Aku, Raya Dan Menu Raya di Perantauan

You are currently viewing Aku, Raya Dan Menu Raya di Perantauan

Raya perantauan la sangat, rumah mertua je pun heheh. Tak boleh bayangkan orang beraya di oversea camana agaknya. Tapi kalau dah semua family ada kat oversea raya sama-sama tetap juga rasa raya tu kan. Sudah 8 tahun bergelar isteri dan sudah merasa banyak kali beraya bergilir-gilir. Dan sekarang tiada lagi rasa sayu ke sedih teringat kampung, dua-dua pun kampung kita kan, Lagi bila ada anak-anak ni tak terasa sangat raya kat mana pun janji anak-anak dan suami ada di sisi.

Di rumah mertua biasanya menu wajib adalah lontong, masak kari dan juga rendang. Jadi memandangkan kami keluarga kecil sahaja maka itu sahaja menu untuk kali ini. Kebetulan pula adik beradik yang lain tiada bersama kali ini maka mertua masak simple sahaja. Sesuailah untuk satu family 🙂
Petang sebelum raya tu kami dah sediakan kelengkapan masak dan sudah buat apa yang patut serba sedikit seperti sediakan rempah untuk buat kari pagi ni. Dan pagi ni tinggal letak ayam je dan santan terus boleh siap cepat. Dan bahan-bahan lontong juga telah siap semalam. Biasala kerja-kerja mudah seperti menumis, potong-potong bolehla bahi kat i. Tapi kalau nak lebih-lebih tak oandai sangat sebab cara masakan lain kang jadi style pantai timur plak. Diakui masakan sini semuanya mesti ada pedas, tapi i suka! Walau asal dari negeri Cik Siti Wan Kembang tapi i kuat makan pedas juga. Tak berapa gemar kalau yang manis. Jadi menu sini walau pedas memang semulajadi tekak i boleh terima tanpa was-was.
Saat dan waktu ni kita cerita pasal makanan je la ye. Nanti aktiviti raya bolehlah update hari selepas ni. Tak syok buat ulasan sekaligus. Inipun masa entry ditulis baju raya belum siap gosok lagi. Slow & steady betul mama ni. Takpe ada masa banyak lagi ni.

Inilah aktiviti semalam, takde apa sangat kerjanya sebab tak masak heavy. Kalau biasa ramai berkumpul adalah masakan exotic lain yang akan dimasak. Contohnya masak ayam belanda ke, ayam selasih ke, itik ke. Hari ni masak ayam kampung pun cukuplah. Siapa nak makan banyak-banyak nanti kan. Nak masak kambing pun kena tunggu ramai baru best makan. Sekadar satu keluarga tak usahlah.

Ok inilah menu kami untuk hari ni, kari ayam kampung, sambal sotong, rendang ayam dan lontong. Sesedap rasa ditambah pula dengan secawan kopi panas. Fuh menjilat jari!
Di kesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini harini. Jika sudi singgahlah lagi…

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    menu raya lontong dan rendang memnag sangat di nanti nanti…tak sabar rasanya nak menyantap hidangan raya mak mertua….