Sayang, Pulanglah Ke Pangkuan

You are currently viewing Sayang, Pulanglah Ke Pangkuan

Pernah ditinggalkan suami? Berjauhan dengan suami? Agaknya apa rasanya berjauhan dengan suami? Apatah lagi jika ada anak-anak pasti agak meruntun jiwa.

Kisah berjauhan dengan suami ni rasanya  ada yang sedang alaminya sekarang. Rasa nak interview je mereka yang alami untuk kongsi pengalaman. Saya juga tidak terkecuali, pernah alaminya juga. Kerana kerja kurelakan. Masa tu dah la baru dapat anak pertama, suami terpaksa ditukarkan ke satu daerah dan kusendiri menguruskan anak. Hati harus kuat, kesihatan sendiri juga kena jaga sebab kita satu-satunya yang kena jaga anak sendirian, walau suami ada balik seminggu 2 kali. Kesian juga dengan suami masa tu penat berjauhan. Apakan daya….

berjauhan dengan suami

Aduh kesiksaan kan takde tempat bermanja ni. Tempat bergaduh pun takde jugak:) Masa tu kalau tak tabah pun terpaksa berlagak tabah. Dah tu camana takkan nak berhenti kerja. Terpaksa merelakan yang tidak berapa nak rela demi sesuap nasi. Oh sedihnya…
Kalau ditanya sekarang sanggup tak berjauhan dengan suami? Pasti jawapanku nehi nehi. Tak sanggup wei. Sudah pernah berjauhan dekat 2 tahun kot, penyiksaan namanya tu kalau berlaku lagi. Tapi tak mungkin berlaku lagi sebab daku pun sudah tidak bekerja sekarang. Sudah pasti seia sekata bersama suami. Ke mana sahaja boleh bersama tanpa kerisauan tahap maksima. Tapi itulah kenangan orang kata. Tanpa kenangan kadang-kadang takde perkara yang mengajar kita. Kenangan dan pengalaman tu mahal tau. Sekarang bolehlah kalau setakat nak bagi tips bagaimana nak uruskan anak semasa suami tiada bersama. Bagaimana nak uruskan anak seorang diri. Memang sukar tapi alah bisa tegal biasa.

weekend husband

Tambah lagi masa tu anak masih kecil jadi ke mana-mana terpaksa meredai. Si kecik tu masa tu cukup tak gemar diletak dalam car seat. Maka bermulalah episod kelam kabut dalam kereta bila letak je nangis. Segala macam mainan kutabur kat car seat tu bagi leka. Tapi budak-budak lebih cerdik dari jangkaan kita. Usahkan nak main mainan, tengok pun taknak.
Itulah antara cabarannya, pagi-pagi nak hantar nursery cukup berhati-hati. Biar mood elok dah kenyang barulah boleh tenang dia dalam tu. Kalau tak mau kedengaran dondang sayang pagi-pagi. Ditambah pula dengan ibu muda sepertiku waktu itu, belum lagi belajar bertenang. Bila anak nangis ke kelam kabut tahap apa tah. Tapi sekarang bila anak nangis dah boleh bermeditasi, ibaratkan tak dengar apa-apa. Hebat betul transformasi seorang ibu.
Jadi korang yang kalau akan mengalami pengalaman berjauhan dengan suami jangan takut dengar kisah ni. Korang mesti boleh buat punya. Mula-mula memang nangis la sorang lepas tu akan berjiwa kental. Bila difikir balik memang kenyal sungguh. Eh kenyal pulak. Kenyal ok. Kenapa asyik tulis kenyal ni. KENTAL!! Weekend husband, isteri harus kental!

weekend husband

Bukan calang-calang tau wanita dan ibu yang berjauhan dari suami tapi dapat uruskan anak-anak dengan baik. Kagum kan? Perasan pulak. Memang kagumla sebab tak semua wanita mempunyai ketabahan sebegitu. Ada ganjarannya berkorban untuk keluarga. Kalau bukan di dunia, dapat di akhirat. Kerana ketabahan itu hanya Dia yang mampu membalasnya.
Sayang, cepatlah balik. Cepatlah pulang. Memang itu jela dialog harian korang nanti.  Tak caya cuba komen sikit apa pengalaman korang yang berjauhan dengan suami ni?

Leave a Reply

This Post Has One Comment

  1. Nila Anggraini

    Alhamdulillah saya tak pernah lagi berjauhan dengan suami….mudah2an akan seperti itu selamanya…apalagi sekarang sejak join shaklee hari2 berkepit dengan suami jer…ye la keje dari rumah lah katakan kan..tak yah berjauhan dengan orang orang yang kita sayang..syukur ade bisnis shaklee ini…bagi anda yang nak tahu bisnis apa..? Mari lah jenguk blog saya ..belbagai informasi ada disana..
    http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com
    Jemput singgaj yer…😊