Sekarang rasanya ramai ibu-ibu terbuka hati dan berusaha keras memastikan bayi mereka dapat disusukan. Kalau tengok sekarang, sebelum bersalin lagi ramai bakal ibu menghadiri kelas breastfeeding untuk mencari ilmu sebagai persediaan menyusukan bayi nanti.
Saya tak terkecuali juga dulu. Tapi masa anak kedua yang memang tergila cari info pasal breastfeeding sebab taknak jadi macam anak pertama. Anak pertama saya fikirkan yang menyusu badan adalah naluri ibu, jadi bila fikir je nak susukan anak nanti maka semuanya jadi mudah. Tapi rupanya saya tak sedar yang menyusukan bayi memerlukan persediaan mental dan fizikal. Mesti tahu ilmu breastfeeding kalau tidak mahu kecundang. Takpe pengalaman itu mengajar kan?
Ada orang kaitkan saiz payudara dengan jumlah susu badan. Ala aku saiz buah mangga je mana sama dengan kamu saiz betik. Oh my god! hehehehhehe. Benarkah kalau payudara lebih besar maka susu badan juga sepatutnya lebih banyak? Kalau saiz payudara kecil maka susu badan juga sedikit?
Jom kita tengok anatomy payudara dulu.
Ok mari kita lihat gambar di atas. Semasa seorang ibu itu hamil, hormon kehamilan akan membina tisu-tisu yang bersedai untuk proses penyusuan. Kalenjar “milk ducts” akan terbina, bercambah sekali dengan “mammary gland“. Senang untuk difahami adalah mammry glands ni macam tangki simpan susu. Susu akan disalurkan melalui “milk ducts” seterusnya ke aerola. Pelekapan bayi menghisap melalui aerola ini akan memberikan penyusuan yang berkesan.
Susu ibu dipengaruhi oleh hormon prolaktin dan oxytoxin. Prolaktin ini merangsang pengeluaran susu dan hormon oxytoxin ini akan membantu susu memancut keluar. Pada ibu yang menyusu, anda boleh merasakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan masa susu badan ingin keluar. Tak boleh nak diterangkan perasaan itu tapi kita boleh rasa sendiri betul tak. Itulah perasaan bila hormon oxytoxin mula datang, ia dikenali sebagai “hormon cinta“.
Bila bayi dekat dengan anda dan bersedia untuk menyusu, hormon oxytoxin akan membantu untuk memastikan susu dapat keluar dengan baik. Juga amat penting supaya anda tahu bagaimana memastikan bayi mendapat susu dan melekap dengan sempurna. Kerana bayi anda bukan menghisap susu melalui puting payudara tetapi dari hasil pelekapan yang betul pada aerola. Jika bayi menghisap puting, ia akan menyebabkan puting anda cedera. Sebab itu pentingnya anda belajar tentang cara pelekapan yang betul.
Sebenarnya saiz payudara tidak sama sekali menentukan jumlah susu badan anda. Ia dipengaruhi oleh berapa banyak mammary gland dan tisu-tisu breast dan milk duct. Ada orang payudara bersaiz kecil malah leper sekalipun tetap boleh menyusukan bayi dengan baik jika tisu-tisu untuk penyusuan itu berfungsi dengan baik. Apa yang membezakan payudara saiz besar dan kecil adalah jumlah tisu lemak dalam tisu payudara. Perhatikan gambar fatty tissue itu yang menyimpan lelemak.
Jadi tiada sebab anda tidak boleh susukan bayi anda jika anda rasa berpayudara kecil. Hanya ada kemungkinan yang “storage” payudara anda kecil berbanding payudara besar boleh menyimpan lebih banyak dan ruang lebih besar. Apa yang perlu hanyalah pastikan sus badan diisu semula selepas setiap kali penyusuan. Signal untuk diisi semula adalah mudah je, anda mestilah mengosongkan payudara dan susu akan kembali diisi. Hebatnya ciptaan Dia:)
Bagaimana memastikan bekalan susu badan mencukupi:
- anda mesti berdisiplin dengan jadual pengosongan payudara. Mesti direct feed atau pam setiap 2 atau 3 jam sekali.
- Pastikan anda betul-betul mengosongkan payudara selepas setiap kali penyusuan. Tukar penyusuan kepada sebelah lagi payudara jika payudara yang sebelah lagi benar-benar sudah dikosongkan.
- pilih makanan yang berkhasiat, jaga pemakanan anda yang seimbang.
- jika memerlukan boleh ambil supplement untuk membantu kesihatan anda.
- Jangan stress. Kawal stress anda kerana tekanan juga boleh menyebakan kesan kepada hasil susu anda.
Tahniah pada ibu-ibu yang serius ingin menyusukan bayi anda. Kerana susu ibu tidak boleh dibanding sama sekali dengan susu formula. Kerana dalam susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda dari jangkitan penyakit. Susu formula tidak mempunyai ciri-ciri itu. Jadi jika sayangkan anak-anak anda pewaris masa depan, berusalah sedaya upaya untuk susukan bayi anda sekurangnya untuk 6 bulan pertama kehidupannya atau lebih lagi sehingga umurnya 2 tahun.
Breastfeeding inilah seenarnya yang menemukana saya dengan apa yang saya buat sekarang. Alhamdulillah tiada yang terjadi melainkan izinNya. Seronok dapat exclusive breastfeeding bayi sendiri. Perasaannya hanya ibu yang mengalami sahaja tahu. Nantikan update yang lebih banyak tentang penyusuan di blog ini ye.
@@==========================================================@@
Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan SET IBU MENYUSU boleh klik link di bawah untuk baca maklumat lanjut.
Jangan keliru, sebelum mendapatkan set penyusuan ini, sila pm saya direct untuk FREE CONSULTATION.
Saya akan cadangkan set yang mana mengikut keperluan anda.
###########################################################################
COPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!
ANDA DAH LAMA RASA INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE?
ANDA NAK JIMAT DENGAN PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE?
SAMBIL-SAMBIL GUNA PRODUK DAN DAPAT BONUS BERUPA CASH BACK?
Ingin menjadi sebahagian dari kami?
Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:
hubungi saya di talian tertera atau melalui sms/wassup/telegram untuk sesi consultation lebih detail.
019 330 8053
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Fatihanum:
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
Mahu menjadi JUTAWAN MUSLIMAH DAN BEKERJA HANYA DARI RUMAH?
REALISASIKAN IMPIAN ANDA.
SAYA MAHU!