Tunggu Gaji!

Nantilah kak, saya ambil bila gaji ye. Tunggu gaji nanti saya bayar. Tunggu gaji ye encik saya lunaskan bayaran sewa. Takpelah minggu ni tak boleh beli lagi beg ni, tunggu gaji dulu.

Berapa ramai dari kita yang selalu dengar dialog ni? Mesti biasa dengar kan. Kenapa banyak benda dalam kehidupan harian sangat berkait rapat dengan gaji? Iyelah dah kerja penat-penat mesti nak gaji kan. Tapi seolah kita memang sangat bergantung pada gaji untuk kelangsungan hidup, belum lagi kira untuk bayar hutang wajib.
ibu bekerja dari rumah

Nak beli rumah milik sendiri pun kadang ada yang ambil konsep tunggu gaji banyak nanti. Sekarang gaji baru 4 ribu sebulan, tunggu gaji dalam 8 ribu sebulan baru nak beli rumah. Tapi nak sampai 8 ribu tu mungkin ambil masa bertahun tapi masa tu rumah dah semakin melambung hingga tak mampu lagi untuk dibeli dengan gaji 8 ribu. Maka kena tungu gaji 15 ribu pula. Sampai bila..

side income

Apa persediaan kita?

Jadi apakah persediaan kita? Nak tunggu gaji jadi banyak atau mencari solusi lain supaya kita bukan mengharapkan gaji semata. Nak beli tudung sehelai pun kena fikir tunggu gaji, kan ke siksa tu kang tudung yang diingini habis stok masa hari gaji, gigit jari.
Itu sebab pada saya yang paling oenting kena merancang dan mencari. Dalam dunia sekarang ni, jika hidup di bandar dengan gaji 5k boleh dikatakan cukup makan sahaja. Masih lagi di paras susah juga. Sebab pelbagai benda kena bayar, hidup di kota kena tol, minyak kereta lagi, belum lagi kira perbelanjaan rumah. Ibaratkan pagi ni dapat gaji, tengahari dah habis, kena meminjam pula. Atau kalau kes pandai jimat, dapatlah tinggal lagi separuh gaji untuk teruskan belanja hingga dapat gaji seterusnya.

pendapatan sampingan hanya dari rumah

Kalau nak menabung dengan keadaan begitu rasa agak sukar. Yelah mungkin dapat menabung 100,200, tapi kalau buat side income mungkin hasil dari pendapatan itulah kita cover untuk belanja makan kita seharian misalnya. Itu pun dah cukup jimat.
Adakah kita berada dalam situasi yang cukup selesa hingga menyebabkan kita mengeluarkan perkataan tunggu gaji? Mungkin ye mungkin tidak sebab selesa itu sangat subjektif. Ada orang yang rasa selesa menyewa dan tinggal di rumah sewa, ada orang rasa selesa bila dapat duduk rumah sendiri yang dibeli.
Satu perkara yang saya selalu fikir, kebanyakan orang mungkin fikir selesa adalah untuk ruang lingkup keluarga sendiri sahaja. Selesa bila semuanya dah ada. Rumah, kereta, anak-anak, ada gaji bulanan. Tapi ruang lingkup yang selesa itu hanya untuk keluarga sendiri. Belum lagi tahap selesa contohnya boleh bagi mak ayah 1k setiap bulan setiap seorang ke mungkin. Ada yang terlepas pandang, ala takpe mak ayah aku dah bekerja tak perlu hulur duit. Ada juga mungkin fikir ala mak ayah ada pencen, boleh gunakan duit pencen. Atau ada juga yang rasa takpe aku memang bagi jugak tapi time raya aku hulurlah.

Gembirakan ibu bapa

Alangkah bahagianya kalau dapat berbakti macam-macam pada ibu bapa. Salah satu kunci rezeki adalah dengan menggembirakan ibu bapa. Yelah lagi sekali konsep gembira ni banyak. Gembirakan mak ayah dengan bawa mereka bercuti. Gembirakan mereka dengan sponsor mereka buat umrah, buat haji. Gembirakan mereka dengan selalu menjenguk mereka. Gembirakan mereka dengan kasih sayang kita.
Alangkah baik kalau kita tak perlu memilih. Biar tak kaya asal bahagia. Tapi tak salah jugak biar kaya dan bahagia.  Tak perlu nak pilih salah satu, ambil dua-dua pun boleh. Tapi dengan cara mana nak dapat duit lebih kalau setiap tahun menunggu kenaikan bonus syarikat?
mencari pendapatan sampingan dari rumah

Cara paling mudah adalah dengan mencari side income atau pendapatan lain tanpa mengganggu kerja hakiki kita. Kalau buat kerja lain sampai mengganggu kerja hakiki ditakuti tak berkat pula pendapatan yang diraih. Bagaimana nak cari pendapatan sampingan?
Sekarang ni banyak sangat orang buat bisnes online. Pada saya inilah cara paling mudah kerana tidak memerlukan komitmen anda untuk keluar ke tempat  lain atau terpaksa keluar untuk jumpa customer untuk hantar barang. Semuanya mudah sahaja hanya dengan belajar melalui internet dan berjualan melalui internet. 
cari side income

Jadi kenapa kita taknak cuba peluang yang ada? Yelah kejayaan tu kita tak boleh nampak selagi belum kita mulakan. Tapi mana tau ini adalah tuah anda?Lepas tu tak perlu lagi dalam keadaan “tunggu gaji lah”. Seronok kan kalau ada kebebasan begitu.

Pengalaman sendiri

Saya hanya share dari pengalaman sendiri sahaja, bisnes online sangat membantu memberi hasil yang sangat lumayan dengan syarat anda kena belajar dan timba ilmu serta rajin. Sebab era teknologi ni sentiasa berkembang, tiada yang boleh dibuat melainkan mencarinya dengan ilmu.
Pada yang ada angan-angan ingin menjadi wahm dan menjana income sampingan, inilah masanya. Jika sah berjaya korang tak perlu lagi tinggalkan keluarga setiap hari. Bukan kata bekerja tak bagus tapi kalau boleh memilih alangkah indahnya. Jangan jadi orang yang terpaksa melalui keadaan yang tidak disukai, lebih baik jika boleh memilih. Dan nak pilih tu bukannya perlu masa bertahun-tahun, ia mungkin sekarang. Ye, hari ini jugak. Sebelum ianya terlambat.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog
pengedar shaklee putra heights


Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?
ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has 5 Comments

  1. Akak Vitamin

    Yess biznes internet makin membawa pulangan lumayan. Jana income hanya dari rumah.

  2. Nila Anggraini

    Tak payah tunggu gaji lagi….jom buat gaji anda sendiri hari- hari pon akan boleh ada gaji sensiri…nak tahu macamana. ? Jom pm saya…boleh buat gaji dari rumah….tak payah susah -susah nak gi office..kat rumah pon boleh…untuk info lanjut boleh lawat blog saya yer..