Kenapa Saya Sukakan B Complex

You are currently viewing Kenapa Saya Sukakan B Complex

Korang pernah dengar tentang B Complex? Kalau sebut b Complex mungkin ala-ala kabur nak faham tapi pernah dengar asid folik? Kalau ibu mengandung memang sangat kenal dengan sejenis vitamin b ni iaitu asid folik. Yang malas ambil asid folik pasti takut bila dengar pasal kecacatan bayi iaitu kecacatan tiub neural yang disebabkan tak cukup asid folik.

Pernah dengar tak vitamin b complex ni untuk kecantikan kulit? Saya taknak kupas pasal asid folik untuk hindar kecacatan bayi sebab dah pernah tulis sebelum ni. Tapi saya nak cerita perihal vitamin b yang amat perlu untuk kulit. Kenapa saya rasa sangat penting b complex ni untuk kulit? Sebab ada satu peristiwa.

fungsi b complex

Sedang saya dalam perjalanan ke pejabat, saya telah terdengar satu program yang mana telah menjemput seorang doktor dan kebetulan beliau mengupas tentang kecantikan kulit. Dan beliau ada menceritakan tentang satu ujikaji yang telah dibuat ke atas ayam. Jangan pelik sebab kisahnya memang mengenai ayam. Kisahnya sekumpulan ayam telah dibuat ujian. Bukan ujian bertulis untuk menduduki exam tau, tapi ujian nak uji tahap kesihatan. Kelas kan ada ujian gitu. Maknanya mereka adalah ayam-ayam terpilih.
Saya ringkaskan ajelah. Ayam ni satu kumpulan, dan telah diberi makan yang secukupnya. Dan satu kumpulan ayam dibezakan dengan memberinya vitamin b, dan satu kumpulan lagi tidak diberi vitamin b6. Apa jadi pada mereka-mereka ini? Iaitu geng-geng ayam ini? Ayam yang diberi vitamin B ternyata memiliki bulu yang lebih sihat, bulu yang cantik dan tiada penyakit kulit. Ayam pun ada penyakit kulit juga tau. Kumpulan yang diberi vitamin B ini sihat sejahtera plus kulit cantik, maknanya bukanlah kulit gebu macam baby tapi tanpa sebarang penyakit pada kulit.

Kenali B Complex dan Fungsinya:

B complex terdiri dari 8 jenis vitamin b iaitu B1, B2, B3, B6, Asid Folik, Vitamin B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Mak aii banyaknya adik beradik. Dan juga selain nombor mereka ni dikenali dengan nama tersendiri iaitu B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (niacin), B6 (Pyridoxine), B7 (biotin), B9 (folic acid) dan B12 (Cyanocobalamin).

manfaat b complex

Untuk jatuh cinta mesti kena kenal dulu apa fungsi dia. Tapi saya nak cerita dahulu yang fungsi vitamin yang ayam tadi. Kenapa pentingnya sangat vitamin B Complex ni?

Kita fokus pada kecantikan ye harini. Vitamin B Complex berfungsi untuk menghasilkan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Kalau rambut gugur juga anda perlukan b complex dalam diet ye. Dan kuku patah juga petanda kekurangan vitamin b complex jadi faham-fahamlah hehehe. Kekurangan vitamin b complex ni boleh juga menyebabkan kulit anda menjadi kusam, berjerawat, garisan kedut dan banyak lagi yang berkaitan dengan kecantikan. Nak cantik ke tidak? Janganlah disebabkan kita taknak jaga kecantikan, suami pandang pun tak selera camana tu? Bukan sebab benci, tapi kalau dah isteri tak jaga langsung penampilan bagaimana kita nak harapkan suami puji jauh sekali kan. Kena jaga bab ni, bukan nak cantik macam ratu cantik tapi sekurangnya anda menjaga kulit bagi nampak bersih pun sudah memadai, takkan nak tampil dengan kulit yang tak cantik depan suami betul tak?

Kekurangan b1, b2, b3 dan b5 ni akan beri kesan kepada kesihatan rambut anda. Rambut kusut masai dan tak bermaya itulah tanda kekurangan vitamin-vitamin tadi. Walau mungkin kita nampak remeh tapi besar kesannya tau. Rambut yang tak terurus memang menyebabkan diri sendiri jadi tak yakin. Apatah lagi rambut berguguran di lantai. Paling terkesan adalah vitamin b7 iaitu biotin. Kekurangan biotin inilah yang menyebabkan rambut gugur.

Kekurangan vitamin B5 pula boleh merawat jerawat. Jadi anda boleh gabungkan zink dan b complex yang mengandungi b5 ini untuk masalah jerawat anda. Memang terbaekkkk dari ladang! Tak caya silalah cuba, kos murah je pun tak mahal. Tapi kesannya anda tak payah lagi pergi buat rawatan beribu-ribu semata nak hilangkan jerawat. Lagi satu kan b5 ni sangat menakjubkan untuk penyembuhan luka bila digabung dengan vitamin c. Sebab itulah dalam set shaklee untuk ibu berpantang bersalin ada terdapat b complex dan vitamin c juga.

Vitamin B3 pula bantu melembabkan kulit. Menghasilkan kulit yang cantik, nampak lembab takdelah kering bersisik kan. Elok sangat pada mereka yang mengalami masalah kulit kering, cuba b complex ni kerana rahsianya ada pada vitamin b3. Orang yang ada masalah ekzema juga sesuai mencuba b complex dan amalkan kerana biasanya ekzema ni boleh menyebabkan kekeringan kulit dan bila kulit kering seterusnya akan jadi gatal. Dan bila gatal kita garu lagi bertambah parah. Maka sangat sesuailah rawat kekeringan kult dari dalam.

Lagi satu rahsia adalah pada vitamin B2. Kalau kekurangan b2 ni boleh sebabkan kuku kita tak sihat. Perhatikan kadang-kadang ada tanda putih pada kuku kan, itu tanda kekurangan B2. Masaah kuku juga disebabkan kekurangan asid folik yang biasa dikaitkan kekurangan asid folik boleh sebabkan kecacatan bayi. Yapi ia buakn sekadar itu kerana ia juga beri kesan pada kesihatan kuku kerana asid folik ni berfungsi untuk perkembangan sel-sel baru. Kalau tak cukup bagaimana nak berkembang sel baru yang sihat betul tak?

Kekurangan vitamin b12 pula boleh menyebabkan anemia. Ini kerana fungsinya adalah untuk pembentukan sel darah merah. Jadi amatlah baik digabungkan bersama dengan vitalea (multivitamin) yang mengandungi zat besi untuk kesan yang lebih baik. Tapi saya taknak cerita lebih berkenaan ni sebab tema harini adalah untuk kecantikan kan:)

Jadi bila kita dah tau semua fungsi b complex ni rasa macam mulai harini taknak lagi tinggalkan b complex bukan? Saya pun memang dah lama jatuh cinta, tengok ia macam simple je, orang tak berapa minat nak makan b complex oleh kerana sedikit bau ubat yang tidak menyelerakan. Tapi kebaikannya banyak tau terutama kalau mahu berseri macam Siti Nurhaliza. Siti memang amalkan b complex juga tau tapi taktaulah jenama apa. Memang terbaik b complex ni ibaratkan kecil-kecil cili api. Harga pun tak buat anda pitam, sebotol hanya RM53.75 sahaja boleh tahan selama 4 bulan. Mak aii murahnya. Dalam lebih kurang RM10+ je kita belanjakan sebulan untuk kulit yang gojes. Siapa taknak kan tak perlulah buat rawatan beribu di luar sana. Bijak tak?

Ok dah tau memang korang rasa teruja sangat nak try kan. Mau tak teruja, hasil banyak tapi harga berbaloi. Dah tentu nak beli kan. Tapi nanti dulu jangan gopoh. Kita tengok dulu b complex shaklee ni ada kelulusan KKM ke tidak. Sila perhatikan gambar di bawah. Oh ada ye itu logo hologram metatag KKM yang baru. Jadi yakini dan puas hati.

kelebihan b complex

Maka korang tak sabar nak try dah? Ok boleh-boleh takde masalah kalau nak cuba, boleh lihat dulu harganya di sini dan buat belian dengan melihat arahan yang tertera ye.

=====================================================
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan update pelbagai serta tips travel,tips penyusuan, tips masakan, pelbagai sharing kisah harian dan banyak lagi.
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Shaklee Independant Distributor yang sah.


Klik FOLLOW THIS BLOG DI SEBELAH KANAN ANDA SEKARANG UNTUK TIDAK TERLEPAS UPDATE TERKINI DARI BLOG INI SETIAP HARI



TERIMA KASIH DAN SALAM UKHWAH


HUBUNGI SAYA
H/P no: 019 330 8053
ID Shaklee: 851433
Blog: http://permatacintaku.blogspot.com
FB:wanfatihanum
Instagram: fatihanum
Instagram (2): mak_jemah_jual_vitamin
Page: https://www.facebook.com/permatacintakublog

Kenali saya.
Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menjana pendapatan dengan membuat bisnes shaklee secara online.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana:


Dan kini sudah lebih setahun saya resigned dan menikmati hari-hari bersama keluarga dengan penuh syukur dan penuh nikmat kerana dikurniakan rezeki bersama shaklee.

Jika anda seorang ibu, seorang wanita, seorang yang bercita-cita ingin membuat pendapatan sampingan, saya dengan berbesar hati boleh membimbing anda.

Yang penting anda mahu dan ingin merubah kehidupan. Jangan takut jika sekarang anda masih bekerja kerana anda masih boleh berkongsi kebaikan produk shaklee secara sampingan tanpa menjejaskan waktu kerja anda.

————————————————————————————————————–

Anda mahu  jadi ahli shaklee dan nikmati potongan hebat 15% – 20%?

ANDA ingin mengetahui cara daftar shaklee?
Mudah sahaja hanya klik di sini:


Leave a Reply

This Post Has 2 Comments

  1. Nila Anggraini

    B Complex memang elok di amalkan setiap hari…untuk kecerian dan ketenangan minda…saya sangat suka B Complex..

  2. rosnaziana

    I like b complex ketat2!!!tanpa b cmplex mau suara petir keluar..hehe