Terpaksa Berhenti Kerja di Angka 17


Maaf boss, saya terpaksa berhenti kerja. Keutamaan saya lebih kepada keluarga. Ikutkan kerja bukan saya tak suka tapi saya ada perkara penting lain yang perlu saya utamakan. Dan juga bukan kerana boss tak baik, boss paling baik antar saya pernah jumpa sepanjang perkhidmatan.

Saya tak ambil masa lama untuk berfikir dan nekad untuk berhenti kerja. Insan yang pertama mendapat tahu isi hati dan keinginan ini adalah suami tersayang. Beliau sangat memahami apatah lagi menyaksikan kisah stokin putih.
working at home mom

Memang kalau dari segi sokongan suami, lebih 200% kot. Beliau memang beri lampu hijau dan restu yang tak berbelah bahagi untuk saya teruskan dengan hasrat hati. Tambah pula kesiankan anak-anak yang seringkali menagih perhatian. Saya tak sanggup lagi.
Suami berikan syarat untuk dapat angka tertentu dari bonus bulanan yang saya dapat dari hasil buat jualan shaklee secara online. Kalau tak dapat sebanyak yang dicabar maka saya perlu dapatkan dahulu kerana katanya biarlah berbaloi jika resigned dari pekerjaan hakiki masa tu.
Ok step pertama telah selesai, restu suami dah ada dan saya lipat gandakan lagi usaha supaya cepat-cepat dapat bonus bulanan melebihi gaji, sekurangnya 5x ganda sebelum saya berhenti kerja.
Bila difikir-fikir macam mustahil tapi tak mustahillah. Sebab masa ni dah ramai dari rakan-rakan bisnes yang buat shaklee ramai yang dah dapat 5 angka ke atas sebulan. Masa tu rasa kalau orang lain boleh kenapa tidak kita.
Maka bermulalah misi struggle dari a to z. Perkara mudah je saya buat adalah sharing. Nak menjual depan-depan suruh orang beli memang bukan kepakaran saya. Tak pandai nak pengaruh atau nak pujuk orang untuk beli. Dan juga tak minat juga memaksa orang. Jadi apa yang paling mudah adalah dengan sharing pengalaman apa yang sudah saya ambil.
Medium pertama yang saya guna masa tu adalah blog. Benar, dengan blog sahaja korang boleh dapat income yang berbaloi-baloi. Saya ingat lagi saat masa dapat income dalam 17k gitu saya bagitau suami lagi sekali rasa macam dah sampai masa saya nak berhenti. Walau sebenarnya masih tak capai lagi amount yang suami cabar aritu. Tapi rasanya dengan berhenti kerja saya boleh dapat banyak masa dan gandakan ia. Tamak kan? Iye memang tamak sebab pada saya kita pun taktau kita ni umur panjang mana. Jadi saya nak berbakti sebanyak yang boleh dengan rezeki yang saya dapat ni.
Tak sangka suami restu:) Senyum lebar rasa dunia ini aku yang punya. Juga sujud syukur sebab dipermudahkan untuk keinginan tu.
Tapi satu perkara yang rasa takut dan rasa bersalah nak bagitau adalah pada mak ayah. Takut sebab nanti dorang sedih ke apa sebab yelah hantar anak belajar tapi akhirnya taknak bekerja. Takut hancur harapan ibu bapa. Tapi dalam hati meronta memang nak sangat jadi seorang ibu yang bekerja dari rumah.
Bulatkan tekad, walau baru 17k income bulanan masa tu hasil buat bisnes secara sampingan, saya beranikan diri untuk jumpa dengan ayah in person. Mula-mula dah bagitau mak dulu tapi macam biasa ma memang ok je. Cuma ma kata baik bagitau abah sendiri. Itu lebih baik.
Jadi satu malam dipilih untuk bertemu dengan abah secara personal. Suami memang tolong bagikan jalan dan biarkan kami sahaja bercerita malam tu. Hati ni serba salah sebenarnya, tapi mengharap moga abah memahami.
Berkat doa dan juga mungkin niat untuk jaga anak, abah senyum je bila saya menyatakan keinginan untuk berhenti. Tak sangka begitu mudah abah memberi restu. Jadi hati rasa lega yang amat, inilah jalannya yang aku kena buat betul-betul. Tapi ada 2 pesanan dari abah yang saya takkan lupa. Jangan lupa sedekah dan zakat. Lagi satu jangan lupa yang tidak semua orang diberi peluang oleh Allah. Kita adalah insan yang diberi peluang. Alhamdulillah. Dan insyaAllah takkan melupakan pesanan-pesanan itu.
Setelah 3 bulan berhenti kerja, dengan restu suami dan ibu bapa, income bulanan semakin bertambah hingga 100% lebih dari bonus bulanan masa mula-mula resigned. Tidak perlulah untuk mengetahui apa yang sudah saya dapat sekarang tapi apa yang nyata alhamdulillah diberikan peluang. Dan sekarang telah setahun lebih saya berhenti kerja, banyak sangat perubahan dalam diri terutama banyak masa boleh dirancang sendiri. Saya ada kebebasan masa!
Dan saya sangat berbesar hati jika ada yang mengalami situasi seperti saya dahulu untuk datang pada saya jika berminat untuk belajar cara buat bisnes shaklee ni. Bukan mudah jika tiada keinginan, hanya yang ada keinginan nak berjaya sahaja saya berani bimbing. Pada yang nak cepat kaya atau nak mengharap kejayaan tanpa usaha, tiada daya untuk saya bantu.
Kini walau tidak lagi bekerja saya rasa bangga dengan diri sendiri sebab masih mampu memberi duit bulanan pada ma dan abah, dengan hasil income bulanan dari shaklee, bukannya minta dengan suami. Rasa lebih puas dan suami juga sangat banyak membantu kerana tahu inilah kerjaya saya sekarang. Kami bersama-sama bekerjasama bagi membolehkan bisnes yang kami buat ini boleh mendatangkan lebih lagi pada masa akan datang.
Pada anda yang ada rasa keinginan untuk buat bisnes sampingan secara online, jangan tunggu masa yang sesuai kerana tiada istilah masa yang sesuai. Sampai bila pun tak dapat cari yang sesuai jika kita tak bermula. Ibarat memulakan langkah, bagaimana mahu berlari jika melangkah pun tidak.

wahm

Alhamdulillah juga banyak perkara boleh gembirakan keluarga terutamanya walau saya seorang ibu yang tidak bekerja di pejabat, hanya berada di rumah tapi saya juga bekerja dengan cara tersendiri. Juga mampu untuk membahagiakan anak-anak dengan memberikan ruang mereka melihat negara orang lebih kerap.

wahm

bisnes sampingan

bisnes sampingan dari rumah

bisnes sampingan side income

bisnes sampingan dari rumah

bisnes side income

peluang kerja dari rumah
Percaya pada mimpi dan percaya dengan niat yang betul akan pandu anda ke jalan yang anda mahu.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply to ain sulaiman Cancel reply

This Post Has 2 Comments