Tips Melancong Bersama Anak-anak Kecil

Wah melancong bersama anak-anak kecil memang penuh cabaran. Tapi jika kena dengan caranya semua pun boleh menjadi mudah. Tambah lagi anak-anak kecil perlu kita tau ragamnya dan sebagai ibu bapa haruslah bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Bagi perjalanan yang tidak berapa jauh, tidak kritikal sangat persediaannya. Contoh balik kampung, bekalan baju dan pampers adalah minimum. Macam saya selalunya sudah sediakan segala toiletries dan ditinggalkan di kedua-dua kampung suami dan sendiri. Juga baju tidur anak-anak sepasang dua. Pampers pun biasanya tidak bawak banyak, jika tak cukup maka beli sahaja di kampung.
Untuk perjalanan jauh seperti oversea, lebih banyak persediaan perlu dibuat. Biasanya satu beg penuh dengan baju-baju mereka dan satu beg lagi dengan barangan seperti susu, pampers, tisu basah dan sebagainya. Ini untuk percutian biasa, bukan backpackers ye. Jika backpackers bersama anak-anak mungkin boleh meminimakan apa yang patut.
Perkara utama jika tidak mahu patah pinggang dengan anak yang tidak suka berjalan kaki maka standby satu stroller. Ni pengalaman peribadi saya sendiri taktaulah pada orang lain. Percutian ke Korea mengundang kepenatan berganda kerana asyik nak mendukung si budak manja. Bayangkanlah kat korea hampir segala tempat kena berjalan kaki.
Maka saya ambil pengajaran dari situ semasa percutian ke US kami belajar dari pengalaman sebelum ni, mesti bawa stroller. Wah muka lega kan tu tengok….heheheh

Mudah sebenarnya bawa bekalan sebegini apatah lagi satu kelebihan boleh bagi keselesaan jika tiba-tiba anak anda mahu tidur. Bagi jelah tidur dalam tu diam-diam. Tapi oh satu lagi terlupa, rasanya memilih stroller yang ringan juga satu perkara yang boleh diberi keutamaan.
Stroller yang ringan boleh memberi kemudahan pada anda yang ingin mengangkutnya ke sana sini. Kami gunakan stroller babyzen yoyo. Bolehlah google untuk mengetahui ciri-cirinya.

Hanya perlukan space yang kecil sahaja untuk menyimpan. Tidak perlu risau anda juga boleh carry letak dibahu. Kalau dalam flight pun boleh carry sebagai hand carry, dibenarkan masuk ke kabin. Ianya juga ringan, lupa pulak berapa beratnya tapi tak berat la senang cerita.

Tips lain adalah letak biskut-biskut dan roti dalam bungkusan kecil dan masukkan dalam carry bag anda. Jangan lupa sepasang baju dan juga pampers dan tisu basah. Itu perkara basic yang mesti kena bawa kerana bersedia untuk pelbagai kemungkinan itu adalah perlu bila travel bersama anak kecil.

Rasanya itu sahaja tips paling penting pada kami. Mungkin tak sama dengan orang lain tapi sekurangnya kita perlu sentiasa bersedia jika bawa anak bersama semasa travel. 
Lepas ni nak travel ke mana pula agaknya? InsyaAllah saya akan kongsikan tips travel yang lain pula.

Leave a Reply