WAHM Dan Anak-anak Di Sunway Piramid


Semalam melayankan anak-anak ke Sunway piramid. Bukan nak bershopping pun sebenarnya tapi kesiankan dorang yang kebosanan di rumah. Maka setelah selesai kerja rumah, apa lagi zasss terus pecut ke sana.

Yang bestnya bila pergi time weekday ni tak ramai orang. Nak parking pun senang je. Kelakar je bila Sarah tak henti-henti sebut “wayassirli”. Maknanya “permudahkan” kalau nak diterjemahkan. Sebab dah terbiasa kalau nak cari parking suruh dia doa macam tu. Walhal parking semalam berlambak sampai boleh pilih mana satu idaman kalbu. Berjaya juga akhirnya parking di hadapan pintu, yang jarang dapat dimiliki bila weekend.

Pertama sekali haruslah pergi cari makan dulu. Isi perut baru senang hati nak main kan. Jadi destinasi pilihan adalah yang paling mudah nak makan iaitu Chicken Rice Shop. Maka haruslah memujuk dengan baik untuk behave semasa makan alhamklumlah takde bodyguard ni kang boleh jatuh dari kerusi (anakku super aktif). Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Fuhh lega…

kehidupan wahm
posing dulu sebelum makanan sampai


Perut dah kenyang maka layankan diorang mainlah pulak. Syaratnya main sahaja tak boleh beli mainan melainkan buku. Hari ni special treat janji nak belikan buku untuk diorang. Jadi masing-masing mengangguk ok! 

working at home mom


Setelah penat kat sini, masuk pula parkson untuk melayan dorang window shopping dengan mainan yang banyak di situ. Janji taknak beli kan tadi, jadi bagi sentuh-sentuh pun jadilah. Hehehe kesian pulak tapi jangan sesekali mengajar untuk membeli setiap kali ke kedai mainan. Kalau buat cara tu alamat bankrap lah mama. Maka setelah penat bermain, kami pun menuju ke kedai buku pulak.

Haa dekat kedai buku boleh pilih mana-mana buku yang mahu. Tapi of course lah dengan pemantauan mama jugak, takkan sebarang buku nak beli kot. Maka dapatlah 3 buah buku semalam. Bukan apa, cuti sekolah ni takde aktiviti kat rumah asyik main bukan-bukan apa kata leka kan diorang dengan buku. Jika ada kerja nak buat maka kuranglah sedikit adegan nangis kerana bergaduh sesama sendiri. Itulah rahsia mama hehehhe..

aktiviti cuti sekolah
hasil tangkapan semalam

Maka setelah dapat buku, apa lagi, balik rumah lah. Tak boleh berlama-lama, nanti senget pinggang hehehe.

Seronok jadi WAHM ni. Alangkah bestnya kalau dari dulu lagi dah macam ni. Siapa nak jadi WAHM (working at home mom) bolehlah hubungi saya untuk berdiskusi:)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Hubungi saya dengan sms ke 019 3308053 atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply