Trip Jakarta Day 2: Tanah Abang

Sebenarnya Tanah Abang ni tiada langsung dalam planning kami di awalnya. Planning nak pergi mangga dua sahaja tapi bila sampai sini borak-borak dengan pemanda teksi dan browse blog orang yang dah pernah pergi, ramai yang kata Tanah Abang terbaik! Maka i pun terpengaruh dengan hebatnya!

Maka kami pun sama taknak lepas peluang lah kalau begini, kang menyesal tak sudah kalau tak pergi.
Pagi-pagi kami dah breakfast di tempat yang disediakan di hotel ini. Apa yang boleh saya cakap memang makanannya terbaik. Kebanyakan memang memenuhi selera kita. Dan juga pilihan makanan banyak. Memang tak salah pilih hotel kot. Kalau salah pun mana nak tau kan dah tak pernah duduk hotel lain sebab ini kali pertama kami sampai ke Jakarta ehehhehe.

bercuti di jakarta
diet katakan….

sarapan di jakarta
tak jadi nak diet, tambah pulak nasi

Selepas sarapan kami ke lobi hotel untuk mencari teksi. Hajat dihati ingin receptionist tu tolong call teksi sebab kami nak naik bluebird, sebab selalu orang pesan ini boleh dipercayai kan.
Tapi hotel tak sediakan bluebird sebab diorang sudah ada teksi sendiri iaitu White Horse. Kami fikir mesti mahal ni kalau teksi hotel kan. Rasa gigih juga nak menapak ke depan jalan untuk cari teksi bluebird.
Tapi kalau dah jodoh tak ke mana, bila fikirkan tak laratnya nak berjalan dengan heret stroller pula tu. Maka kami decide takpelah naik jela White Horse tu, redha je nanti balik dari Tanah Abang boleh cari blue bird pula. Terasa macam cinderella pula naik kuda putih gitu. 
Maka sampailah ke Tanah Abang, kos untuk teksi white horse tadi adalah 75,000 rupiah. Duit kita dalam RM20. Bagi saya murah kot? Dah la perjalanan dengan makan jem iaitu macet. Sepatutnya hanya 20 minit menjadi 1 jam lebih. Redha. Tanah Abang punya pasal. Tak mengapa sebab kami tak mengejar masa, misi harini adalah tanah abang sahaja.
Maka sampai di sana kami diturunkan di blok A. Bagus juga sebab ia bersebelahan dengan blok B yang mana mengikut review dari blog-blog yang kujejaki, memang A dan B ini yang menjadi pilihan ramai. Maka tak syak lagi pilihan tepat.
Pertama kali masuk sini saya bayangkan ia seperti Pasar Besar MPKB yang sebelah dengan pasar Siti Khadijah tu. Atau boleh juga dikata seiras dengan pasar Siti Khadijah. Lebih kuranglah keadaannya cuma yang Tanah Abang ini sangat besar sampai ber blok-blok. Kami hanya pergi blok A dan B sahaja, tak kuasa melayan segala blok yang ada. Kalau tak silap dari blok A sampai ke F. Larat ke?
Kat blok A sahaja pun sudah 13 tingkat termasuk basement. Mampu nak pusing semua blok? Boleh tapi mungkin anda perlukan 7 hari 7 malam untuk selesaikan misi hahahaha.
percutian jakarta tanah abang

Masa kami sampai ni banyak kedai yang baru bukak. Kira jadi antara orang pertama yang sampailah. Besar sungguh tempat ni. Tak kena gaya boleh sesat.

berlonggok-longgok baju

percutian jakarta

Tips untuk membeli belah di sini adalah jika berkenan terus je beli, sebabnya jika anda berhajat nak beli sebentar lagi, konon nak survey dulu yang lain, alamatnya tak jumpalah lagi kedai yang dimaksudkan. Jadi dari menyesal baik beli je terus. Tak boleh bayangkan kalau kehilangan anak dalam ni memang meraung. Sebab tu kalau bawa anak sila awasi anak masing-masing pastikan pegang tangan sepanjang masa.

percutian jakarta

Lagi satu tips, beli kat sini kebanyakannya borong jadi ada kebanyakan peniaga tidak memberikan anda membeli hanya satu, kena beli satu dozen, setengah dozen atau paling sedikit 3 pasang. Jadi bertanya dahulu jika nak membeli samada boleh ‘ecer’ atau tidak. ‘ecer’ itu bermaksud korang boleh beli sehelai pun tak mengapa.
Ada kedai yang memang siap tulis tidak boleh ‘ecer’. Jadi rajin-rajinkan bertanya. Kerana harga ecer dan belian borong adalah sedikit berbeza.
Bagi kami yang bukan nak beli borong, memang terpaksa tanya dahulu, kalau dah berkenan tapi tak boleh ecer rasa geram je putih mata tak dapat nak beli hehehe. 
tanah abang
bertingkek-tingkek

Setelah membeli belah yang tidak seberapa, kami ke foodcourt di tingkat 8 untuk menikmati juadah. Tadi dah makan, ni makan lagi. Perut apakah ini?

bercuti di jakarta

bercuti di jakarta
Pastikan bila sampai di sini, korang terus terjah kaunter makanan pilihan. Jangan nak buat duduk santai kat meja. Sebabnya bila kami duduk je kat meja, datang seorang budak lelaki pelayan kedai bagi menu. Dan tak berapa saat datang lagi seorang juga bagi menu yang berlainan. Memang agak pelik sebab dah sah-sah yang seorang ni dah bagi menu untuk order tapi datang lagi yang lain. 
Rasa kesian sebenarnya ingat dua-dua orang saya nak order. Tapi berbalik ke dunia nyata, siapa nak makan kalau banyak sangat ? Mungkin caranya begitu di sini. Bila kami tengah order tu, dipertengahan order baru yang seorang lagi pelayan mengalah dan berlalu pergi bersama menunya. Maafkan akak dik, tak mampu nak beli semua.

tanah abang
gerume bakar
Yang ni namanya gerume bakar. Nama ikannya lah kot gerume tu. Sedap boleh tahan.

bercuti di jakarta
Yang ni bawal bakar, rasa macam biasalah bawal yang dibakar. Cuma ada tambahan perkakasan sampingan seperti tauhu dan tempe dan juga sup yang dipanggil sup asam. Rasanya oklah masam manis. Tapi lebih best makan kosong je bersama sambal yang diberi sekali.

foodcourt tanah abang

Ini pula ayam penyet untuk anak daraku. 
foodcourt tanah abang
Sempat juga merasa air cendol, dalam RM2.10 duit kita. Bolehla tahan. Total makan semua tadi hanya RM33+. Murah kan?
Oh ya sebelum lupa tadi semasa kami nak ke foodcourt tiba-tiba terlalu kat kedai yang menjual swimming suit. Apa lagi memang ada niat nak gantikan swimming suit dengan yang baru. Jadi memang peluang emas ni. Dan juga emas untuk adik dan kakak kerana masing-masing pun ikut jejak langkah nak jugak beli sorang satu. Sebab murah jadi mama restu hheheheh.
Memang sangat murah baju mandi ni tak percaya pun ada. Kami tak tawar langsung sebab kesian dengan penjual. Dahla jual murah lagi mau tawar. Tapi harga memang korang tak percaya atau sebenarnya saya je yang tak percaya ni?
bercuti di jakarta
RM40

tanah abang
yang kakak RM30, adik RM20

tanah abang

Murah kan? Kalau korang ke Tanah Abang nanti boleh cari kedai ni. Aduhai murah sangat. Tapi sebab trip kali ni bukan niat memborong jadi i lupakan hasrat yang bergelodak itu. Nanti datang lagi akan cari kedai ni bolehla borong swimming suit untuk saudara mara tercinta hehehehe.
Selepas makan kami pun cari jalan keluar  ingat nak balik tapi si adik tidurlah pulak. Nak angkut dia nanti masuk teksi rasa kesian pula. Bagi dia tidur puas dululah. Boleh mama tambah barangan yang nak dibeli. Bijak tak?
Setelah puas pusing, maka si adik dah bangun dari tidur maka kami pun pulang dengan hati gembira. Nak cari silver bird lagi kali ni. Akhirnya penantian itu satu kemanisan, dalam keadaan suasana panas dapat juga kami dapatkan teksi tersebut.
Bayaran teksi sampai ke hotel adalah 74,000 rupiah plus. Alahai beza berapa sen dengan teksi White Horse tadi. Tak menyesal lah pakai white horse masa perjalanan pergi tadi.
Maka sampai bilik rehat sekejap dan aktiviti seterusnya adalah swimming! Macam takde kerja lain. Takpelah lagipun mama pun excited jugak nak cuba swimming suit baru hehehehe.
Malam tiada program sebab kami mahukan trip santai je taknak kejar masa dan penatkan badan. Cukup satu tempat saja untuk satu hari. 
Esok destinasi selanjutnya. Jangan lupa follow untuk mengetahui cerita esok di Mangga Dua pula ye.

Leave a Reply