Peluang Mencari Pendapatan Sampingan (Side Income)

Cari pendapatan sampingan? Ramai orang suka cari duit lebih terutama di zaman inilah. Zaman yang semua kos berganda! Ada yang buat bisnes suka-suka nak isi masa lapang. Ada juga yang memang serius nak extra income. Ada juga sebab minat jadi kalau tak buat bisnes jadi tak senang duduk. Semulajadi gitu.

pendapatan sampingan

Apa agaknya kita nak buat? Saya dulu ada buat macam-macam jugak. Jual tudung bawal (sudahnya kawan ofis je beli), pastu dah boring jual tudung sebab pasaran tak luas (yelah dah jual kat ofis je) hehe.
Beralih pula jual kain pasang. Batik sutera. Itupun kebetulan ada sepupu yang memang supply. Jadi hanya ambil sahaja tanpa modal dan jual di pejabat. Pejabat lagi, takde tempat lain agaknya ehheeh. Tapi itulah pengalaman mematangkan kita. Saya kalau kena berjualan secara jumpa orang atau kena pujuk rayu orang ni susah sikit sebab bukan jenis yang ramah extravaganza kan. Jadi saya tak rasa ia serasi dengan saya. Sekadar jual dengan kawan-kawan bolehlah tapi kalau ingin mencari network yang lebih dari tu rasa susah sangat.

Bagaimana saya bermula dengan bisnes online?

Secara tak sengaja saya jumpa bisnes online ni. Tidak pernah terfikir sebab yelah blog pun tiada masa tu. Bila tengok orang menjual produk guna blog rasa hebatnya dia. Tak tahu bahawa blog tu amat mudah sebenarnya. Tapi itulah kita ni tak mencuba mana nak tau hasilnya. 
Bila jumpa bisnes shaklee saya kena buat online. Dah tentu saya tak nak berjualan rumah ke rumah. Ohh memang tidak sama sekali. Jadi caranya memang dengan online 100%. 
Biasalah awal-awal buat bisnes rasa kali sangat. Pelanggan belum ada, saya hanya kongsi kebaikan apa produk yang saya ambil. Masa tu banyak cerita pasal set menyusu sebab memang itulah set pertama yang saya cuba. Tapi nampaknya dengan cara berkongsi pengalaman sendiri lebih meyakinkan orang. Saya memang fokus pada set menyusu ketika itu sebab saya rasa memang dekat dengan saya. Alhamdulillah rupanya sambutan tak dijangka. Dari situ saya melangkah demi langkah.
Dan akhirnya apa yang saya buat telah menghasilkan perkara yang luarbiasa. Memang luarbiasa sebab saya dapat jumpa ramai orang dengan bisnes ni. Kalau dulu kawan-kawan hanya sekitar saudara mara atau teman satu pejabat tapi sekarang ada di seluruh Malaysia. Beruntungnya dapat kawan-kawan yang baik.

Saya mahu buat bisnes online. Bagaimana caranya?

Jika anda tergerak hati untuk buat sesuatu contohnya bisnes sampingan ni, jangan segan jom sertai saya dalam group kami yang saya namakan WAHMillionaire. Diasaskan oleh seorang WAHM (saya sendiri) dan didedikasikan pada semua orang yang bercita-cita menjadi seorang jutawan. Mustahil? Kun fayakun..

Kenali saya

Sebelum menyertai mesti nak kenal dulu siapa saya kan? Ok saya merupakan seorang ibu yang bekerja dari rumah (sudah tentu kerja saya adalah buat shaklee secara online di rumah). Dahulunya memang saya bekerja si sebuah syarikat gergasi Malaysia tetapi sejak setahun lebih yang lepas saya telah melepaskan jawatan hakiki saya. Tujuan sebenar masa itu adalah disebabkan anak-anak dan juga saya rasa boleh berjaya dengan buat shaklee bersungguh-sungguh. Saya berhenti kerja dan ambil keputusan untuk resign masa tu bonus bulanan saya dalam shaklee sudah melebihi 5x ganda. Rasanya saya tak nak tunggu lagi, saya mesti berhenti kerja demi anak-anak. Dan kini pendapatan melalui shaklee bukan setakat lebh 5x ganda gaji hakiki, malah lebih dari itu. Syukur alhamdulillah Allah beri peluang ini. Jadi saya suka sangat nak mengajak anda semua ketahuilah yang bisne sini boleh berikan masa depan gemilang dengan syarat anda memang ada kemahuan. Saya memang berkehendak untuk jadi seorang ibu yang bekerja dari rumah dan itulah yang saya dapat sekarang.

Maka bermulalah saya di rumah menjadi seorang ibu sepenuh masa, rutin memang boleh dikata 100% bertukar. Kalau dulu pagi-pagi pegang stereng kereta tapi sekarang pegang senduk dan kuali ehehhe. Tapi saya tak risau kehilangan pekerjaan kerana pada masa itu saya mendapat income bulanan dari shaklee malah lebih 5x ganda dari gaji asal. Kenapa masih saya nak bekerja sedangkan saya boleh ada pendapatan dan dalam masa sama saya boleh jaga anak-anak dengan tangan sendiri kan?

Dan juga apa yang lebih terkesan pada saya adalah semasa bekerja dahulu saya tidak mampu membawa keluarga bercuti ke tempat-tempat yang saya impikan, kini saya boleh lakukan walaupun saya hanya sekadar SURIRUMAH atau lebih tepat adalah seorang WAHM (working at home mom). Bayangkan apa perasaan anda yang tidak bekerja tapi dapat juga gembirakan hati orang yang disayang?

Ok berbalik pada tadi, group yang dinamakan WAHMillionaire memang sangat aktif hinggakan segala-gala kami berhubung hanya melalui online. Usah risau pada mereka yang begitu takut dan tak suka nak jumpa, tak suka dengan meeting yang tak tentu, tak suka dengan perjumpaan tertentu, bisnes ini milik anda. Tidak perlu buat semua tu, kita buat jualan hanya melalui online (sudah tentu cara jualan berkesan juga diajar).

side income
kami yang sentiasa ceria:)

side income
jika mengajar mesti serius 🙂

Jadi saya menyeru pada mereka yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, insyaAllah anda tak menyesal punyalah. Malah akan rasa penuh syukur dapat kenal dengan ramai orang yang sudah semacam adik beradik.
Tinggalkan email anda di link di bawah dan saya akan hubungi anda untuk step seterusnya jika benar anda punya impian yang indah. Dan benar-benar mahu mengubah hidup anda.

Jangan berlengah lagi. Klik di bawah ini.

Leave a Reply