Kenapa Saya Suka Minum Cinch Tea

You are currently viewing Kenapa Saya Suka Minum Cinch Tea

Ramai orang suka minum kopi dan ramai juga yang suka minum teh. Kenapa Mak Jemah sukakan cinch tea akan Mak Jemah bongkarkan rahsianya. Ikutkan perut Mak Jemah memang tak boleh terima teh ni. Nanti jadi angin satu badan, suami juga yang susah:) Memang kalau boleh nak elak dari minum sebab dah tau memang akan berangin. Perut juga secara tak langsung menjadi buncit yang mana itu Mak Jemah  tak suka. Bukan Mak Jemah sahaja tapi rasanya ramai orang tak suka jika berperut buncit ni..

Mak Jemah ni kalau kat rumah memang perlukan tenaga luarbiasa. Maklumlah suri di rumah dan di hati keluarga. Nak tak nak kena cergas. Tapi nak cergas kalau makan terlebih bukan kata boleh jadi bertenaga, tapi bakal mengundang keletihan dan kelesuan. Dan juga Mak Jemah tak sanggup body bagai dipam-pam dengan makan melampau batasan. Sebab tu Mak Jemah kena cari sesuatu yang boleh berfungsi untuk slim dan juga boleh tingkatkan kecergasan.

Nasib baik Mak Jemah jumpa Cinch Tea ni. Mula-mula ingat taknak cuba, sebab kan Mak Jemah ada masalah jadi kembung bila ambil teh. Tapi suatu hari Mak Jemah cuba beranikan diri. Sebab Mak Jemah sangat teruja dengan khabar-khabar yang menyatakan Cinch Tea ni istimewa. Boleh tingkatkan metabolisma diri. Apa dia metabolisma ni? Metabolisma ni ialah jumlah kalori yang boleh dibakar oleh badan. Semakin tinggi metabolisma maka makin banyaklah kalori dibakar. Kita tidak perlukan kalori yang berlebihan sebab kalau berlebih boleh menyebabkan ia disimpan sebagai lemak. Tak berkenan kan dengar lemak ni.

cinch tea

Cuba bayangkan dari dulu hingga sekarang kita suka makan puding sebagai desert. Masa muda-muda dulu makan benda tu setiap hari pun takde hal. Tapi sekarang kalau makan setiap hari tunggulah kesannya tak lama lagi menambahlah berat 2kg. Kenapa? Sebab metabolisma badan kita menurun mengikut umur. Semakin berumur diri kita maka metabolisma semakin menurun. Maka tak hairanlah kalau kita rasa makan sikit je tapi apasal aku makin gemuk ni? Terimalah hakikat yang umur kita yang semakin meningkat ini menjejaskan keupayaan metabolisma kita juga. Sedih tau, Mak Jemah terfikir juga, teringat masa silam. Dulu masa bujang berat badan susah betul nak naik. Hingga Mak Jemah buat operasi besar besaran nak naikkan berat badan. Sanggup jam 12 malam makan nasi dan terus tidur untuk membolehkan berat badan naik. Tau apa jadi? Tak jadi apa-apa. Tak naik pun berat. Tinggi betul metabolisma masa tu.

Tapi kalau sekarang nak buat macam tu agak-agak apa akan jadi pada Mak Jemah? Kim salam lah ye. Sila kembali ke alam nyata. Jangan cuba buat aksi terlarang begitu. Kalau tak mau berdagu dua tiga lapis. Eeeiii ngeri campur sedih kalau berlaku. Jadi sebab tu lah Mak Jemah gigih nak jaga badan juga walau duduk rumah. Ingat suami nak tengok ke benjolan lemak kita? Kalau boleh tak mau la kan. Nak la isteri tu nampak cantik di mata, senang di hati.

Apakah ia Energy Tea Mix?

Sepertimana namanya iaitu energy maka ia memang sesuai sekali untuk tenaga. Kalau korang rasa ala-ala tak larat tahap sampai nak kena bertongkat elok sangatlah ambik. Bukan sebab Mak Jemah ni ejen shaklee cakap macam ni tapi kenyataan dan Mak Jemah tak mau lah cakap kosong je. Ramai kawan-kawan Mak Jemah dah minum dan memang hasilnya umpama kalau biasa mop rumah seminggu sekali, sekarang boleh dua kali sehari.

Lagi satu selain bagi tenaga, ia boleh buat kita tak menguap dan tongkat mata di tengahari. Biasalah bila mula datang tengahari tu mata bagai dijemput untuk beradu. Indahnya kalau baring-baring di peraduan. Tapi tak layaklah Mak Jemah nak buat macam tu. Mana nak ambil anak sekolah, mana nak bagi makan anak. Maka layaklah Mak Jemah tidur di malam hari sahaja.

Tadi Mak Jemah dah cerita pasal cinch tea ni boleh beri tenaga dan tingkatkan metabolisma kan. Jadi bila metabolisma meningkat banyaklah kalori akan dibakar. Bijak tak? Hanya dengan minum Cinch Tea korang boleh slim. Bukan Mak Jemah cakap kosong tapi ini dijamin oleh Shaklee kerana Cinch Tea ni ada termasuk dalam Inch Loss plan. Apakah inch loss plan tu? Inch loss plan ni adalah senarai produk yang shaklee cadangkan untuk menurunkan berat badan atau dengan lebih tepat lagi mengurangkan inci korang. Mengurangkan inci bagaimana pula tu? Yelah kalau dulu saiz lengan 30, lepas amalkan set inch loss plan korang boleh dapat saiz 25. Gitulah lebih kurang nanti Mak Jemah kupas pasal inch loss plan ni dalam entry lain.

Apa Kelebihan Energy Tea Mix

Kelebihannya banyak tapi Mak Jemah cerita satu-satulah ye. Jangan gelojoh ok. Pertamanya ianya adalah sugar free. Ha pada yang begitu menitikberatkan penjagaan minuman taknak manis maka ini adalah sesuai. Tanpa campuran gula jadi takdelah kita kurus tapi boleh dapat kencing manis. Jaga-jaga bab tu sebab tu sebelum korang ambil mana-mana teh kurus ni silalah perhatikan kandungan. Janganlah tertipu dengan produk yang penuh dengan bahan palsu. Selidik dulu ok. Tapi Mak Jemah nak cakap yang Cinch Tea Shaklee ni memang sudah diakui Jakim. Lihat sijil halal Jakim untuk Cinch Tea.

cinch tea mix

Cinch Energy Tea ni mengandungi campuran teh-teh mahal seluruh dunia. Kenapa Mak Jemah kata mahal. Ia ada campuran teh hijau, teh merah dan teh putih. Mak ai warna warni kehidupan ada di situ. Teh ni semua jenis kelas pertama ye. Business class. Gitulah diibaratkan. Korang bacalah sendiri kelebihan manfaat teh hijau, putih dan merah yang Mak Jemah dah tulis dalam entry sebelum ini.

Dengan 28 stick dalam satu kotak, korang bolehlah segar bertenaga selama 28 hari. Dah habis boleh beli lagi. Daripada ambil teh yang bukan-bukan, bolehlah korang cuba teh yang Mak Jemah cadangkan ni. Tak rugi ye. Mak Jemah memang suka. Harga cinch tea ni berapa agaknya? Ok kat sini Mak Jemah hanya boleh reveal harga retail iaitu RM131 satu kotak. Kalau nak dapat harga lebih rendah, korang mestilah jadi ahli shaklee yang berdaftar. Tapi ada juga cara nak jadi ahli shaklee secara percuma. Bolehlah rujuk entry Mak Jemah yang sebelumnya.

Satu Mak Jemah nak pesan sebelum menamatkan entry ni, jagalah kesihatan dan kecergasan kita terutamanya kaum ibu. Kalau sayap ni patah susah satu keluarga. Ibu mesti sihat dan cergas supaya dapat jaga keluarga dengan lebih baik. Jangan lupa minum cinch tea tau. Alahai Mak Jemah sampai hati tak bagitau bagaimana cara nak beli cinch tea. Silalah rujuk link di bawah. Link ini membolehkan korang beli secara online dengan menggunakan kad debit/kredit korang sendiri. tak perlulah melalui Mak Jemah kerana ini korang berurusan terus dengan website Shaklee. Cubalah dulu, mudah je. Selepas beli jangan lupa bagitau Mak Jemah ye.

@@@@@———————————————[email protected]@@@@
Klik link di bawah:

Leave a Reply to Mak Jemah Jual Vitamin Cancel reply

This Post Has 2 Comments

  1. Blog Santai

    Ingatkan teh chincha tadi..Nway entry yang menarik mak jemah. Boleh try ni..Nway kita memang penggemar teh sebenarnya. & hardly ambil coffee & others..

  2. first time mak jemah dengar teh cincha. kalau sudi bolehla terangkan sikit teh cincha kat mak jemah:)