Cara Buat Air Selusuh

Cara buat air selusuh? Saya memang takde idea langsung mengenai tu tapi masa bersalin anak pertama pernah minum air selusuh yang ibu saudara bekalkan. Kebiasaannya orang kata air selusuh ni untuk bagi mudahkan bersalin, kiranya proses bersalin tu jadi lebih mudah.

air selusuh mudahkan bersalin

Air selusuh ni yang saya tau ada yang dibuat dari minyak, ada yang memang semata air, ada yang dibuat dari air zam zam. Tapi betul ke berkesan atau perlunya air selusuh ni semasa bersalin? Ikut pengalaman bersalin dulu yang minum air selusuh saya tak boleh nak bezakan berkesan atau tidak sebab maklumlah anak pertama tiada pengalaman untuk membezakan rasa tu.
Air selusuh ni terbaik kalau disediakan oleh suami sendiri. Biasanya air selusuh ni dibacakan ayat-ayat Quran dan diharapkan dapat membantu dalam proses ibu melahirkan nanti. Kalau sebaiknya minta suami buatkan bila dah hampir minggu melahirkan.
Harini saya nak share tentang cara buat air selusuh yang saya dapat dari majalah yang mana Ustaz Don ada share. Saya kongsikan petua buat air selusuh mengikut Ustaz Don.
Bacakan ini ke dalam air yang mahu dijadikan air selusuh (boleh juga gunakan air zamzam).

  • Surah Al Fatihah
  • Surah Al Hasyr ayat 21-24

Terjemahan:

21: kalau sekiranya kami turunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
22: Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
23: Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Raja yang maha suci, yang maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, Yang maha memelihara, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
24: Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, yang mempunyai Asmaaul Husna, bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan bumi. Dan dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana.

buat air selusuh cara ustaz don

  • 3. Selawat Syifa’

  • Doa selusuh
Terjemahannya: 
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderiaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

  • Doa permudah
Terjemahannya:
” Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan RahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”.
doa selusuh ustaz don

Jadi lepas ni bolehlah print dan bagi dekat suami masing-masing suruh buat air selusuh ye. Yelah kita merancang, Allah yang menentukan, tak salah kita berusaha jangan sampai jadi syirik pulak. Tapi yang ni tidaklah mendatangkan syirik sebab kita hanya bacakan surah dari al Quran sahaja dan ia salah satu dari usaha kita. Bersalin ni bukan proses yang biasa, ada kesukaran dan ada kemudahannya, apa salah bantu isteri dengan cara ni kan.
Buat ibu-ibu yang sudah hampir masa menunggu hari, semoga selamat semuanya, bersalin dengan tenang dan dapat bayi yang sempurna dan sihat. 

Leave a Reply to cerita ceriti kak sarah Cancel reply

This Post Has 3 Comments

  1. Unknown

    Dah ada, cuma takut jer nak minum. Minum time dah sakit kan? kalau sakit xleh minum lagi kan??

  2. cerita ceriti kak sarah

    minum masa masuk labour room kalau saya dulu la, masa tgh dok dlm tu sambil2 zikir minum air selusuh

  3. Mama Alfateh

    oo baru saya tahu air selusuh boleh buat sendiri.. lagi afdhal rupanya dibuat oleh suami. thanks sharing nanny!