Resepi Sup Ketam Lada Hitam

Pagi-pagi lepas subuh perut sudah berkeroncong. Sabar baby, belum masanya untuk makan nasi masa ni. Eh jangan silap faham, bukan mengandung tau 😉

Maka terfikir harini nak masak apa ye. Juga fikir nak masak atau tidak sebab biasanya kalau hari cuti maka saya juga cuti dari masak. Maklumlah hari-hari sudah berperang di dapur, hari minggu bagilah mama rehat. Yang sebenarnya nak keluar berjalan ehhehee.
Memandangkan suami tak berapa sihat jadi ada kemungkinan tak keluar berjalan kot harini. Jadi ada potensi besar kena masak ni, malas nak keluar cari breakfast. Masak jelah lebih mudah. Tak perlu keluar rumah. Memang dasar tak nak keluar rumah hahaha.
Teringat dalam peti ais ada beberapa ekor ketam. Ketam ni sedap juga buat kari atau masak lemak. Atau sedap juga buat masak bercili. Tapi kalau nak masak cili masalahnya cili yang dikisar sudah habis. Tak kuasa pula nak mengisar cili kering pagi-pagi ni. Maka resepi tu terpaksa ditolak mentah-mentah oleh panel bertauliah iaitu diriku sendiri. Kalau nak masak lemak, nak kari macam terlebih lemak pulak. Cukuplah seminggu sekali makan bersantan. Jaga badan konon. 
Maka saja lah google untuk cari resepi. Terjumpalah satu blog ni memang ada share pelbagai resepi termasuklah ketam ni. Dalam banyak-banyak resepi, tertarik resepi yang sangat simple iaitu sup ketam. Tertarik dengan resepi ini adalah sebab yang lainnya dia letak lada putih. Jadi semangat terus toingggggg naik ke 100 darjah celcius. Nak buat sekarang jugak!
Semangat ni masuk dapur. Sekali cari lada putih, ampun dipinta, tiada sama sekali. Ala hancur harapan. Ting!! kalau tiada lada putih, lada hitam pun boleh kan. Maka jadilah resepi harini iaitu Sup Ketam Lada Hitam.

Bahan-bahannya:

2 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
Lada hitam secukup rasa
Ketam
Ubi kentang
Daun Sup
Bawang Goreng

Cara membuatnya:

Tumbuk bawang putih bersama bawang merah. Tumbuk tau, jangan mesin. Sebab hasil tumbuk ni biasanya lebih sedap.

sup ketam sedap

Pastikan tumbuk lumat ye. Masa ni kalau nak tambah lada putih boleh tumbuk sekali seperti dalam resepi dari azie kitchen.

sup ketam sedap
Hasil dah lumat adalah seperti ini. Tumbuk jangan tak tumbuk. Menyihatkan otot-otot tangan ni hehehhee
respi masak ketam sup lada hitam

Oh ye untuk menumis saya suka gunakan minyak zaitun. Kata nak resepi sihat kan haruslah gunakan minyak yang berkualiti juga. Kalau goreng ikan tak sesuai minyak ni. Untuk tumis macam nak menggoreng sayur bolehlah gunakan minyak ni.

sup ketam lada hitam

Ok sesi tumis bermula. Dah tumis tu masukkan air dan kentang yang dipotong dadu. Biarkan empuk dulu barulah masukkan ketam. Lepas tu boleh masukkan sedikit lada hitam ikut kesukaan sendiri. Kalau untuk anak-anak makan jangan banyak sangat takut anak tidak suka rasa lada hitam yang kuat. Agak-agak sudah sebati dan ketam dah masak bolehlah ditabur bawang goreng dan daun sup juga secubit garam. Tapi kali ni saya hanya masukkan bawang goreng sebab daun sup tiada:) Tak kisahlah janji jadi resepi ketam ni.
sup ketam sedap

Maka sudah menjadi resepi pagi ni. Boleh makan hingga ke petang. Siap masak awal senang hati. Lepas ni bolehlah mengemas rumah pula. Masa itu emas. Selamat mencuba!

=======================================================================

Salam kenal kepada pengunjung blog ini. Siapa saya?

COP!!!!!!!

Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.

Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG

TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Leave a Reply