Kenapa Pilih Satu Kalau Boleh Dapat Dua

You are currently viewing Kenapa Pilih Satu Kalau Boleh Dapat Dua

Tak payah pilih kalau kita boleh dapat kedua-dua. Ops jangan sebarang pilih ye. Pilihan yang menguntungkan dunia akhirat. Bukan pilih pasangan. Kalau nak tambah pasangan tu bukan pilih namanya.

Ada orang fikirkan antara kebebasan masa dan kebebasan wang, mana satu anda nak pilih. Ada orang memang gaji mahal, katakan sebulan 20k dapat, tapi kebebasan masa tiada. Terpaksa kerana kerjanya menuntut beliau outstation, tinggalkan keluarga, jauh dari keluarga atau masa yang sedikit untuk bersama keluarga. Tapi duit banyak berkepuk-kepuk
Ada orang pula gaji biasa-biasa sahaja, tidaklah berkepuk mana contohnya 5k sebulan, tapi masa sedikit lebih bersama keluarga tak perlu outstation, tak perlu balik jam 10 malam setiap hari. Kerjanya adalah ikut rutin. Pergi kerja pagi dan balik waktu petang. Ada sedikit masa bersama keluarga melebihi yang gaji 20k tadi.

kebebasan memilih

Ada orang fikir, takpela aku ni bekerja sungguh-sungguh walau terpaksa tinggalkan keluarga tapi dorang dapat mewah. Sekali balik outstation dapat bawa satu famili bercuti. Itu sudah cukup puas padanya walau hakikatnya dia terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Ada pula yang fikir takpela kerja aku dapat 5k ni janji aku dapat masa lebih sikit dengan keluarga, tak perlu buat macam yang 20k tadi janji aku happy. Janji aku dapat tengok anak aku walaupun hanya 4 jam sehari. Janji aku bahagia. Janji aku rasa suka.

Tapi pernah tak yang memikirkan kalau boleh dapat kedua-duanya? Kenapa perlu pilih salah satu kalau kita boleh dapat keduanya kan? Susah nak dapat keduanya? Pasti ada cara, kita kan hidup di dunia ni bertanggungjawab untuk buat yang terbaik. Kita kena buat terbaik untuk dapat yang terbaik. Ala macam orang jual pisang cheese pun mesti nak buat terbaik supaya pisang cheese dia laris. Bercakap pasal pisang cheese ni ikut tekak Mak Jemah paling best adalah pisang cheese semasa kami bercuti di Jakarta.

Tu part kehidupanlah kenapa perlu pilih kalau dapat kedua-duanya. Tapi jangan pilih lagi isteri seterusnya kalau sudah ada isteri 🙂 Ke situ pulak dah. Jangan main-main part ni ramai penyokong Mak Jemah tau:)

Kalau nak dapat dua-dua ni Mak Jemah yakin banyak yang kita kena korbankan. Yelah mana ada rezeki bergolek kan alangkan buat satu benda kita rasa tak cukup tanah dah, nak buat lebih lagi alamatnya kena bertabahlah. Macam masak jugak, kalau dah banayak jenis masakan sehari harus termenung dulu nak fikir. Nak masak yang mana satu dulu. Tapi bila dah masak, wah lega. Tengok makanan pun tak selera sebab dah penat beradu tenaga di dapur.

Dulu Mak Jemah tak yakin boleh berhenti kerja dan jaga anak kat rumah. Bukan tak yakin apa, sebab tak pernah nampak peluang. Nak nampak macamana kalau Dia tak bagi jumpa kan. Tapi semuanya Mak Jemah yakin antara sebabnya adalah rezeki anak-anak. Anak-anak yang lahir tu ada rezeki tertulis. Memang dugaan dari awal tu bila dapat anak selalu je tak sihat. Kadang-kadang fikir apa lah yang tak kena. Banyak sungguh dugaan kesihatan tapi bila fikir-fikirkan, ada baiknya diuji. Diuji buat kita lebih kuat dan buat kita lebih percaya yang ujian itu datangnya bersama hikmah. Hikmah yang kita biasanya tak nampak waktu tu. Bila dah berakhir baru kita akan nampak semua hikmah yang datang.

wahm

Kebiasaan ujian tu sebenarnya nak kuatkan kita. Nak tau kita boleh atasi dengan baik atau makin jauh dengan Dia. Jadi itulah mungkin peluang dah diberi, i follow. Rasanya banyak benda boleh buat sekarang bila bergelar WAHM (working at home mom) ni. Kalau dulu ingat lagi pagi-pagi kalut ribut nak masak untuk bekalkan makanan ke taska. Apatah lagi masa tu juga memang fully breastfeeding anak, maka berbotol susu kena hantar ke taska. Kadang-kadang stress sebab susu pun ada. Kena pastikan cukup berapa botol yang dikehendaki. Kalau tak cukup boleh buat Mak Jemah nangis:) Hanya orang yang menyusukan anak sepenuhnya akan faham situasi menangis ni. Kesiksaan kalau tak lepas KPI untuk cukupkan berapa botol susu. Kalau boleh direct feed takpe jugak tapi ni kan kena pergi kerja takkan setiap hari nak pergi kerja bawa baby? Itulah kisahnya beberapa tahun yang lepas.

susu botol

Jadi Mak Jemah rasa taknak dah pilih satu je. Biar Mak Jemah pilih dua. Tamak Mak Jemah ni. Tamak bertempat tak mengapa. Tamak untuk keluarga juga. Sekarang Mak Jemah banyak masa kat rumah, banyak masa dengan anak-anak, siap boleh main lari-lari kejar-kejar lagi sepanjang hari hahaha. Stress kat rumah tak sama macam kita kena bangun pagi-pagi nak pergi kerja tapi terlupa beg baby belum kemas lagi! Huh nangis ok. Rasa putus asa terus kat situ. Stress kat rumah sekarnag ni paling tidak bila tengok rumah bersepah setelah baru 5 minit dikemas. Tapi small matter lah. Kemas balik, apa susah.

Mak Jemah juga tak risau lagi anak Mak Jemah yang bersekolah dapat Mak Jemah hantar dan ambil setiap hari. Bukan Mak Jemah tak percaya dengan van sekolah, tapi memang Mak Jemah tak percaya:) Maaflah pemandu van sekolah. Mak Jemah percaya yang pemandu mungkin berpengalaman, bagus. Tapi Fahma sahajalah telepati seorang ibu dan sensitiviti seorang ibu adalah berbeza dengan orang luar yang tak mengenali anak kita. Sensitiviti ibu ni biasanya dia macam ada 6th sense, sudah fikir awal lagi apa kemungkinan akan jadi. Comtohnya nak buka pintu kereta pun perhati dulu anak dok kat mana. Takut kang bukak pintu dummm jatuh dari kereta. Perkara-perkara itu sangat Mak Jemah titik beratkan. Ada juga kadang budak-budak ni apa yang dia tau. Main-main terlampau suka sangat dalam van, akibatnya mungkin tertolak rakan-rakan ke..adui takut nak fikir. Banyak sangat fikir kot Mak Jemah ni..Seorang ibu mungkin begitu agaknya? Fikir walau benda remeh pun sebab benda remeh tu sebenarnya penting jika diteliti balik. Maaf, sebab itu Mak Jemah bertekad nak hantar anak sendiri ke sekolah.

Pasal makanan pun Mak Jemah risau sangat kalau hari-hari suap makanan luar. Orang lain masak maknanya hasil tangan orang lain. Mak Jemah ni jenis tradisional sikit, nak anak makan hasil tangan sendiri. Yelah tak nafi kadang hari minggu memang Mak Jemah ada makan kat luar juga, tapi kalau hari bekerja memang Mak Jemah akan pastikan dapat masak untuk anak-anak kerana kita tau apa yang dimasukkan dalam masakan. Dan harapnya dengan air tangan ibu ni dapatlah anak-anak jadi lebih baik dan lebih sayang menyayangi.

Itu dari bab keluarga, banyak perkara Mak Jemah rasa boleh buat sendiri. Tapi dari segi income juga Mak Jemah rasa selesa dengan keadaan sekarang. Walau duduk rumah orang kata atau orang biasa fikir surirumah ni tak bergaji, harapkan suami beri duit sahaja kan. Tapi ramailah surirumah sekarang ni yang bergelar WAHM. Ramai je yang dapat income macam bekerja walau hanya duduk rumah dan kadang-kadang tu lebih banyak gajinya dari orang yang bekerja. Saya ada jumpa ramai kawan-kawan yang begitu. Wanita sekarang atau ibu sekarang semuanya bervisi dan ada cita-cita tinggi. Lain macam semangat mereka sekarang ni. Korang pun boleh jadi sebahagian dari tu dengan hanya MEMILIH.

@@@===============================================@@@
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu  jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?

ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    menjadi suri rumah bergaji memang selesa dan sangat bahagia..