Proses Cerai Lampin Semulajadi

Bila waktu sesuai untuk ajar anak bercerai lampin atau biasa orang kata potty training? Sebenarnya tiada umur tertentu melainkan anak anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk bercerai lampin dan tidak lagi memakai diapers/ lampin pakai buang.

Menurut apa yang saya ada terbaca, sebenarnya masa sesuai adalah bila anak kita dah pandai berkomunikasi, tahu untuk bercakap dan tahu memberitahu. Juga anak anda mestilah tahu tukar baju sendiri, itu juga tanda mereka sedia untuk dilatih untuk tidak lagi memakai diapers. Tidak perlu pakai lampin ni berbeza penerimaan setiap anak. Jangan paksa mereka dan biarkan mereka bersedia dengan tugas kita melatih mereka secara sabar. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita tahu cara terbaik untuk memujuk mereka. Kalau kena dengan cara anak anda mungkin akan lebih awal bercerai lampin.

Cara Melatih anak Untuk Potty Training:

Kebiasaannya umur yang sudah agak pandai adalah 18 bulan di mana masa ni mereka sudah tahu untuk berinteraksi. Tapi jangan sesekali paksa jika anak belum bersedia, tiada apa perlu anda kejar. Kebiasaan juga anak lelaki agak lambat untuk bercerai lampin berbanding anak perempuan.
Tiada umur khusus untuk anak anda sepatutnya bercerai lampin. Tapi kebiasaannya mereka akan bercerai lampin sendiri tidak kurang dari umur 5-6 tahun.

Bila anak tunjuk tanda bersedia?

Persediaan emosi anak sangatlah penting. Pastikan mereka bersedia di ajak ke toilet. Jika setiap kali kita mengajak untuk diajar potty training tapi jawapannya selalunya taknak maka ibu haruslah bersabar. Jangan dipaksa mereka kerana kesediaan mereka akan datang sendiri. Kadang-kadang ada ibu yang seolah menjadikan perkara itu wajib hingga memarahi anak dengan tidak sepatutnya. Ajak mereka secara lembut untuk melatih mereka. Jangan sebab kita nak bertanding dengan rakan-rakan anak siapa paling cepat bercerai lampin, anak-anak yang belum bersedia menjadi mangsa. Pasti ibu-ibu tak begitu kan?

Kisah anakku bercerai lampin:

Lagi 2 bulan Aqeef akan masuk ke usia 4 tahun. Pada 2 hari lepas iaitu 21 September 2014 bersamaan Ahad (wajibla tulis sebab nanti boleh refer blog sendiri untuk ingat balik perkembangan anak) dengan tanpa sengaja, tanpa disuruh, tiba-tiba adik bagitau “taknak pakai pampers la mama. Adik kan dah besar”. Oh dapat hidayah budak ni hehehehe. Sedangkan mama dan abah takde sebut apa-apa pasal tu sebab selalu jugak sebelum ni nak ajar dia supaya jangan pakai pampers tapi ada je alasannya. Adik kan kecik lagi. Adik kan mana boleh tahan kencing. Adik tak boleh nanti kencing kat katil. Pendek kata alasan comel dia kadang-kadang lucu pulak.

cara ajar anak tidak pakai diapers

Pendekatan kami memanglah ajar dia sikit demi sedikit supaya tak pakai pampers tapi dalam masa sama bagi ruang juga bila dia dah bersedia. Saya tak tetapkan masa sebab tau insyaAllah proses ini akan berlaku secara semulajadi. Dan memang betul bila tiada paksaan, juga berkat sabar jugak kot selalu kena reject bila suruh dia tak pakai diapers. Hari tu dia sendiri yang tawarkan diri, syukur sungguh macam tak percaya pun ada.
Dan ia jadi sangat mudah, hari tu adik dah tak pakai, senang je saya bagitau kalau adik rasa nak kencing bagitau ye. Memang betul bila rasa nak kencing dia bagitau nak pergi toilet. Wah dah besar rupanya anakku. Tapi bab nak buang air besar masih failed di hari pertama. Sebab bila bawa ke bilik air katanya tak boleh nak keluar hehehee. Last pakaikan dia pampers barulah dapat membuang. Pertama kali kot jadi tak biasa. 
Hari kedua iaitu semalam, juga lancar cuma masalah bila nak buang air besar juga. Dan boleh pula terbabas, tengok dia terbongkok-bongkok bukak laci tanya nak amik apa? Rupanya nak ambik pampers sebab nak berak katanya. Oh tak boleh pula kalau nak buang air besar nak kena pakai pampers. Tapi takpelah perlahan-lahan ajar kan baru 3 hari hingga harini. Tak lama lagi saya pastu insyaAllah ok. Cuma buat setakat ni bila malam si adik ni berangan taknak pakai diapers, tapi mama dia pulak tak confident. Takut kencing pulak atas tilam. Masih lagi pakaikan dia pampers masa nak tidur. Tapi bila tengok dari pengalaman ibu-ibu lain, mereka ada kejutkan anak untuk bangun kencing di tengah malam. Tapi saya rasa tak sampai hati pula. Apa tips ye yang korang buat supaya tak rasa bersalah angkat dorang untuk ke toilet malam hari?
Si adik ni kuat susu, sebelum tidur harus 2 botol susu baru boleh lelap jadi faham jelah pastinya dia akan kencing waktu malam. Takpelah slowly ajar kan. Harapnya dalam masa seminggu ni semua akan berjalan lancar. Saya tak rasa sudah terlalu lewat ajarnya untuk tidak pakai diapers sebab anak-anak punya perkembangan yang berbeza dari yang lain. InsyaAllah masa yang terbaik untuk dia, kita pandu dan biarkan mereka bersedia dengan sepenuhnya. Tadi pun dah cuba bawa dia keluar ke kedai berdekatan rumah tanpa memakai pampers. Nak juga tahu boleh ke tidak sebab kalau kat rumah nampaknya dah boleh. Kebetulan pula macam tau-tau mama nak test, sampai kedai tadi nak beli bubur nasi tiba-tiba si adik bagitau mama nak kencing. Wah mama sudah merasakan cuak sebab takut dibuatnya budak ni tak boleh nak tahan, kalau kat rumah takpelah sebab cepat-cepat kita bawa ke bilik air. Pastu mama pun carilah toilet nasib baik ada. Fuhh lega, anakku sudah berjaya:)

latihan potty training

Kalau nak ikut tips, memang tiada tips sebenarnya sebab ini keinginan dia sendiri untuk bercerai lampin secara sukarela. Tapi mungkin tips dari sudut tak henti-henti bagi support supaya jangan pakai pampers lagi hinggalah anak kita ada keinginan sendiri dan tidak lagi berkata TIDAK bila kita mahu ajarnya untuk potty training. Kami juga tidak pernah memaksa, cuma latih sahaja dan memang tak paksa sampai nangis-nangis budak tu semata nak ajar. Tak perlu kot pada pndapat saya, mereka akan bercerai lampin sebaik tiba masa. Rasa lega dah lepas ni tak perlu beli pampers lagi, kalau tak keluar baby lain la hehehe. Ok selingan sahaja jangan ambil serius ok! 
Ok itu sahajalah cerita harini. Moga boleh jadi panduan ibu-ibu yang lain. Juga boleh juga kongsi cerita masing-masing tentang latih anak-anak untuk bercerai lampin ni. Saya menunggu tips-tips dari korang semua 🙂

Leave a Reply to rosnaziana Cancel reply

This Post Has 2 Comments

  1. rosnaziana

    Ros dulu sebelum tidur bawa anak pergi tandas dulu..kalau dia nak kencing lagi die akan terjaga sendri..tapi sebab ank nanny minum 2botol risau plak xsempat ke tandas..hehe..try sebotol je sebelum tidur boleh x?