Prosante Penjagaan Rambut ~ Entry Khas Untuk Wanita Bertudung

You are currently viewing Prosante Penjagaan Rambut ~ Entry Khas Untuk Wanita Bertudung

Harini Mak Jemah nak perkenal rangkaian shampoo Prosante yang Mak Jemah suka sangat guna. Dan kali ni khas Mak Jemah bawakan kepada wanita-wanita bertudung. Sebab bagi kita yang bertudung ni lagilah kena jaga rambut lebih dari kebiasaan.

Bayangkan berapa lama rambut tertutup masa kita bekerja, dengan itu kenalah jaga betul-betul pastikan wangi dan harum sentiasa. Tapi Mak Jemah takut nak guna shampoo sebarangan sebab kebanyakan shampoo kan ada bahan kimia. Kita nak sihat dan segarkan rambut tapi kang lain pula dapatnya. Dan paling penting nak rambut sentiasa harum tanpa bahan yang terlarang.

Dalam rangkaian penjagaan rambut Prosante ni sebenarnya ada dua jenis shampoo iaitu Purifying Shampoo dan juga Revitalizing Shampoo. Yang Purifying tu sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut berminyak. Revitalizing tu pulak untuk rambut kering. Mak Jemah memang sukakan yang jenis Revitalizing ni, sebab ia tak mengeringkan rambut. Kalau Purifying mungkin tak berapa sesuai dengan Mak Jemah memandangkan ia sesuai jika mempunyai rambut yang berminyak.

purifying shampoo
Purifying Shampoo

revitalizing shampoo
revitalizing Shampoo

Bila dah pakai shampoo kenalah gandingkan dengan perapi pula. Perapi ni pun ada dua jenis iaitu Lightweight conditioner dan juga Replenishing Conditioner. Mak Jemah suka kedua-duanya, sebab tu kadang guna yang Lightweight, kadang guna replenish. Baunya harum, bila pakai ni rasa segar je rambut fresh tanpa bau yang tidak menyenangkan. Bau dia pula tidaklah terlalu kuat, orang kata seadanya sahaja, sederhana gitu. Perapi ni penting tau kalau korang guna shampoo pastikan ganding bersama kawannya iaitu mana-mana perapi barulah rambut tak kusut, senang diurus. Dan juga shampoo ni boleh dipakai setiap hari. Mak Jemah rasa tak selesa kalau dalam sehari tak shampoo rambut. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mulalah juga akan spoil mood sendiri sebab rasa kepanasan. Perangai gini pun ada eh?

replenishing conditioner
replenishing conditioner

lightweight conditioner
Lightweight Conditioner

Bagi kita yang bertudung ni, walau bertudung kena jaga juga kesihatan rambut. Kerana rambut kita mudah rosak atau jadi bercabang jika tidak dikeringkan dengan betul. Juga boleh menyebabkan ujudnya kelumumur. Bila kulit kepala berminyak dan ada kelemumur maka ia senang gugur. Taknaklah rambut kita gugur umpama boleh buat sarang burung kan? Ngeri pula Mak Jemah memikirkannya. Bila fikir akan teringat. Bila teringat akan terkenang bayangannya. Kesannya bila rambut gugur terlalu banyak silap haribulan boleh botak. Mak Jemah lagi sekali tak boleh nak bayangkan botak di usia muda.

punca rambut gugur

Kandungan Bahan Revitilizing Shampoo

Kebanyakan shampoo boleh mendatangkan masalah pada rambut dan kulit kepala, bukan menyihatkannya kerana kandungan bahan kimianya. Rambut kita ni ada minyak semulajadi yang memang diperlukan. Dengan memilih shampoo yang salah korang akan kehilangan minyak semulajadi ni dan lama kelamaan boleh sebabkan keguguran rambut yang kronik. Ini kerana keuatan rambut telah tiada. Takut pulak kan, nak bangi rambut wangi dan terjaga dapat pula penyakit. Cari penyakit namanya.

Kelebihan Revitizing Shampoo ni adalah ia takkan mengeringkan rambut korang walau dicuci setiap hari. Revitilizing Shampoo ni boleh menyihatkan kutikal rambut dan membuatkan rambut jadi lembut. Wah cantiklah lepas ni rambut korang, lembut bagai ditiup angin sepoi bahasa:)

shampoo prosante purifying

Revitilizing Shampoo ni juga adalah PH Balance. Apakah PH Balance ni? Maknanya ia tidaklah terlebih berasid dan tidak juga terlebih beralkali. Sedang-sedang sahaja. Ngam gitu. Kalau korang perhatikan sabun mandi misalnya pun ada yang PH balance ni. Maknanya kalau yang begtu takkan mengeringkan kulit kita.

Revitilizing Shampoo dan Purifying Shampoo Tidak Mengandungi SLS dan SLES.

Ramai ambil maklum pasal kandungan SLS, SLES ni terutamanya. Tapi kena faham betul-betul, ejaannya boleh buat korang keliru. JANGAN AMBIL SLS (Sodium Laureth Sulfate) dan SLES (Sodium Lauryl Ether Sulfate). TAPI BOLEH AMBIL Sodium Lauryl Sulfoacetate. Nampak macam sama tapi tidak serupa ye. Beza sangat antara keduanya ni. Mula-mula tengok dulu kat botol shampoo ni. Ada tak SLS?

kandungan bahan dalam shampoo prosante

Tengok betul-betul. Ada SLS tak? Ye tengok kat situ SODIUM LAURYL SULFOACETATE. Ianya bukan SLS (Sodium Laureth Sulfate). Beza ye di situ. Sebelum tu Mak Jemah bagitau dululah apa bahayanya SLS ni. Ia seringkali dikatakan boleh menyebabkan kanser pada manusia. Kerana ia adalah bahan pencuci yang berasaskan bahan kimia yang biasa kita jumpa dalam mana-mana bahan pencuci seperti sabun atau shampoo. Susah nak jumpa sabun atau shampoo yang tiada bahan ini melainkan ia organik. Kebiasaannya ia digunakan untuk membolehkan sesuatu produk tu menghasilkan buih yang banyak. Dan berita baik Mak Jemah nak bagitau adalah shampoo prosante shaklee ni TIADA SLS.

Rangkaian shampoo prosante revitalizing dan purifying ni tiada bahan SLS tetapi mengandungi SODIUM LAURYL SULFOACETATE yang selamat digunakan. Kerana bahan ini dihasilkan dari minyak kelapa dan kelapa sawit. Haa tak takut nak guna kan, bahan semulajadi ni. Tiada bahan kimia ye. Ia juga tidak akan mengeringkan kulit korang. Yelah kalau nak pilih syampu pun mestilah pilih yang selamat ye bukan nak kira yang murah je kan. Dan rangkaian shampoo dan perapi prosante ni bukanlah mahal pun, korang boleh tengok sini untuk SENARAI HARGA PRODUK.

Ada orang bila tengok je nama SLS terus terfikir bahaya tapi kena tengok betul-betul adakah ia Sodium Laureth Sulfate atau SODIUM LAURYL SULFOACETATE. Sekarang korang dah faham jadi pastilah jatuh cinta. Jatuh cinta berkali-kali bila guna shampoo ni. Mak Jemah pun tak risau kalau hari-hari guna rangkaian prosante ni sebab rasa selamat tanpa ragu.

Jaminan Keberkesanan Produk Rangkaian Prosante:

30 hari 60 hari 90 hari
Keguguran Rambut 11% 54% 65%
Rambut Mudah Patah 37% 61% 73%
Ketebalan Rambut 46% 52% 61%

Kalau korang lihat carta atas tu kan, itu adalah keberkesanan yang boleh korang lihat setelah menggunakan produk prosante ni mengikut tempoh yang dinyatakan. Keguguran rambut akan pulih sebanyak lebih kurang 11% dalam masa sebulan, tiada lagi rambut mudah patah yang mana akan lebih baik sebanyak 37%. Juga bila rambut kurang gugur maka secara tak langsung ketebalan rambut juga lebih baik. Seronok kan ada kajian begini. Shaklee memang kaji dan buat research setiap produknya jadi korang janganlah risau, Mak Jemah tak cakap kosong. Ada bukti ok.
Jadi usah gundah gulana lagi. Bagi yang selalu alami masalah rambut gugur disebabkan masalah kelumumur, korang boleh cuba Purifying Shampoo. Ia mencuci lebih mendalam untuk tanggalkan minyak yang tidak diperlukan. Nanti korang boleh tengok sendiri hasilnya tapi dah tentu kena pakai sendiri takkan nak tengok hasil Mak Jemah pula tak boleh nak pamer di sini.
Tapi Mak Jemah akuilah sejak guna rangkaian Prosante ni rambut mak Jemah tak lagi berguguran dengan hebatnya sekarang. Kalau dulu sikat je akan gugur. Dalam bilik mandi apatah lagi. Kadang-kadang bisa membuatkan Mak Jemah rasa aku ni dah kenapa. Sakit ke? Tapi rupanya sebab tak jumpa shampoo yang sesuai. Dah jumpa yang sesuai elok je rambut tu boleh bernafas bebas dah sekarang. Jangan lupa cuba tau korang. Kalau nak cuba boleh hubungi Mak Jemah seperti di bawah.
I’m Your Trusted Shaklee Independant Distributor
ID Shaklee: 851433
Contact: 019 3308053
COD: Putra Height, Subang Jaya

Boleh wassup/pm/telegram bila-bila masa untuk FREE CONSULTATION

Leave a Reply to cerita ceriti kak sarah Cancel reply

This Post Has 2 Comments

  1. Nila Anggraini

    memang set prosante berkesan atasi masalah rambut. Bagi anda yang bermasalah rambut jangan segan-segan untuk bertukar kepada set porsante….agar rambut anda sihat dan kuat.