Aku Dan Zaman Kanak-Kanak

You are currently viewing Aku Dan Zaman Kanak-Kanak

Memang jadi antara kegemaran kanak-kanak adalah bermain lepas bebas. Kalau kat rumah sendiri memang agak terbatas nak berlarian ke sana sini sebab faham jela rumah kat bandar. Tak cukup tanah ye. Melainkan petang-petang bawak ke taman permainan. Kadang bawa juga tak tentu masa samada pagi atau malam. Tapi kalau malam hari orang bekerja ala-ala seram pula kat taman permainan takde orang. Kang dari nak sihat kononnya jadi benda lain. Tak seram hantu tapi seram hantu jadian. Macam-macam kes kan sekarang ni kena sentiasa hati-hati.

Ingat lagi waktu kecik dulu dibesarkan di kawasan perkampungan nelayan, setiap petang ada je aktiviti main macam-macam. Ingat lagi waktu belum lagi bersekolah, mungkin dalam umur 5 tahun camtu, main pasir kat pantai. Tak terfikir sebenarnya main pasir pantai ni bagus sebenarnya untuk motor skill dan juga daya kreatif. Rasa budak sekarang tak berpeluang kot main benda tu. Kuat sungguh imaginasi masa tu setiap pagi ke pantai pastu korek pasir buat kapal terbang, roket, kapal angkasa dan lain-lain. Kiranya korek pasir tu, duduk dalam tu seolah macam kokpit la kononnya, lepas tu hiaslah buat butang, tekan-tekan, kreatif betul masa tu dan sudah tentu memang imaginasi tinggi zaman budak. Tapi itulah kenangan yang seronok, kesian anak-anak sekarang semua mainan palsu. Dulu itulah yang kami main, pasir tak perlu beli. Macam sekarang pasir mainan tu pun kena beli kan. Untuk bagi daya kreatif kanak-kanak. Dulu takde mainan canggih tapi kita happy sebab boleh main banyak benda sekitar. Tambah lagi tak risau sangat masa tu mana ada orang jahat, pegi main dengan kawan-kawan sekitar kampung seolah biasa sahaja sebab semua saling mengenali, anak-anak semua dikenali mak bapaknya siapa. Pendek kata mainlah sepuasnya dan jangan lupa balik rumah.
Tapi masa ni boleh disiplin pula, petang boleh main hanya sebelum maghrib. Kalau dah dekat maghrib memang kena  pandai masuk rumah, memang pantang berada di luar rumah di waktu maghrib. Memang seronok kenangan waktu tu.
Bila sekarang ni anak-anak nak main tambah lagi kat luar kena pantau. Seba ramai kan orang sakit jiwa sekarang, orang jahat ada di mana-mana belum tambah lagi yang saiko. Jadi sebagai ibu bapa kita sendiri pun rasa fobia nak keluar rumah pun takut. Apatah lagi jika dikunjungi orang tak dikenali kadang-kafang posmen hantar bungkusan pun hulur melalui pagar sahaja, takut nak bukak pagar. Adakah dunia sekarang sudah tidak selamat?
Bila balik kampung ni nampak la anak-anak happy lebih dari biasa. Bukan apa boleh berlari keliling rumah dengan bebas. Lepas bebas memang sukalah. Kita pun senang hati tolong tengok je kot jatuh kalau terlampau excited sangat tapi selebihnya biarlah dia bermain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang banyak “bermain” boleh merangsang otaknya. Tengah fikir apa lagi nak bagi dorang mai ni bagi cerdas minda.  Dari segi bantuan supplement dah ada, memang bagi minyak ikan Omega Guard.
aku dan zaman kanak-kanak
balik kampung raya

kanak-kanak cergas cerdik

Bila tengok anak main ni kan kenangan silam permainan waktu kecil semakin terbayang diingatan. Masa sekolah rendah, setiap petang main juga. Kebetulan kami tinggal di kuarters guru, dalam pagar kuarters tu agak luas siap ada macam padang. Boleh main macam-macam situ antara paling biasa main adalah badminton, bola beracun, berlakon pun pernah. Ye jangan taktau memang main berlakon. Ingat lagi masa tu ada iklan tv yang pasal sabun basuh tu. Yang isterinya kena tolak. Tapi ala-ala lupa jalan cerita iklan tu tapi memang bersungguh la berlakon dengan jiran sebelah rumah. Jiran sebelah rumah pula semua anaknya lelaki, kami pula geng perempuan, jadi ada kebanyakan ketika kami juga menjadi seperti lelaki, panjat pokok tu adalah biasa. Ingat lagi kat belakang rumah ada pokok jambu dan cermai, lepak situ petang-petang. Kalau time cuti sekolah hari minggu datang lepak atas pokok lepas dah sarapan pagi. Aduhai kelakar bila diingatkan tapi itulah hakikat zaman kanak-kanak dulu sangat menyeronokkan.

Sekarang agaknya ramai anak-anak tak kenal lagi main zero point (lompat getah), baling selipar, main kejar musang, banyak lagi la. Masa tu mana ada ipad bagai, bagus sebab mengeratkan silaturahim bila takde gadjet sebegitu. Kita ramai kawan masa tu. Sebab tu sekarang saya dah mula alih perhatian untuk tidak lagi memberi gadget kepada anak-anak. Nampak macam mudah sebab boleh alih perhatian anak biar dia leka dan kita boleh buat kerja tanpa diganggu tapi kesian dengan anak benda tu lagi boleh merosakkan mereka.
Dekat rumah main, dekat sekolah main, dekat mana-mana pun suka cari peluang nak main. Itulah dia namanya kanak-kanak. Dunia yang penuh fantasi dan imaginasi. Dunia tanpa stress, tanpa sempadan. Tiada apa yang perlu fikir, minyak naik tak perlu nak fikir. Duit gaji tak naik-naik pun tak perlu fikir. Moga anak kita semua menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Leave a Reply to Nila Anggraini Cancel reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    Kalau nak imbas krnagan zaman kanak-kanak memang jauh berbeza dengan kanak-kanak sekarang…tak dinafikan juga zaman sekarqng kita agak risau biarkan anak main diluar rumah sebab banyak kejadian yang tak elok berlaku macam kes culik dan sebagainya…tetap bagi anak main tapi cukup dlm area rumah kita saja ..kunci pagar dan perhati selalu…