dan semata rasa saya je ye. Janganlah pegi buat report kat jabatan hal ehwal emas pulak (ujud ke)..
Antara 3 tempat tu kan mari saya cerita pasal Habib Jewel dululah. Saya rasa pattern dan design habib banyak yang terkini. Kiranya canggih dan nampak moden la. Kira kalau jiwa remaja macam i ni sesuai sangat lah;) Tapi yang wanita berusia pun suka juga dengan habib ni. Selalu juga orang jadikan Habib Jewel sebagai hantaran. Nampak kelas sikit la duduk kat tempat lapik hantaran tu. Walau pun tak ada lah setaraf dengan hantaran retis macam Tiffany & Co atau Chopard. Ala yang chopard ni artis Rebecca Nur Islam dapat sebagai hantarannya. Tak pernah lagi beli chopard tapi hmmmm ehehehhe. aaummmmmm. Yang Habib Jewel ni oklah kira standardlah untuk golongan marhein macam kita. Tapi bezanya upah dia mahal sikit dari kedai emas biasa. Yelah nama pun dah gah, haruslah standard, kedai pun di lokasi yang strategik, pakai pekerja beruniform bagai sudah tentu ada kos-kos yang perlu diambil kira. Tapi masih kira ok takde lah sampai harga tak masuk akal.

hantaran barang kemas
che ta dengan barangan habib jewel

chopard rebecca
hantaran chopard Rebecca Nur Islam

Lagi satu kedai emas kat Kelantan. Maklumlah wanita kelantan haruslah turun temurun lagi sukakan emas dari kelantan sebab dari pemerhatian saya setakat inilah emas dari sana lebih murah. Upah kadang-kadang tak perlu jika anda berkawan baik dengan tuan kedai hehehehe. Atau tak kawan pun kadang-kadang dia bagi beli tanpa kos upah. Kalau ada upah pun boleh tawar menawar, harga emas akan jadi lebih mirah disebabkan dia akan kurangkan part upah. So kalau korang nak beli emas kat kelantan yang design dia banyak yang modern, bolehlah melawat ke Kedai Emas Natika.Konsepnya macam urban sikit:) Betul-betul depan traffic light berhadapan bazar buluh kubu. Bazar Buluh Kubu ni bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah. Saya suka beli kat sini sebabnya barang kemas dia berkualiti, pendek kata saya pernah bandingkan dengan barangan kemas yang saya beli tempat lain, walau baru tapi warnanya tak memancar-mancar macam yang natika punya. Yang barang kemas Natika walau anda pakai setiap hari main air pun tetap warnanya berkilat lain macam. Sentiasa nampak macam baru. Juga dorang juga ada buat khidmat COD ha kelas kau jah. Kalau korang ada kat area KL (area lain saya tak pasti), pihak kedai Natika boleh cod kepada anda. Kalau nak alamat penuh mereka korang google lah ye. Maaf kemalasan melanda nak search ehehehe.

misi beli emas

Ok lagi satu kedai emas dalam PKNS Shah Alam. Saya lupa dah nama kedai dia ni tapi tak silap dekat dengan Mcdonald. Kat sini anda senang berurusan kerana tuan kedai sangatlah ramah mesra dan tak berkira. Bolehla nak tawar menawar dan saya rasa harga dia setanding juga murah seperti anda beli di Kelantan. Senang nak tawar menawar dengan tuan kedai ni sebab pemiliknya sentiasa ada kat kedai. Pendek kata tak lokek la. Senang berurusan. Ada beberapa juga saya dapat harga yang berbaloi kat kedai ni. Kalau korang tak dapat pergi Kelantan, sini pun saya rasa dah cukup puas hati.

emas murah

Ok bila dah tau kedai-kedai yang patut anda pergi maka apa lagi? Esok gaji kan, sila silakanlah. Saya takde gaji sekarang sob sob sob berlakon sedih hahahha.
Jangan lupa shopping emas ye korang. Pasti berbaloi-baloi. 

Leave a Reply to Mia Kassim Cancel reply

This Post Has 8 Comments

  1. Kamalia Lee

    Curious betul hehehe saya pun tak suka pakai emas, tapi suka kalau ada. Nak kumpul bonus shaklee banyak-banyak, lepas tu beli setongkol emas setiap bulan wooooohooooo insyaallah

  2. Unknown

    Dulu suka pakai emas…sejak ade anak.xsuke pulak…btw sue beli brg kemas hntrn kt pkns tu.memang ramah org2 kat kedai tu.siap bagi 2 bekas tok letak hntrn emas tu.

  3. Mia Kassim

    Salam … suka pakai cincin emas jak 🙂

  4. Anonymous

    sedih dengar tang mommy tak de gaji tu…hahaha

  5. Sally Samsaiman

    sally bukan tak suka…sally tak boleh pakai…any kind of jewellery…hahaha…tapi..tapi…sally suka jongkong omaih~ ^_^

  6. Unknown

    Jalan2 bw nak cari lain..jumpa plk yg pasal emas ni.ermmm..dah lama x membeli emas nie..
    znzabadistore.blogspot.com